Wednesday, June 22, 2011

DIA LELAKI ISTIMEWA

Salam,

Bagaimana mahu aku beritahu seluruh dunia tentang rasa ini. Sarat. Padat memenuhi ruang. Sesak dada. 

Rindu.
Sungguh ia mendera jiwa. 

Aku merenung tanpa kedip mata. figura itu sangat ku rindu. Lelaki yang amat ku kasih. Tolong lah hati. Itu bukan milik kamu. Bukan. Milik kamu sudah tiada. Sudah pergi. Rela atau terpaksa, ia tetap pergi kerana dia bukan milik kamu. Dia milik Tuhan nya. 

Hiba nya hati.
Aku sudah mengetahui hakikat. Aku sudah menelan kenyataan. Aku sudah mengajar diri redha. Namun, tatkala rindu membahang tubuh, bayang-bayang seakan dia melintas lalu, pasti airmata tanpa minta izin mengalir mengaburi mata. Aku tidak menjemput pun kehadiran sebak yang menghurung dada.  

sudah jarang lihat bonda tersenyum manis begini abah
Abah,
kak ya rindu abah. Sungguh abah punya ego lelaki yang cukup tinggi. Namun, abah istimewa dihati. Sangat istimewa. Sangat. Sangat, abah. Benar abah tidak kaya harta sehingga mampu mewaris kan kami kemewahan hidup. Namun abah waris kan kami didikan agama. Benar abah hanya insan biasa, namun abah kaya jiwa, kental semangat menelan kepahitan kehidupan. Lantaran itu, abah sarat dengan pengalaman sehingga kami terdidik sama menongkah arus kehidupan. Sebelum pulang, setiap dari 11 orang zuriat abah titipkan ingatan terakhir. Tatkala teringat lakaran kuburan seperti yang abah pinta, pasti dada dihurung pilu.

Abah.
Kak ya jadi begini ada punca. Antara 11 anak, hanya kak ya yang tidak bertemu muka buat kali terakhir. Kak ya hanya mampu menyentuh tanah perkuburan, merenung nisan yang terkapar mati, mencium haruman kemboja yang berdiri sepi di kuburan. Allah menguji mutiara keimanan yang abah cambahkan dalam diri kak ya.


Firefly,
hanya objek rekaan manusia. Sepantas kilat pun ia membawa kak ya terbang membelah langit biru, andai aturan Tuhan kita tidak bertemu, pasti itu jua yang berlaku. Kita tidak bertemu. Kenangan melewati pandangan mata tatkala merenung awan yang mula menghadiahi manusia sinaran mentari. Abah dan kenangan kita. Ibarat filem yang diputar layar memori, menari-nari di dada langit. 

Kapal terbang kertas,
Dulu waktu zaman kanak-kanak
menjadi idaman untuk menaiki yang sebenar.
Iya, kak ya sudah naiki semata untuk melihat jenazah abah namun ralat.
Tidak kesampaian
Abah,
aku bangga menjadi zuriat mu. Sangat bangga terhasil dari benih mu. Sangat tehutang nyawa saat kamu membesar kan aku. Sangat terhutang budi atas ehsan kamu meminjamkan nama kamu dihujung nama aku. 

Terima kasih abah.
Walaupun tidak mungkin kamu yang membaca. Kak ya tahu, abah pasti merasai betapa kak ya sarat merindui abah. Rindu yang sudah tiada ubat. Selama nya.... 

SELAMAT HARI BAPA... 
Semoga zuriat keturunan abah yang bakal kak ya waris kan nanti mampu membuat kan abah tersenyum dengan limpahan doa yang tidak putus kunjung. 


Yang sangat merindui kamu,
Kak ya yang nakal.


Wassalam.



No comments:

Post a Comment