Monday, September 24, 2012

UNTUK KALI INI

Salam,

Tiupan angin keras. Biasanya aku suka menikmati tamparan lembut angin Terengganu. Terasa segar. Boleh membikin hati rindu pada sapaanya. Puputannya tidak menenangkan kali ini. Ganas sehingga wajah alam bertukar ngeri.

Aturan Tuhan. Dalam syukur aku sebenarnya kecut ditinggal sendirian. 

ALLAH itu romantik. Suka bagi Hambanya suprise!

mukhlisahminnie:

1) Aku bersyukur dikurniakan Bisyara Adrea Bt Rahmat pada 22 September 2012. 
Selamat menjengah alam dunia sayang.

2) Aku sendu bila mengingatkan adik kesayangan aku kehilangan bapa. Tabah adikku. Semoga ALLAH merahmati ayahnda kita disana. Mereka sedang berbahagia, Muhd Hanas.
Al-Fatihah buat ayahnda SHAFIE BIN HASAN. 

3) Andai aku mungkir janji pada kamu, maafkanlah. Aku hanya memburu cita-cita tinggi di awan sebelum mencecah bumi semula menjadi tawanan terhormat dimahligai yang bakal terbina.

Wassalam.




Tuesday, September 11, 2012

CATATAN RINGKAS 12

Salam,

Betapa susahnya hendak mengajar orang Melayu soal berniaga.  Soal sunnah yang Rasulullah ajarkan sebagai ikutan.

Dalam fikiran mereka berselirat soal mahu kaya. Tetapi jalannya harus mudah. Harus cepat bikin kaya.

Melayu. Harap tidak menjadi layu.

mukhlisahminnie:

Aku mendoakan kita semua berjaya mengubah mentaliti. Aamiin.

Wassalam.


Monday, September 3, 2012

CATATAN RINGKAS 11

Salam,

Setahun tiga minggu & 1 hari menyulam cinta. Mohon doanya ia berakhir dengan ikatan yang sah disisi Tuhan. 

Amiin..

mukhlisahminnie:

Masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca mylittleheart.

Wassalam