Monday, April 4, 2011

HARI INI

Salam,

Entry yang ke-3 aku post hari ini. Gila nak menulis. Entah, badan sangat tidak tidak tentu rasa. Seperti mahu demam. Mungkin petanda tubuh serta akal ku letih. Pinta rehat seketika. Ohh.. Tidak bisa rehat juga nampak nya. Puas dengan pelbagai gaya aku mencuba demi untuk melelap kan mata. Supaya letih, aku habis kan sepetang ku dengan mengemas bilik walaupun sebenarnya tidak perlu. Kemudian Aku panjat katil. Harapan nan mekar, ya pasti aku akan lelap. Sudah penat kan. Oh, tidak rupanya. Aku bingkas mencari idea apa lagi yang boleh ku laku kan demi untuk merehat kan tubuh yang sungguh keletihan hakikat nya. Ya! datang idea. Menari... =) Lelah menari pelbagai aksi mahupun gaya dengan di iringi pelbagai lagu. Harapan tatkala lepas senja, usai azan maghrib aku mahu pejam kan mata. Perlu tidur, sangat perlu. Hmm.. Tidak jua berlaku. Mata ku kaku sehingga saat ini. Tiada tanda-tanda lagi ia ingin lelap. Aduh mata! kesian tuan mu. Aku di jangkiti insomia kah? Ohh.. Tidak. Jangan sama sekali.! Oh, terima kasih pada kamu yang sudi membeli kan air kelapa serta panadol. Aku terharu. Terima kasih jua pada teman ku kerana bagai terkesan sahaja tingkah laku ku. Belum pun sempat makanan segera itu menerjah kerongkong, panggilan dari teman sudah berbunyi. Bercempera seketika akal memikir ligat, apa alasan harus ku titip agar teman ku berpuas hati. Tidak mungkin. Puas aku dileteri dia. Tertawa. Itu saja yang mampu. Sudah sememang nya salah aku.
Oh, khabar duka dari desa tercinta, adik ku petang tadi di bilik bedah. Apendiks. Kasihan dia. Aku kagum pada semngat nya. Kesakitan tidak perna terluah dari bibir nya. ALLAH, sembuh kan dia.Buku? Oh, esok aku punya satu lagi ujian. Haha. Tidak tercuit pun buku ku. tersimpan rapi. Kasihan dia. Tuan mu letih. Maaf ya. Aku mencari ruang menulis dan menonton cerita. khatam 2 cerekarama. Kasihan. Aku masih tidak terlena. Mata, tolong lah........


Semoga cepat sembuh. Kak ya tahu ika kuat.

No comments:

Post a Comment