Saturday, December 14, 2013

MANIS 14 DISEMBER 2013

Salam,

Ukhwah itu indah. Sungguh-sungguh jika ia di maknakan dengan hati yang tulus. Manis 14 Disember. Masakan tidak. Kami bertemu setelah 7 tahun membawa haluan masing-masing sehingga sudah punya cerita hidup tersendiri.

Maahad Pontian itu titik bermula dan di sana juga kami berpisah mencari hidup yang di atur Tuhan. Syukur, itu bukan penamat. Hari ini kami bertemu.

Mungkin panorama pegun boleh bantu aku bercerita betapa girangnya hati bertemu semula kalian hari ini. Sungguh, aku menghargai manis 14 Disember 2013.


Kami raikan pengantin yang sudah sarat 8 bulan
Comel kan?

Penantian dan kisah kesabaran ucu menunggu "NU'MAN MARZUQ nya"
Its touch my heart. So touched.

Si manis ini tunangan Bo. Orang kampung saya rupanya!
Shahir, Selamat Hari Lahir yang ke-24.
Hadiah  24 tahun kamu sangat bernilai kan kawan.
Dapat posting mengajar dekat.
Bo, tolong lepas walimah segera uruskan perpindahan si manis kamu ini
supaya ENCIK saya tak di hantar ke Sabah Sarawak.
Sebagai ganti =)

Dia dormate. Selalu tertawa.
Bila dia tertawa, dia membikin sekelilingnya juga tertawa.
Semoga cepat jodoh kamu nana.
Gadis sebaik kamu, Tuhan tak akan persiakan.
Ada "calon" dalam perjalanan yang Tuhan
aturkan untuk kamu. InsyaALLAH.


Jangan lupa gather bila tiba turn saya, kawan!
Kalau lupa, tak nak kawan. Huhu.

Manis 14 Disember 2013 dalam kenangan.
Mungkin 14 Disember 2015, saya pula jemput kalian
untuk Aqiqah kami. Siapa tahu kan?
Jangan gelak!
Itu impian manis =)

Wassalam.

No comments:

Post a Comment