Dengar! seandainya engkau membaca atau mendengar,... sesungguhnya ini tutur ku buat kamu.Sesungguhnya aku tidak pernah dimiliki hati dan jasad sehingga saatnya aku benar-benar dipilih. Langsung tidak pernah berlaku tingkah sumbang apatah lagi mendesak agar menjadi yang terpilih.
Sayangnya, syukurnya aku yang terpilih untuk menerima pahit. Menelan jengkel. Menghadam derita. Menadah amarah. Mengadun sabar dalam lafaz istigfar yang menaik dan menurun.
Dan wanita yang terpilih itu adalah AKU!!
Aku..... Sungguh.Hanya aku wanita itu yang merasa segala yang pahit sebelum dihadiahi dengan kemanisan sifat seorang lelaki yang lebih santun. Lebih sabar. Lebih menghormati dan yang utama,..
Yang tidak pernah hilang kemahuannya meletakkan aku disuatu daerah terpencil yang hanya dia menjadi kunci syurga mahupun neraka buat aku yang bergelar wanita yang disunting dan dipilih.Jujur. Hilang. Punah. Lebur segala hormat. Segala rasa untuk menyantuni manusia yang tidak tahu adab.
Atau lebih tepat, BIADAP!
Ingat, jangan terus-terusan menjadikan aku bahan benci, bahan iri hati dan dengki sedangkan aku tidak pernah langsung hadir tatkala adanya silah kasih yang terbina sebelum ini.
LANGSUNG TIDAK!
Kewujudan aku entah masih dimana-mana. Masakan aku boleh datang sebagai perosak? AJAIB!
Semoga Ramadhan ini benar-benarmenjadi sekolah tarbiyyah buat hati ini. Dalam kesabaran yang menipis, aku masih mampu mendengar bait-bait nasihat. Masih boleh. Kerana aku terdidik dari keturunan yang mengangkat nilai budi dan santun paling tinggi.
Terima kasih duhai ayahnda yang sedang "beradu" disana. Bonda yang paling ku cinta.
Jujur.Hampir sahaja aku gagal meneruskan amanah ini. Gagal. Namun ia tidak total.Percayalah. Anakmu ini masih punya rasional untuk mengukur situasi biarpun hatinya payau. Kelat yang amat.
Aku masih memilih untuk meneruskan. Memaafkan. Menerima. Kerana aku hasil didikan mu abah dan ma. Kamu mengajar aku untuk berfikir. Bukan berhawa nafsu sahaja.
Terima kasih.
Ini hadiah sempena 24 tahun usia ini bertambah.
mukhlisahminnie:
Kalau aku benar-benar menggila, pasti hari ini sudah ada keputusan yang bakal memutuskan silaturrahim yang terbina. Kerana kasihkan wanita-wanita kesayangan dalam hidup, aku memilih untuk bertenang.
Ini hadiah Tuhan. Ini tarbiyyah Ramadhan. Terima kasih ALLAH. Terima kasih atas hadiah sabar ini.
Ini syurgamu Ramadhan.
Sudah minta dilepaskan sebelum diikatMaafkanlah |
Wassalam.
No comments:
Post a Comment