Thursday, January 24, 2013

DEDIKASI 1 FEBRUARI

Salam,

saat semakin menghampiri. Setiap detik itu juga perasaan seiring tidak keruan. Nanar barangkali. 

Rindu. Sayang. Perlu. Ini beradun menjadi satu. 

Senyap. Kosong.

Bukan jiwanya sahaja. Aku juga.

Andai serius katanya, hatinya redha, insyaALLAH destinasi ini lebih mudah jalannya. Kerana aku ini sebenarnya antara hati-hati yang sedang diuji tuhan.

Maaf. Bukan aku sahaja. bahkan kamu. maka, ia menjadi kita. 

Kita yang sedang terkeliru.

Aku sedang menyusun pencerahan minda. Aku hampir menemui hasil yang diharapkan. Aku mohon kamu juga begitu.

Semoga Tuhan menetapkan hati-hati ini terus tabah menyulam cinta yang diukur jarak. 

Pohon aku kepada KHALIQ yang memiliki 7 petala langit dan bumi ini, agar setia itu kekal ada sehingga saat dan ketika ikatan ini bersimpul menjadi rasmi dan diiktiraf masyarakat langit dan bumi. 

Aamiin. 

Jalan kita tidak sama,
namun aku masih tetap akan pulang mencari kamu

mukhlisahminnie:

Kamu pelengkap hidup aku. Penguat saat aku lemah. 
Andai kita sama-sama percaya dan redha, Tuhan ingin menghadiahi sesuatu yang lebih indah nanti, pasti hati kamu yang kosong kembali terisi dengan keyakinan pada hubungan ini. 

Jaga hati kamu. Jaga hubungan kita. Tolong aku jaga kasih sayang dan ikatan kekeluargaan yang telah kita bina. Aku perlu kamu untuk mengingatkan dan menguatkan diri ini saat terlupa dan lemah.

Melaka-Batu Pahat-Skudai-Kuala Berang, Terengganu. Semoga ada keindahan yang menjelma.

1 Februari 2013.
Semoga aku mampu memikul amanah sebagai pensyarah di Kolej Islam Sains Teknologi dengan baik. Menyambung pengajian diperingkat sarjana sehingga selesai. 

Mohon doamu duhai cinta hati.

Wassalam.




No comments:

Post a Comment