Monday, September 12, 2011

CERITA SYAWAL 1432 HIJRAH

Salam,

Sedikit terlewat namun belum terlambat. Selamat hari raya buat pengunjung mylittleheart.

~Syawal 2011~
Masih tetap tidak cukup 11 orang

Syawal hari pertama:

Tiada yang seronok seperti tahun-tahun yang dahulu. Tahun pertama tanpa atuk, tahun kedua tanpa abah. Sepi. Sungguh. Tiada yang istimewa. Kasihan bonda. Kami berusaha membahagiakan hatinya. Bawa kemana sahaja yang diingini olehnya.

Syawal keenam:

Kehadiran si dia bersama ayah dan ibu serta adik-adik. Sebenarnya tidak merancang secara teliti. Si dia sememangnya suka kan  kejutan. Kehadirannya tidak bersambut seperti yang diharapkan olehnya. Kekasih hati masih berbaju tidur sedang memasak dan mengemas rumah. Kasihan. Sabar mereka menanti bagaikan menunggu puteri lagaknya. Maaf sayang. Maaf juga ayah dan ibu. Maaf adik-adik.

Syawal Kedua belas:

Sudah menjejaki bumi UniSZA. Terasa asing. Terpaksa menumpang. Keculasan diri yang kurang cakna menjerat diri. Tiada dalam senarai pelajar yang mendapat penempatan. Sedih. Mujur masih ada idea bagaimana mahu membolehkan ada juga tempat penginapan. Terima kasih ALLAH.

Esok. Permulaan misi menuntut ilmu di semester 5. Sudah ditahun akhir rupanya. Pantas masa berlari. Sudah bersedia cik Rogayah Bt Ghozi?

Wassalam.

No comments:

Post a Comment