Salam,
tiada apa yang berseri disebalik pertemuan empat mata. Hanya ada keluh kesah sahut menyahut seolah ini cerita hiba tahap tinggi.
Apalah makna pertemuan tanpa ada keputusan.
Tanpa ada pesan.
Tanpa ada ingatan.
Tanpa ada kasih sayang.
Yang ada hanya angan-angan aku supaya ia berkesudahan. Supaya tidak terus menghukum tanpa aku tahu alasan.
Ini sebetulnya. Aku bingung sendiri. Perlahan-lahan cuba memaknakan setiap keadaan dengan pengertian budi dan kesabaran paling terdaya.
Ini juga masalahnya tatkala kesabaran menipis apabila bibir terkelu.Minda waras turut membeku. Lantas masing-masing mencipta ruang dan suasana dalam dunia sendiri.
Andai yang tersurat itu salah aku, maka maafkanlah. Hamba tuhan serba naif ini tidak menyedari ia.
Saat ini, aku mendamba tenang. Aku mencari-cari akal rasional. Aku memupuk sabar. Berulang-ulang menuturkan istigfar biar emosi tidak sesekali memandu akal.
Nanti syaitan bersorak girang. Bertenang. Ini sangat perlu supaya bibir tidak menutur kata yang merapu-rapu.
Nanti syaitan bersorak girang. Bertenang. Ini sangat perlu supaya bibir tidak menutur kata yang merapu-rapu.
Bukan apa, tidak mahu luka yang sedikit bertukar parah. Harusnya situasi sebegini dihadapi dengan diri yang paling tenang.
Semoga sahaja mentari esok muncul dengan membawa riang. Mentari paling terang.
Menapak mencari damainya hati |
Mukhlisahminnie:
Mencari cinta yang tersirat disebalik dada bonda. Kasih tulus yang terpatri dan tidak akan mati.Semoga esok ALLAH menyampaikan keinginan untuk bertemu bonda.
Semoga bonda disayangi ALLAH.
Semoga ayahnda diredhai ALAH.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment