Salam,
Jujur, aku merasai damainya hati tatkala mengizinkan diri menzahirkan riak-riak positif sahaja di dalam hati. Jauhi rasa marah, perasaan negati serta menjalani kehidupan dengan mata hati yang terbuka dan bersuluhkan bersangka baik terhadap Tuhan.
Bahagianya hati apabila kita mahu kan bahagia itu terjadi. Saat kita berani bersemuka dengan cabaran hidup dan berani menikmati kehidupan yang terhidang.
ALLAH itu adil dan tidak pernah tidak Adil.
Manusia yang zalim dan suka menzalimi.Menzalimi diri sendiri, menzalimi orang lain, menzalimi makhluk Tuhan yang tidak berdaya.
Aku mahu menikmati saat-saat akhir bergelar mahasiswi Universiti Sultan Zainal Abidin dengan momen yang syahdu dan manis untuk dikenang.
Cukup-cukuplah yang perit, pahit dan pedih.
Meski pertemuan ini disaat-saat akhir perjalanan sudah hampir dipenghujung jalan, aku tidak pernah menyesal bahkan meraikan kehadiran kasih sayang itu dengan tangan terbuka seluas-luasnya dan hati yang paling ikhlas.
Kerana apa?
Kerana hidup ini hanya ada dua pilihan. Setiap pilihan itu hanya berpasang-pasangan. Tiada yang ketiga. Aku berhak menentukan pilihan untuk berbahagia. Jauhi segala duka yang menyakitkan.
ALLAH itu pada sangkaan hambanya. Maka, aku memilih untuk terus bersangka baik bahawa ini bentuk bahagia yang ALLAH kurniakan meski dari berbeza individu. Wajar diraikan dan dihargai didalam kehidupan.
Terima kasih kerana hadir di dalam hidup saya.
Terima kasih kerana menjadi warna-warna indah dalam kanvas hidup saya, teman.
Semua rupanya tak reti ber'steamboat' Itu lah, jangan disangka mahasiswa itu serba tahu =) |
Aku bersyukur mengenali kalian yang pelbagai ragam dan perwatakan yang mengajar aku erti hidup. Menikmati hidup bahawa ia perlu dihargai setiap detiknya.
Terima kasih. Aku mendoakan yang terbaik untuk kalian. You will be in my little heart.
wassalam.
No comments:
Post a Comment