Salam,
Puas!
Walau sepatah kata yang terlontar dari hati cukup untuk menghantar makna betapa riangnya hati seorang anak tatkala memandang dengan renungan mendalam kepada syurganya.
Bonda. Betapa bahagianya walau bertemu muka seketika. Walau sekejap memeluk tubuh tua kamu.
Pulang ke desa abah membawa langkah bahagia. Merasa angin tenang. Merasakan kehadiran abah disisi.
ALLAH.........
Semoga kasih dan rindu ini membawa ketenangan.
Ini Kepakaran Ma. Cekap Soal Hiasan Makan Beradab |
Ada Syurga Pada Wajah Kamu Bonda |
Ini sahaja satu-satunya kakak abah yang tinggal. Seiras Abah. Kegemaran mereka juga sama. Menonton cerita lama-lama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Ralit bila menonton, aku terkenangkan abah yang sudah tiada. Rindu.
Aku singgah ke walimah sahabat di Masjid Kristal. Tenang saat mendengar ungkapan kalimah ijab kabul. Semoga aku dapat merasai perkara yang serupa. Diikat sebagai isteri yang sah.
Dan ini sebenarnya cita-cita dan keinginan yang tersimpan yang suatu masa dahulu tidak pun ada dalam fikiran. Semenjak dia hadir, aku seolah mendapat petunjuk Tuhan bahawa hidup ini bukan semata untuk kepuasan peribadi sendiri sahaja.
Semoga ALLAH merahmati perjalanan kehidupan aku, kita dan kalian semua.
Semoga ALLAH mencucuri rahmat keatas roh abah dan mereka yang sudah tiada yang memberi makna dan jasa yang besar dalam kehidupan aku.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment