Showing posts with label CATATAN HATI. Show all posts
Showing posts with label CATATAN HATI. Show all posts

Monday, January 18, 2016

SEMANIS MUHAMMAD



Salam.

Setiap kali memandang, setiap kali itulah teringat. Sungguh! Hadiah sebegini bukan sahaja memberitahu soal masa, sebaliknya mengingatkan siapa yang memberinya.


" Jam dah habis bateri. its so bad when i need to asked people around!"

Diam sahaja sambil dia tenang memandu. Entahkan endah entahkan tidak .



16 Januari 2016.



MeM. Terima kasih Muhammad.

notahati : Yang indah itu bukan saat kamu memberi materialistik. ia saat kamu mendengar dengan penuh pengertian dan memaknakan melalui tindakan. Semoga kamu selalu disayangi Tuhan. 


Wassalam. 

Wednesday, January 21, 2015

KISAH CINTA 2

Salam,

Bersawang blog kesayangan hamba ini.

Rindu untuk menaip semakin sirna dek kesibukan bekerjaya saat ini. Tiba-tiba rindu datang menjenguk. Ada kisah. Ada cerita untuk dikongsi disini.

Kisah Cinta 2. 

Sahabat, cerita orang berumahtangga sesungguhnya sebuah komitmen yang sangat tinggi. Kalau kesabaran tidak sama meninggi, percayalah syaitan lah yang paling menari. Menginjak-injak emosi.


Nauzubillah.


Jauhilah rasa ingin berpisah. Istigfar selalu melatih hati supaya bersabar. Cinta halal wajib dirai. Wajib dijaga sehingga ke syurga.




Wassalam.

Wednesday, July 31, 2013

KISAH HATI WANITA 4

Salam,

Dengar! seandainya engkau membaca atau mendengar,... sesungguhnya ini tutur ku buat kamu.Sesungguhnya aku tidak pernah dimiliki hati dan jasad sehingga saatnya aku benar-benar dipilih. Langsung tidak pernah berlaku tingkah sumbang apatah lagi mendesak agar menjadi yang terpilih.


Sayangnya, syukurnya aku yang terpilih untuk menerima pahit. Menelan jengkel. Menghadam derita. Menadah amarah. Mengadun sabar dalam lafaz istigfar yang menaik dan menurun.


Dan wanita yang terpilih itu adalah AKU!!


Aku..... Sungguh.Hanya aku wanita itu yang merasa segala yang pahit sebelum dihadiahi dengan kemanisan sifat seorang lelaki yang lebih santun. Lebih sabar. Lebih menghormati dan yang utama,..

Yang tidak pernah hilang kemahuannya meletakkan aku disuatu daerah terpencil yang hanya dia menjadi kunci syurga mahupun neraka buat aku yang bergelar wanita yang disunting dan dipilih.Jujur. Hilang. Punah. Lebur segala hormat. Segala rasa untuk menyantuni manusia yang tidak tahu adab.

Atau lebih tepat, BIADAP!

Ingat, jangan terus-terusan  menjadikan aku bahan benci, bahan iri hati dan dengki sedangkan aku tidak pernah langsung hadir tatkala adanya silah kasih yang terbina sebelum ini. 

LANGSUNG TIDAK!

Kewujudan aku entah masih dimana-mana. Masakan aku boleh datang sebagai perosak? AJAIB!


Semoga Ramadhan ini benar-benarmenjadi sekolah tarbiyyah buat hati ini. Dalam kesabaran yang menipis, aku masih mampu mendengar bait-bait nasihat. Masih boleh. Kerana aku terdidik dari keturunan yang mengangkat nilai budi dan santun paling tinggi.


Terima kasih duhai ayahnda yang sedang "beradu" disana. Bonda yang paling ku cinta. 


Jujur.Hampir sahaja aku gagal meneruskan amanah ini. Gagal. Namun ia tidak total.Percayalah. Anakmu ini masih punya rasional untuk mengukur situasi biarpun hatinya payau. Kelat yang amat. 

Aku masih memilih untuk meneruskan. Memaafkan. Menerima. Kerana aku hasil didikan mu abah dan ma. Kamu mengajar aku untuk berfikir. Bukan berhawa nafsu sahaja. 

Terima kasih. 

Ini hadiah sempena 24 tahun usia ini bertambah. 

mukhlisahminnie:

Kalau aku benar-benar menggila, pasti hari ini sudah ada keputusan yang bakal memutuskan silaturrahim yang terbina. Kerana kasihkan wanita-wanita kesayangan dalam hidup, aku memilih untuk bertenang. 


Ini hadiah Tuhan. Ini tarbiyyah Ramadhan. Terima kasih ALLAH. Terima kasih atas hadiah sabar ini.

Ini syurgamu Ramadhan. 



Sudah minta dilepaskan sebelum diikat

Maafkanlah




Wassalam.

Tuesday, May 21, 2013

CATATAN DINIHARI 6

Salam,

Andai dipaksa-paksa pun rasanya sudah tiada. Merasa kosong. Hambar. Tawar.

Biar apa fikirnya. Terpulanglah. Aku tidak peduli. 

Manisnya sudah menepi. Yang tinggal hanya atas nama amanah yang digalaskan. 



Wassalam.

Monday, March 11, 2013

CATATAN RINGKAS 15

Salam,

Sedang saya termenung Tuhan datangkan ilham. Kebetulan terdengar kicauan burung-burung. Girang bersahut-sahutan.

Saya tidak pernah tewas seandainya bersabar dan berlapang dada. Cinta ini bukan ada yang mengacu pistol untuk diteruskan. Kenapa mesti saban waktu harus ditekan.

Kembali semula sewaktu awal dulu. Fasa penyesuaian dua hati. Semoga ada jalan keluar dari kemelut emosi.

Laugh with me.I will always love you my darl.



Wassalam.

CATATAN RINGKAS 14

Salam,

Hubungan kami sedang dalam pembaikpulihan dan penyesuaian situasi baru serta alam baru. Kadang-kadang ia sejuk mendingin. Kadang-kadang ia panas menghangat. 

Semoga tidak menjadi bodoh membuat keputusan gaya singkat akal. Aamiin.

Wassalam.

Thursday, January 24, 2013

DEDIKASI 1 FEBRUARI

Salam,

saat semakin menghampiri. Setiap detik itu juga perasaan seiring tidak keruan. Nanar barangkali. 

Rindu. Sayang. Perlu. Ini beradun menjadi satu. 

Senyap. Kosong.

Bukan jiwanya sahaja. Aku juga.

Andai serius katanya, hatinya redha, insyaALLAH destinasi ini lebih mudah jalannya. Kerana aku ini sebenarnya antara hati-hati yang sedang diuji tuhan.

Maaf. Bukan aku sahaja. bahkan kamu. maka, ia menjadi kita. 

Kita yang sedang terkeliru.

Aku sedang menyusun pencerahan minda. Aku hampir menemui hasil yang diharapkan. Aku mohon kamu juga begitu.

Semoga Tuhan menetapkan hati-hati ini terus tabah menyulam cinta yang diukur jarak. 

Pohon aku kepada KHALIQ yang memiliki 7 petala langit dan bumi ini, agar setia itu kekal ada sehingga saat dan ketika ikatan ini bersimpul menjadi rasmi dan diiktiraf masyarakat langit dan bumi. 

Aamiin. 

Jalan kita tidak sama,
namun aku masih tetap akan pulang mencari kamu

mukhlisahminnie:

Kamu pelengkap hidup aku. Penguat saat aku lemah. 
Andai kita sama-sama percaya dan redha, Tuhan ingin menghadiahi sesuatu yang lebih indah nanti, pasti hati kamu yang kosong kembali terisi dengan keyakinan pada hubungan ini. 

Jaga hati kamu. Jaga hubungan kita. Tolong aku jaga kasih sayang dan ikatan kekeluargaan yang telah kita bina. Aku perlu kamu untuk mengingatkan dan menguatkan diri ini saat terlupa dan lemah.

Melaka-Batu Pahat-Skudai-Kuala Berang, Terengganu. Semoga ada keindahan yang menjelma.

1 Februari 2013.
Semoga aku mampu memikul amanah sebagai pensyarah di Kolej Islam Sains Teknologi dengan baik. Menyambung pengajian diperingkat sarjana sehingga selesai. 

Mohon doamu duhai cinta hati.

Wassalam.




Tuesday, December 11, 2012

HANYA INI YANG TERCATAT

Salam,

Rebah munajat kepada pemilik cinta setelah sekian lama alpa. Tatkala ini aku mencari Tuhan. Dan tidak pernah sekali pon Tuhan biarkan.

Aku percaya.

ALLAH itu baik. Penyayang. Romantik. 

Terkadang hati ini kalah untuk meyakini apa yang bibir sendiri lafazkan. Aku nanar sendiri. 

Bodoh!

Memperbodohkan hati sendiri dengan yang tidak-tidak. 

Ampunkan aku Tuhan....

Terima kasih atas semua keriangan mahupun kegelisahan yang Engkau hadiahkan. Ini rahmat. Ini kasih sayang Tuhan.

mukhlisahminnie:

Jangan pernah tidak yakin bahawa ALLAH itu paling mahir dalam menyusun takdir.

Wassalam.

Friday, June 1, 2012

CATATAN DINIHARI 5

Salam,

tiada apa yang berseri disebalik pertemuan empat mata. Hanya ada keluh kesah sahut menyahut seolah ini cerita hiba tahap tinggi.

Apalah makna pertemuan tanpa ada keputusan.

Tanpa ada pesan.

Tanpa ada ingatan.

Tanpa ada kasih sayang.

Yang ada hanya angan-angan aku supaya ia berkesudahan. Supaya tidak terus menghukum tanpa aku tahu alasan. 

Ini sebetulnya. Aku bingung sendiri. Perlahan-lahan cuba memaknakan setiap keadaan dengan pengertian budi dan kesabaran paling terdaya.

Ini juga masalahnya tatkala kesabaran menipis apabila bibir terkelu.Minda waras turut membeku. Lantas masing-masing mencipta ruang dan  suasana dalam dunia sendiri.

Andai yang tersurat itu salah aku, maka maafkanlah. Hamba tuhan serba naif ini tidak menyedari ia.

Saat ini, aku mendamba tenang. Aku mencari-cari akal rasional. Aku memupuk sabar. Berulang-ulang menuturkan istigfar biar emosi tidak sesekali memandu akal.


Nanti syaitan bersorak girang. Bertenang. Ini sangat perlu supaya bibir tidak menutur kata yang merapu-rapu.

Bukan apa, tidak mahu luka yang sedikit bertukar parah. Harusnya situasi sebegini dihadapi dengan diri yang paling tenang. 


Semoga sahaja mentari esok muncul dengan membawa riang. Mentari paling terang.

Menapak mencari damainya hati


Mukhlisahminnie: 

Mencari cinta yang tersirat disebalik dada bonda. Kasih tulus yang terpatri dan tidak akan mati.Semoga esok ALLAH menyampaikan keinginan untuk bertemu bonda.

Semoga bonda disayangi ALLAH.
Semoga ayahnda diredhai ALAH.

Wassalam.





Thursday, March 29, 2012

CATATAN DINIHARI 2

Salam,

Saya diulit rasa bersalah kepada Tuhan dan takut kepada igauan.

Seminar Pendidikan Bahasa Melayu Antarabangsa di Putrajaya, Kuala Lumpur. 28 Mac-31 Mac 2012



Baik pengisian seminar, speaker, program, segalanya hebat belaka. Paling teruja, Berjumpa secara langsung menatap wajah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
Esok bakal bertemu dengan pakar politik dan sejarah negara, Tan Sri Khoo Kay Kim. 



Tetapi dari sudut lainnya, hati saya menjerit. Tidak selesa dengan diri. Tidak selesa dengan suasana. Semoga ALLAH maafkan saya. Bukan saya duga dan tidak dipinta.

Semoga ada hikmah.

Sahabat saya yang mengikuti seminar semuanya lelaki.
i am the only lady



mukhlisahminnie: Hati sedang merindu pada yang ditinggalkan. Mohon doanya dari kejauhan.



Wassalam.


Wednesday, March 28, 2012

CATATAN DINIHARI

Salam,


Selamat malam dunia. Selamat malam Semua.
Semoga esok yang bakal muncul membawa lebih makna bahagia. Bahagia yang sebenarnya. Dendam wajib dibuang jauh jika hati mahu bahagia.


Silakan semua. Silakan menikmati bahagia dengan cara anda sendiri.


mukhlisahminnie: Tiada ruang dihati saya yang sempit ini untuk berdendam. Maaf. Saya bukan kawan baik amarah=)


Jom berlabuh di pelabuhan bahagia kan hati sendiri=)




Wassalam.



Tuesday, February 14, 2012

HATI SAYA SAKIT

Salam,

Ini pengakuan tulus. Saya sedang sakit hati. Bukan penyakit yang boleh diterjemah oleh alat perubatan ataupun sebarang doktor. 

Astaghfirullahadzim....

Aku mohon ampun ALLAH. Hati aku sakit. Hati aku terpalit kotor. Aku ingat Sabda Nabi junjungan. Mendoakan yang terbaik supaya Malaikat mengangkat doa seraya mendoakan kembali hamba yang meletakkan doa yang terbaik sesama muslim. 

Mukhlisahminnie: Ya Rahim...Bahagiakan ayahnda dan nenda hamba dialam barzakh sana. Luaskan pusara mereka sesaujana mata memandang. Bahagiakan hati bonda. Bahagiakan hati saudara sedarah hamba. Bahagiakan hati sahabat-sahabat hamba. Bahagiakan seluruh kaum muslimin dan muslimat samaada yang masih hidup mahupun yang telah pergi mendahului kami. ALLAH, bahagiakan jua hati hamba. Amiin ya Rabb.


Zikir untuk menenangkan hati,

"Subhanallah wal hamdulillah wa laa ilaha illa allah wa allahu akbar "

Wassalam.


Saturday, February 11, 2012

MENGGAMIT 2014

Salam,

saat membilang waktu menanti pamitan tahun 2014.

Sungguh.

Ini mungkin biasa-biasa bagi mereka tetapi istimewa bagi kami.

Debarannya lain benar terasa. Mungkin ini bukan penantian biasa. Mungkin ini sudah bukan cerita-cerita senda tawa. Mungkin kerana  ini sudah menjadi harapan dua keluarga. Menyatukan 2 hati, 2 keluarga, 2 manusia berbeza. Bersabarlah dalam menjaga dan menakhoda perhubungan yang telah dibina. Bersabarlah dengan semua ujianNya.

2014, segeralah menyusul nampakkan diri. Kami menunggu. Membilang waktu penuh kesabaran. Amiin ya Rabb.

~bakal menjadi bonda saya, insyaALLAH~

Mukhlisahminnie: Bersatu didalam nafas cinta yang halal untuk saling melengkapi. InsyaALLAH. Mohon doanya.


Wassalam.