Monday, January 24, 2011

Himpunan kenangan..............

Salam,


Syawal terakhir 2009

Apa khabar mu mylittleheart?... Sungguh, bukan main aku rindu kamu.. =) Aku bawa cerita lagi untuk dikongsi bersama kamu..

Usai menghafal 4 ayat dari surah Al- Baqarah sebentar tadi. Dada di hunjam rasa sebak yang tidak tertahan-tahan. Mengapa? Kamu tahu mylittleheart.? Aku mahu berceritera pada kamu. Himpunan kenangan menjadi punca. 
 *********************************************************************************
Suatu hari sekitar tahun 1995:

Lelaki itu: Nak jadi apa tak nak mengaji????!! Abah ajar anak orang lain, kau main, usik orang! 
(Berbelang betis kena libas rotan)

Budak perempuan 7 tahun: Ampun abah.....! janji tak buat lagi.. Janji..! Janji.. 

Lelaki itu: Kalau tak pandai ngaji nak jadi apa??? Tak malu dengan orang.???

**********************************************************************************
Sekitar tahun 2011:

Gadis kecil berusia 6 tahun itu sekarang sudah bisa mengalun kan ayat suci Al-quran kini.  Berkat di rotan lelaki itu.

*********************************************************************************
Sekitar tahun 1996: 

Gadis kecil yang di rotan tadi melangkah ke alam persekolahan. Darjah satu... Duduk bakul motor. kakak & abang membonceng di belakang lelaki itu. Pernah suatu ketika, gadis kecil  itu terlewat bangun. Puas dah bonda mengejut lembut dan kemudian bertempik dek kerana gadis kecil itu lah yang paling liat bangun. "Nak kena tinggal dengal abah kah???? 
Apa balasan jika biar suara bonda bertempik???? Burrrrrrrr..!. Disiram air sebaldi oleh lelaki itu. Terpisat-pisat menangis akan dipujuk kah?? Ohh.... Jawapan nya sama sekali tidak!
Usai berbaju sekolah, sangat lambat dan berat hati sahaja tingkah gadis kecil itu mahu menyarung sepatu putih nya. Prommmmmmm!!!!! Tayar motosikal lelaki itu menderum membelah cuaca pagi dengan garang nya. 
Abahhhhhhh!!!! Jangan tinggal!!!
Waaaaaaaa....!!! Meraung lah kuat-kuat. Tiada simpati dan tak mungkin lelaki itu mahu berpatah balik menjemput.

**********************************************************************************
Sekitar tahun  2011: 

Gadis kecil itu sudah dewasa. Sudah bisa pulang ke tempat pengajian nun jauh di pantai timur sendirian. Menaiki bas. Bisa menunggang motor?? Uhhhh... Mudah! bisa memandu kereta? Haha... Senang saja! Tanpa lelaki itu perlu bersusah payah mahu susun anak nya lagi pada motor tua nya tatkala perlu membawa anak-anak kecilnya ke mana-mana. Kerana anak-anak lelaki itu sudah dewasa. Sudah puya kenderaan sendiri,bebas mahu kemana sahaja. Kecuali gadis kecil itu. =)

***********************************************************************************
Sekitar  tahun 2006:

Gadis kecil itu sudah remaja. Keputusan PMR nya memberangsang kan. Mahu ke asrama. Mahu seperti teman-temannya yang lain yang berbekal kan keputusan agak cemerlang. Kata mereka, "layak kita ni ke asrama". Gadis kecil yang telah remaja itu turut teruja. 
"Abah, nak masuk asrama jugak."
"Bukan tak boleh, abah tak punya kewangan yang cukup. Adik-adik pon nak masuk sekolah."
Gadis itu membentak, menangis seolah-olah tertutup peluang untuk meneruskan persekolahan. Mahu juga diterus kan hasrat nya menyambung pengajian agama. Tidak mahu berkompromi langsung hatinya ke sekolah menangah harian biasa. pasti buntu kan teman-teman, ayah serta bonda gadis remaja itu? Rahmat ALLAH sekalian alam, kakak gadis remaja itu sudi membiayai kos pengajiannya. Terima kasih ALLAH... Pesan lelaki itu tatkala turun dari kereta usai pendaftaran pelajar baru di MAAHAD PONTIAN:
"Ingat, belajar jauh-jauh ni jangan main-main. Kesian kak ima bayar yuran mahal." 

Segar lagi dalam ingatan, tatkala mahu pulang ke asrama setelah bercuti. Lelaki itu termenung jauh di jendela. 
"Abah, nak salam ni. Nak balik pontian."
"Ada duit?"
"Emmmmm... Tak ada." Lambat je jawapan gadis remaja itu. Sedar hakikat orang tua nya sudah tidak bekerja. Tahu dan amat pasti mereka tiada sumber mahu dihulur kepada nya. Sangat pasti apabila kemudian lelaki itu meninggalkan kerusi yang menghadap jendela itu masuk ke bilik nya. Lama menanti, akhirnya lelaki itu membawa keluar cerek kuning dari kamar nya. Cerek itu ole-ole yang dibawa pulang oleh lelaki itu dari Mekah selepas menunai kan umrah. Entah siapa dari kalangan anak murid mengaji nya yang begitu bermurah hati menaja tiket umrah nya, kami juga tidak dimaklumkan sehingga kini. Kata tuan haji yang mengurus travel itu, RAHSIA dari pemberi. Terima kasih buat manusia pemurah itu. Oh, kembali semula mengapa lelaki itu bawa keluar cerek kuning itu? 
" Kira lah  ada berapa duit syiling tu..." Mendatar suara lelaki itu mengarah. Tekun gadis remaja itu mengira berapa jumlah syiling itu.
"RM10 abah. Nak buat apa ni abah?"
"kak ya bawak duit tu dulu laa ye. Nanti kak ima telefon, abah pesan suruh pergi asrama kak ya."
Bergenang air mata gadis remaja itu. Sehingga tamat tingkatan 4 'DUIT SYILING CEREK KUNING' itu tidak diguna nya. janji gadis itu pada diri nya, mahu dipulang kan semula duit itu kepada lelaki itu. Tak tega rasa nya mahu guna kan. Malang janji itu tidak mampu tertunai. Mahu pulang ke kampung hujung tahun itu duit saku nya tidak cukup untuk membeli tiket bas. Terpaksa guna kan. Maaf kan kak ya ye abah....


**********************************************************************************
Sekitar tahun 2009:

Gadis itu berlari-lari mencari tiket kapal terbang mahu pulang ke kampung halaman. 7 oktober 2009.. Ketika dalam semester pertama, tahun pertama di universiti. tatkala itu, peperiksaan akhir semester sedang berlangsung. Pesan teman melalui khidmat pesanan ringkas ketika jam melewati 3 pagi. Gadis itu sudah lena ketika itu. 
"Ya, tolong kebilik aku ye bila ko bangun."
Kuasa rabbi.... Gadis itu langsung tidak sedar tatkala panggilan telefon berkali-kali menjerit. Hanya tersedar tatkala sms masuk ke peti mesej. Serentak itu panggilan kali ke-11 masuk. 
"Ye kak ija? Kenapa? Sorry kak ya tido tak sedar." Termangu seketika mengapa kak ija tak mampu bersuara.
"Biar kak Bi yang cakap ye. Tunggu sekejap." cukup jelas suara kak ija teresak-esak. Hati sudah tidak keruan.. Mengapa????? 
"Yah.....Abah dah tak ada... Ambil tiket flight ye balik."

Prangggg!!! Handphone berderai jatuh menghempas lantai.. Terketar-ketar tangan selaju mungkin memasang semula komponen fon. Gadis itu mendail semula hp kak Bi.

Tergambar semula perbualan terakhir petang tadi bersama lelaki itu. Lemah betul suara nya.
"Assalamualaikum. Abah sihat, jangan risau. Kak ya bila balik? Tak apa, kak ya belajar, terus belajar. Abah tak apa-apa. "

Aku sangat berterima kasih kepada ALLAH atas keizinan nya. Suara terakhir itu cukup jelas terdengar sehingga kini. "ASSALAMUALAIKUM" lelaki itu cukup sempurna di pendengaran. Bersungguh-sungguh lelaki itu mendoa kan kesejahteraan zuriat nya agar selamat sejahtera buat KALI TERAKHIR............

Bengkak mata kak ya. Lepas cakap dengan abah petang 7 oktober tu, kak ya tak berhenti menangis. Tak tahu kenapa sayu sangat. Tirah yang ambil gambar ni. Nasib baik ada juga kenangan.

Aku berlari sepenuh hati di lapangan terbang Kuala Terengganu.
"Encik, tiket ke Senai ada?? "
"Maaf dik, fully booked"
"tak pa encik ke KL pon."
"Agak mahal dik beli on the spot." 
"Saya nak jugak! Abah saya meninggal. Tak kisah laa berapa pun."
"OK, ada tiket firefly ke subang je dik. RM 231 dik"

Abah.... Kalau aku punya sayap. Sudah aku terbang pulang ke sisi jenazah mu...Kadar paling segera. Lapangan terbang subang menjadi saksi. Gadis itu meredah bumi KL dengan jiwa kosong. Jiwanya sudah hilang rasa takut. Nadi yang berdenyut hanya pinta PULANG.! Gadis itu mengejar limosin lapangan terbang. 
"Pudu raya pak cik. Tolong cepat ye"

Sampai di pudu, gadis itu kalah pada suratan takdir Nya.
"kak ija mintak maaf kak ya. Kak ija tak kisah kalau kak ya nak benci kak ija. Kak ija da cuba tangguh kan jenazah abah. Tapi abang Ajak suruh cepat. Kak ya sayang abah kan? kalau sayang abah, kak ya kena redha. Abah nak balik cepat kak ya. Kesian abah lama sangat."

Gadis itu meraung di tengah kesibukan manusia yang berpusu-pusu di puduraya. ALLAH tidak izin kan..
'kau terbang laa wahai hamba. Andai telah aku surat kan kau tidak akan berjumpa, pasti tidak jumpa.'
Terimbau kenangan, sebelum melangkah kan kaki ke bumi Pantai timur itu. Abah terbaring di wad icu. Gadis itu hanya mampu mencium tangan abah yang tidak berdaya. 
Kini,... Jangan kan mencium tangan nya, jasad kaku nya jua gadis itu tidak beupaya lihat. Apa yang tinggal menunggu nya di kampung halaman? Tanah perkuburan yang bertaburan nisan kaku. Abah sudah membisu. Tidak lagi menjawab salam anak nya ini. Setiap petang ketika remang senja hampir berlabuh, gadis itu sedikit pun tidak merasa takut berteleku disisi pusara lelaki itu sendirian setiap kali pulang bercuti sekalipun berkali-kali ditegah oleh bonda nya. Gadis itu lah yang paling manja dengan lelaki itu kerana selalu jauh dari keluarga. Namun, gadis itu jua lah yang tidak bisa ketemu buat kali terakhir. Hebat erti SABAR yang mahu di ajar oleh KHALIQ...

ABAH... KAK YA RINDU ABAH.... SANGAT-SANGAT... SEPATUT NYA KAK YA KENA BACA BUKU. ESOK KAK YA TEST AL-QURAN. KAK YA TERINGAT ABAH. TERIMA KASIH DULU ABAH ROTAN KAK YA....SEKARANG KAK YA BOLEH MENGAJI. TERIMA KASIH ABAH DULU KENAL KAN KAK YA SIAPA ALLAH. TERIMA KASIH AJAR KAK YA TUTUP AURAT...TERIMA KASIH SEKOLAH KAN KAK YA... TERIMA KASIH YA ALLAH, PINJAM KAN LELAKI ITU KEPADA AKU.... TERIMA KASIH......

Ma selalu ingat kan kak ya tentang duit syiling cerek kuning. Ma pun sama seperti kak ya. rindu pada abah.





Friday, January 21, 2011

Terima kasih kerana sudi MELAMAR AKU


Terima kasih... Ya... Itu sahaja lafaz yang mampu ku ungkap kan buat kamu...




Maaf kan aku.. Seandai nya suatu ketika kamu terbaca ruangan mylittleheart ku ini, semoga kamu menjadi sangat mengerti..,, Aku cukup BERTERIMA KASIH.. Maaf,..Puas aku berlari supaya arah dan jejak aku kamu tidak ketemui kesan namun,.... Kuasa ALLAH.. (Who can deny this AL MIGHTY ALLAH ? ) Lamaran kamu 3 tahun lalu membuat kan aku lari. 

Tak mampu berlari jauh rupanya

Sangat terkejut. Aku tak pernah sangka kamu sejauh itu memikir kan hala tuju hubungan untuk mengakhiri hubugan  dengan mengambil aku ini sebagai SURI HATI & ISTANA kamu. Sangat aku tidak dapat meneka. Lantas, tatkala pertemuan semula kita, aku menjangka kan "isu PERASAAN antara kita sudah selesai".

Jangan tunggu lagi ye.. Kamu berhak yabg terbaik

20 Januari 2011, cubaan kali kedua kamu. Maaf lagi, aku seolah mempersenda kan kamu. Aku benar-benar tidak berniat jahat. Sekadar menduga. Aku khilaf.. pekara ini bukan bahan dugaan. Harus aku hormati luahan tulus perasaan kamu. Maaf lagi, aku selalu mengulang ayat lapuk ku ini yang aku kira kamu atau teman lain yang pernah cuba 'meminta' pasti sudah hafal mahupun hadam, "maaf, saya belum bersedia taat kan sesiapa". Ayat aku tetap sama kan? Aku masih belum temui siapa yang ku rasa kan IMAM ku di dunia ini untuk aku bersedia mentaati nya. 

Maaf kan aku dan sangat terima kasih


Bukan maksud aku kamu tidak layak atau tidak secocok denganku. Mungkin aku ini yang bukan sepantas nya menjadi MAKMUM kamu. Cukup aku kata kan, aku menghormati kamu sebagai lelaki yang baik. Namun, mengambil aku sebagai PERMAISURI bak kata kamu, aku bukan selayak nya. Aku pasti ada yang lebih secocok dengan kamu. Aku pasti doa kan kebahagiaan untuk kamu. Terima kasih sekali lagi kepada kamu kerana tidak pernah MELEMAS kan aku dengan segala pujukan emosi mahupun paksaan. Aku hargai kesantunan kamu menghormati aku sebagai gadis yang pernah menjadi pilihan kamu. Suri hati kamu pasti bahagia memiliki kamu sebagai IMAM nya.. sungguh, aku bukan beretorik untuk melambung perasaan kamu. ikhlas............=)

Terima kasih untuk semua nya. Terima kasih sebab pernah bertahan untuk gadis berkerenah seperti aku

Saturday, January 15, 2011

Hampir Hilang RASA Tatkala Kurang Bersyukur

Salam...

Selamat menikmati hayat yang bersisa wahai diri yang hina. Menapak rasa kurang bersyukur yang berganda sahaja kah yang kamu pintar lakukan?... 

“Ada perkara yang kamu tidak suka tetapi ia baik bagi kamu dan ada perkara yang kamu suka tetapi ia buruk bagi kamu, Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahuinya”
Surah Al Baqarah : 216


ALLAH....YA ALLAH...



"Terima kasih Ya ALLAH untuk semua ruang mahupun peluang yang kau berikan.."
Mata pinta berkali-kali,
"pohon lelap wahai tuan"..
"Belum boleh wahai mata yang budiman"..
Punya banyak urusan yang perlu kamu hadapi dengan MATA yang lebih jelas, MINDA yang lebih tersusun dengan idea yang kritikal, HATI yang lebih berlapang dada, BIBIR yang sentiasa bisa mengukir senyuman tulus, GERAK TUBUH yang lebih matang. Pesan Ustaz Pahrol Mat Juoi, ~"masalah adalah RULE OF LIFE"~ 
“Barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, Allah akan permudahkan segala urusannya.” 
(At Thalaq: 4)
Terima kasih kepada pendukung-pendukung kuat yang dibelakang TULANG nan rapuh ini. Aku seharus nya tidak layak merungut mahupun mencerca bantuan kalian. Aku perlu kalian, bukan kalian yang 'terhegeh-hegeh' mahu berjasa. Aku HARUS bersifat BUDIMAN. Aku sering terlupa wahai kalian yang ku hormati. Kadang, serasa aku tiada dalam wujud yang realiti tatkala kamu berpesan kepada aku. Aku mungkin dalam wujud jasad ku yang boleh kalian tanggapi dengan pandangan mata. Hakikat yang payah untuk aku akui, sebenarnya..... Aku menerawang jauh entah kemana. Barangkali yang cukup tinggi, hal itu lah punca nya aku sering saja terlupa. MAAF ye.. Aku akan usaha kan lagi galasan AMANAH ini. Mohon ketemui SINAR terang dihujung jalan sehingga akhirnya. 

Oratorian UniSZA 2010/2011


Para MUQARRABIN (orang yang hampir dengan Allah) berkata tentang hikmah ujian : “Allah melapangkan bagi mu supaya engkau tidak selalu dalam kesempitan dan Allah menyempitkan bagi mu supaya engkau tidak hanyut dalam kelapangan, dan Allah melepaskan engkau dari keduanya, supaya engkau tidak bergantung kepada sesuatu selain Allah.

 "Terima kasih Ya ALLAH....Terima Kasih......"

Thursday, January 13, 2011

~SELAMAT DATANG KE ALAM DUNIA SAYANG~

Salam...


Ucapan selamat datang ke alam dunia yang menjanji kan perit jerih kehidupan puteri mak anjang. =) Perlu kamu sedar dan ingat, ini bukan alam rahim bonda mu yang kamu panggil mama.  Bisa kamu bergantung harapan dan bersenang-senang tanpa gangguan. Tetapi dunia yang perlu kamu tempuhi dengan berani sebab ia pasti menjanji kan berjuta halangan. Tapi mak anjang pasti kamu hebat, berjaya bertarung bersama '300juta ' TEMAN yang lain. Kamu berjaya. " 
SELAMAT HARI LAHIR PUTERI KU"


Puteri ini masih aku tidak ketahui namanya.Kata papa nya, "tunggu hari ke-7 ye mak anjang"

Wednesday, January 12, 2011

9 januari 2011

Bukan larut malam lagi... Pagi sudah menjengah. 2.16 A.M. Haa.. Punya cerita amat ingin dilontar keluar. Dulu sewaktu mylittleheart ni tak ada, hanya ruang sempit hati yang menjadi wadah menyimpan segala kisah sarat tentang hati. Nak tahu? Puas hari ini teman aku memuntah kan amarah sayangnya aku kira, dek kerana sikap aku yang cukup memendam rasa. Nak tahu? Alangkah terkejut nya dia tatkala aku bercerita kisah dulu tentang aku dan sejarah lampau seorang yang bernama ROGAYAH BT GHOZI

Pemula generasi sakinah
Tuduh nya, aku ini gila. Entah mengapa, aku jadi lucu lantas tertawa.. Benar baragkali aku ini gila. Tatkala kisah aku sebagai "PELATIH WIRAWATI TERBAIK PLKN" yang aku rahsia kan dari bonda sebagai isu nya..Tahun 2007-2010 tempoh rahsia itu ku pendam dalam dada. Setelah 3 tahun berlalu baru kisah ini ku kongsi bersama bonda. Hahahaha.. Sejenak terfikir, memang benar aku ini gila agak nya. Langsung tak pintar mahu bercerita berkongsi suka mahupun duka. Teman,.. Ini lah aku. Banyak lagi kisah AKU yang TERPENDAM.  Saat bercerita bersama kamu, aku tertoleh lantas mengintai kembali sorotan kisah semalam yang terlalu lampau. Banyak rupa nya dada & hati ini mengepang kisah seorang yang bernama ROGAYAH BT GHOZI. Lupa kan seketika kisah gadis tak pintar bercerita itu. Mengapa post entry ni aku judul kan 9 Januari  2011. Ada kisah... Tarikh lahir seorang teman yang aku kagumi butir bicaranya. Aku pernah mahu lari dari apa yang aku pernah ikrar kan sebagi kecintaan aku selama ini. Dia hujani aku dengan ayat-ayat semangat. Walaupun dia sendiri terkadang  sering saja tak muncul tiba tatkala latihan berlangsung. Hahahaha.. Apa lagi yang mencerita kan aku sehingga aku hari ini asyik saja tersenyum?? Kelahiran puteri ke-3 kak ima+Abg Apiz = ??... (Masih tak aku ketahui lagi nama puteri aku tu) Hahahaha...

Tahniah abang Apiz+ kak Imah untuk kelahiran puteri ke -3 =)

Dengar khabar dari Mak Ngah, kamu berdua merajuk ye. Terutama nya si Hanan ni. Merajuk mama punya adik Baru?? =)

Tetapi, malam ini juga aku merasai perasaan yang sangat resah sehingga terpaksa dua teman ku menadah telinga aku meluah rasa. Aku khilaf... Khilaf yang aku sendiri merasai kesan nya sehingga menyeret aku tak mampu melelap kan mata. Padahal, seharian aku meladeni urusan hidup di kampus ni. Aku tak mahu mengecewa kan hati teman, aku tahu alasan semua itu dan sebenar nya aku masih punya cara untuk menolak secara baik permintaan itu. Aku kira tindakan aku itu tidak akan mengundang apa-apa rupanya..... Aku khilaf. Aku di buru rasa bersalah. Pengajaran buat diri yang khilaf ini supaya jangan lupa adab ketika gembira. Pesan nurani serta mylittleheart ku, "tak apa., Jadi kan pengajaran ye.." Demi mahu menghilang resah yang masih belum reda. Mudah-mudahan..... 

Mr. Adib Aiman,... Happy BIrthday. Sama tarikh dengan my new daughter

Sunday, January 9, 2011

mylittleheart

Salam...

Mylittleheart yang pertama.. Buruk benar rupa aku bila kena gelak dengan cik Ain sebab beraksi macam "ORANG HULU" yang teruja jumpa bangunan... tak apa.. kena akui... Ni first aku create blog dalam usia 22 tahun. tak laa tua sangat kan??? hehe... (Actualy aku teruja sangat nak jadi kan mylittleheart ni my heart and diary). berkongsi seikhlas mungkin rasa hati yang tak pernah mampu aku ungkap dengan bibir.. ("HARAPAN").

Last thing... nanti kan entry mylittleheart ye. =)


p/s : Thanks pada 'Sifu Cik Ain' =)

mylittleheart nak dedicate 'HEART' ni pada 'SIFU CIK AIN'