Friday, January 10, 2014

KISAH ALAM PERKAHWINAN (TIDAK SEMANIS MIMPI)

Salam,

Aku suka mendengar segala cerita alam berumahtangga. Suka. Bila siapa sahaja yang bercerita, aku akan khusuk mendengar. 

Yang paling penting, aku input maklumat itu sebagai pelajaran hidup. Perkahwinan itu tidak selalu manis.


KISAH 1

Kalau lihat kak Nurul (nama singkatan) kita akan sangka hidupnya senang. Dia seorang yang pemurah. Suka ketawa. Punya anak-anak yang comel, suami yang berkerjaya bagus, pasti kita akan berfikiran dia bahagia. Rupanya dia ada kisah awal perkahwinan yang tragis. Suaminya seorang pengurus. Dipecat kerja kerana fitnah. Kehidupan yang bermula dengan pendapatan 6-7k berubah kepada zero. Mereka survive dgn penuh derita. Makan sekadar alas perut dengan roti. pampers anak ikat dengan kain kemudian aas dengan plastik. Berkat sabarnya seorang isteri, mereka berjaya mengharungi detik genting itu. Hidup kembali normal. Itu kuasa Tuhan. Alhamdulillah.

KISAH 2

Kami pernah duduk serumah. Ia, aku pernah berasa berang padanya, namun sudah aku maafkan segala kesilapan. Aku pandang diri sendiri. mungkin aku punya salah juga. Kisah kak Ti juga sebagai kenangan dan pelajaran untuk aku. Dia pernah hidup senang. Bekerjaya hebat sebagai pegawai tentera. Begitu juga suaminya. Namun ini hakikat berumahtangga. Tidak selalu roda di atas. Bila ia menjunam ke dasar paling bawah, antara 2 sahaja hakikat akal yang boleh di fikirkan. Bercerai atau bertahan dengan kesabaran dalam perkahwinan. Di saat si isteri meletakkan jawatan sebagai pegawai, suami di kenakan orang sehingga berkahwin lain. Sudahlah tidak punya kewangan yang stabil, suami berkahwin lain, keretanya eksiden dipandu adiknya. Sayangnya si adik tidak mahu bertanggungjawab setelah menerima pampasan insurans. Keadaan yang bertimpa itu tidak berhenti setakat itu. Nama kak ti di senarai hitam oleh Bank Negara. Hidupnya baru bermula merangkak cerah. Aku mendoakan dia menemui jalan keluar dari kemelut hidup. 

KISAH 3

Setelah aku sampai ke negeri lagenda Hang Tuah ini, dia yang pertama aku temui. Tuturnya perlahan. Mudah mesra. Siapa sangka mak cik ina juga di uji Tuhan setelah 25 tahun berkahwin. Di saat seharusnya perkahwinan yang sudah mencapai usia matang itu sepatutnya sudah berada di tahap stabil. Namun tidak untuk mereka. Beberapa tahun lepas, suaminya tiba-tiba di buang kerja. Ceritanya, bagai mahu pecah dada menerima keadaan tersebut. dalam keadaan anak perempuan mereka baru memulakan pengajian di kolej swasta. Mana duit mahu di cari. Mak cik ina tidak pernah berkerja sepanjang hidupnya sebagai isteri. Namun akhirnya, demi menstabilkan hidup, melihat suami yang masih kebingungan, dia melangkah kuat dengan keazaman seorang isteri dan ibu kepada 6 orang cahayamata untuk bekerja. Hidup seharian diteruskan dengan makan cili dan ikan bilis selama bertahun. Ceritanya, mengalir airmatanya bila menerima gaji kali pertama di bayar RM 679. Itu pun kata mak cik ina terlalu banyak untuknya kerana tidak pernah memegang pendapatan sendiri sebanyak itu. Aku tergamam seketika. Di usia 54 tahun, itu kali pertama memegang duit 600 sedangkan di dalam hati aku sudah berkira-kira tetnag sedikitnya duit 600 untuk aku bahagikan. Itu tanda aku yang kurang bersyukur. Cepat Tuhan tegur. Alhamdulillah. 


KISAH HATI AKU

Iya, sebenarnya lebih dari 3 cerita yang aku dengar. Namun setakat itu yng mampu aku kongsikan. Hati aku terus merumus kekuatan jiwa aku sendiri. Jujur aku tidak mampu berseorangan nanti tanpa suami disisi. Maka, aku ingin nyatakan, seandainya nanti kami menikah, aku tidak rela ditinggal sendiri berjauhan. Walaupun dahulu aku yang berkeras, tidak kisah berjauhan yang penting sama-sama menjaga kerjaya. Mungkin dia pernah berkecil hati kerana dia tidak mahu berpisah selepas berkahwin. Padanya rezeki di mana pun ada. Sekarang aku bersetuju dengan dia. Kerjaya boleh di bina dimana-mana asal ada kemahuan. Rezeki ALLAH itu tidak terbatas ruang dan tempat, namun suami tiada dua mahupun tiga. Biar lah susah payah sama di rasa berdua. 


mukhlisahinnie:

Tinggal beberapa hari lagi sebelum berdua. InsyaALLAH segala tarikh penting dalam hidup kami berdua benar-benar diraikan berdua secara halal. Mohon doanya. 


Persiapan sebenar adalah persiapan sebagai IsteriBukan semata-mata perihal majlis




Wassalam.

No comments:

Post a Comment