Monday, April 23, 2012

RINGKAS

Salam,


Sengaja mencuri peluang. Hakikatnya rindu. Biar sedikit. Biar tidak semua. Tidak mengapa asalkan ada. Peluang yang bersisa untuk dinikmati. Nanti entahkan bila dapat bersama lagi. Mungkin ada mungkin jua tidak.


Mencuri kerana hati yang rindu lantas mendesak tidak berdosa kan?


mukhlisahminnie: Hikmah mengalami kesakitan.



Wassalam.

Saturday, April 14, 2012

CATATAN DINIHARI 4

Salam,

tidak mudah membuang sayang setelah bermusim disemai. Tatkala sudahpun merimbun, tiupan taufan menghentam.

Kasih sayang terlerai semudah itu. Ini kerana kegagalan masing-masing untuk bertahan. kegagalan untuk menyelamatkan.

Biarkan kosong ruangan tidak terisi. Sudah sampai waktunya mencari arah.

Semoga bila esok, tatkala mentari menjengah meyinari wajah alam, ada lagi kisah kasih sayang yang masih tersisa dan bertahan.

~Kehadiran kalian sebagai peneman bukan menggantikan apa yang telah berlalu pergi
I-CITY, KUALA TERENGGANU~

mukhlisahminnie: Rintik hujan dari langit malam selalu menghantar kesan halus kepada jiwa. Selamat malam dunia.

~Aku mendoakan persahabatan kalian berkekalan~


Wassalam.


Sunday, April 8, 2012

CATATAN DINIHARI 3

Salam,


Ada misi belum selesai. Ada hati yang sarat dengan serabut yang berselirat. Bergumpalan. Menghenyak dada. Memberati minda. Ini bukan kes kecil. Ini kisah yang belum sempurna.


Ya ALLAH,


Hati ini menangis. Berharap agar temui jalan keluar daripada kemelut hati. Engkau lebih memahami. Engkau Maha Tahu.


Walau bagaimana sekalipun, ini harus dihadapi. Hati mesti kuat. 


mukhlisahminnie: Cinta bersulam redha itu indah. Seindah mentari terbit yang dinantikan insan. Mohon  diangkat doa hamba yang hina ini ALLAH. 

~Matahari terbit, 1 April 2012~
                                                               

Wassalam.