Thursday, May 19, 2016

CATATAN RINGKAS

salam,


Secomel sekeping gambar. Ya Allah! Kalau Nurul Ain masih ingat betapa saat walimahnya aku hadir dengan rasa yang bagaimana.

Tidak sama saat hari aku menghantarnya pulang dirisik orang. Andailah dia tahu.

Manis!

Rindu!



SEPANTAS MASA

Salam,

Ada lantunan kuat di dalam hati. Kadang ia tertawa, kadang hati yang sama menangis. Alhamdulillah, 2 tahun yang pantas berlalu. mengingatkan setiap dari kita bahawa benarlah, 

"Demi masa! Sesungguhnya manusia berada di dalam kerugian. Melainkan yang beriman dan
beramal dengan kesabaran. " 



16 Mei 2014- 16 Mei 2016.


Semoga setiap dari tindakan kita bernilai ibadah. Semoga rumahtangga yang terbina diatas redha Allah hendaknya. Aamiin! 



hanya kita yang tahu rahsianya.


Wassalam. 


Monday, January 25, 2016

IMPIAN

Salam,

Saat selepas walimah lagi kami berdua memasang impian. Impian manis itu kami satukan agar matlamatnya serupa.

syurga kecil itu tidak semestinya mewah namun cukup menjadi ruang untuk mendidik anak yang nanti akan lahir.


Notahati :

Perkara yang paling mahal namun percuma adalah impian. Semoga impian ini tertunai. Aamiin!

wassalam.




Monday, January 18, 2016

SEMANIS MUHAMMAD



Salam.

Setiap kali memandang, setiap kali itulah teringat. Sungguh! Hadiah sebegini bukan sahaja memberitahu soal masa, sebaliknya mengingatkan siapa yang memberinya.


" Jam dah habis bateri. its so bad when i need to asked people around!"

Diam sahaja sambil dia tenang memandu. Entahkan endah entahkan tidak .



16 Januari 2016.



MeM. Terima kasih Muhammad.

notahati : Yang indah itu bukan saat kamu memberi materialistik. ia saat kamu mendengar dengan penuh pengertian dan memaknakan melalui tindakan. Semoga kamu selalu disayangi Tuhan. 


Wassalam. 

Wednesday, October 28, 2015

KISAH CINTA 3 : OH IBU MERTUAKU

Salam,

Sepanjang memandu kereta ke sekolah terasa untuk berkongsi cerita. Tuhan beri ilham. Kisah ibu mertua yang pelbagai versi.

Sungguh. Sukar untuk mana-mana wanita mengasihi wanita yang di panggil ibu mertua ini bila kita meletakkan sempadan.

Dia hanya ibu mertua!

Kisah ini tercetus bila aku membanding beza kisah teman- teman tentang cerita berumahtangga mereka.

Ada yang cerita, mertua selalu membeza-bezakan menantu.
Ada yang cerita, semua mertua nak control termasuk suami mereka.
Ada yang cerita, masak apa pun tak pernah sedap, tak pernah betul pada deria rasa mertua.
Ada yang cerita, kadang-kadang mertua yang atur pakaian suami mereka termasuk anak mereka!

Uishh! Seram

Tuhan itu sangat adil. Mungkin berkat bonda yang melahirkan aku sentiasa menanamkan rasa optimis untuk sayangkan mertua seperti ibu bapa sendiri menjadikan aku boleh walau tidak sepenuhnya menumbuhkan rasa kasih sayang kepada ibu dan ayahnya.

Kadang-kadang lidah aku tersasul memanggil ayah sebagai abah. Rindu barangkali pada yng sudah pergi. Alhamdulillah, Allah menggantikan.

Kisah ini sudah meleret! Sebenarnya aku ingin ceritakan tentang seorang wanita besi. Iya, dia mertuaku.

Aku teringin untuk memeluk dia ketika dia menangis kesedihan sama seperti yang biasa aku lakukan pada bonda. Tidak pernah berjaya.

Aku teringin mahu pimpin tangannya saat berjalan di laluan yang sukar. Sama seperti yang biasa anaknya lakukan kepada bonda. Tidak pernah berjaya.

Ibu keras dalam lembut. Mungkin kerana dia wanita bekerjaya. Mungkin pengalaman hidup yang survival membentuk dia yang hari ini. Aku tidak boleh membezakannya dengan bonda yang lembut dan manja.

Pengalaman hidup dua wanita ini berbeza. Bonda hanya menurut pekerjaan abah. Ke gunung sama di daki, ke lurah sama di turuni. Justeru, untuk aku menetapkan cara layanan ke atas dua wanita ini berbeza.

Namun, aku boleh merumuskan kepada satu hujah yang mudah. Pengalaman hidup membezakan cara.

Aku sangat berterima kasih Tuhan. Kalau tidak kerana jasa seorang wanita ini melahirkan, menyusukan dn membesarkan dengan didikan yang baik ke atas suami yang aku nikahi hari ini, masakan dapat aku meminjam seorang lelaki yang baik dai ibunya.

Keras atau lembut, itu bukan persoalan. Kerana yang utama, mereka berjaya mendidik anak sebaiknya.

Seperti aku terhutang budi pada bonda, sama itulah aku berhutang dengan ibunya. Melahirkan, menyusukan, membesarkan dan mendidik sehingga dia menjadi lelaki yang pandai menghormati wanita.

Terima kasih ibu.


Saya tidak mahu menjadi perampas kasih sayang. Tetapi saya hadir untuk bersama-sama membentuk silaturrahim dan kasih sayang. Semoga!






mukhlisahminnie:

Tips menambat hati mertua dari bonda :

Kahwini  suami dan sayang seluruh keluarganya.

Wassalam.















Wednesday, January 21, 2015

KISAH CINTA 2

Salam,

Bersawang blog kesayangan hamba ini.

Rindu untuk menaip semakin sirna dek kesibukan bekerjaya saat ini. Tiba-tiba rindu datang menjenguk. Ada kisah. Ada cerita untuk dikongsi disini.

Kisah Cinta 2. 

Sahabat, cerita orang berumahtangga sesungguhnya sebuah komitmen yang sangat tinggi. Kalau kesabaran tidak sama meninggi, percayalah syaitan lah yang paling menari. Menginjak-injak emosi.


Nauzubillah.


Jauhilah rasa ingin berpisah. Istigfar selalu melatih hati supaya bersabar. Cinta halal wajib dirai. Wajib dijaga sehingga ke syurga.




Wassalam.

Monday, June 16, 2014

KISAH CINTA 1

Salam,

Lama tidak terintai laman blog sendiri. Usai solat asar, melihat tenangnya wajah kesayangan di dalam lenanya yang dibungkus kepenatan memandu. Masakan tidak. Bukan sehari. Bukan dua hari memandu tanpa henti menjelajah negeri ke negeri. Sudah hampir seminggu! Itu suami saya.

Makanya seusai solat, aku merenung kasih padanya. Mudah-mudahan aku sudah bank in pahala percuma dengan memandang wajah suami. Tanpa sedar jua, aku mengira masa yang sudah tertinggal. Sudah 25 hari aku sebagai isterinya. Terus otak memikirkan, pasti sejak itu aku sudah menjadi aset syurga dn nerakanya. Perlahan aku goncang tubuh letihnya.

"Abang, abang redha tak pada saya?"

Dalam mamai, dia menjawab lesu.

"Abang mengantuk. Kenapa tanya macam tu?"

Matanya tidak terbuka. Sekadar menjawab sahaja. Aku ulang kembali soalan yang sama. Selagi belum mendapat jawapannya, selagi itu ada riak resah.

Sekali lagi aku tepuk perlahan bahunya dengan marhana yang masih kupakai kerana aku ingin menjaga wudhu' sekalian solat jama' maghrib nanti. Masih sama, cuma kali ini matanya dibuka. Aku masih menunggu sesuatu yang memuaskan dada. Bila sahaja terpandangkan anggukannya diiringi jawapan,

"Iya...."

Biar sepatah. Cukup untuk membuatkan aku tersenyum senang. Lega. Allahu Rabbi. Ini magiknya bersatu dalam halal. Alhamdulillah!

Terimbau aku kenangan bagaimana kami bermula sehingga dia mengucapkan lafaz sakinah yang mengikat aku sebagai suri hidupnya. Malu aku untuk mengaku suri, sebab aku terlalu banyak cacatnya. Pertemuan paling jengkel. Paling! Namun kini, bila kupandang wajahnya, aku akan tertawa. Ini lelaki yang aku benci. Ini juga lelaki yang aku cinta. Hebat kuasa Allah! Subhanallah.

Nanti aku cerita bagaimana kebencian itu bermula. Panjang ceritanya. Mungkin ada ibrah untuk adik-adik atau sesiapa sahaja yang sudi singgah kemari. Di ruangan "hatikecilsaya".

InsyaAllah.


Lafaz Ta'lik
Semoga Allah redha


Mukhlisahminnie :

Harus berhenti menaip. Azan sudah berkumandang.

Wassalam.