Sunday, February 24, 2013

BERPASANGAN YANG SUDAH TEMPANG

Salam,

Kekadang perasaan wanita itu tidak normal. Rasanya berjuta-juta. Ia seakan mahu meletup bila ditahan-tahan. Kerana bila menoleh mencari wajah untuk bercerita rasa yang terhimpun.... 

menoleh kiri, kosong.
menoleh kanan, kosong. 

Mungkin sekosong hati. Bila memandang langit ada sendu yang tertahan tertumpah. Kerana ku yakin ku ada Mu Tuhan. Engkau lebih mencintai. Engkau selalu ada. Selalu..

Terkadang bibir ini lesu untuk bertutur. Kerana ia sarat sehingga ceritanya tidak tersusun. Cerita terpendam. Alangkah bosan bagi kamu untuk memahami hati wanita. Kerana pintanya perlahan. Menjerit dalam dada. Merintih dalam hati. 

Dan alangkah damai sekiranya aku memiliki kamu yang mengerti. Pada aku, mengerti dan memahami itu perkara yang berbeza. 

Faham itu belum tentu kamu mampu menyelami Lubuk hati wanita. Ia sememangnya rumit. Sangat rumit. Kerana kami menggunakan lenggok tubuh dan tingkah untuk meraih perhatian sang suami agar mengeti kemahuan hati. Walaupun kami sedar, jarang benar ada sang suami yang benar-benar mencerap faham.

Mengerti itu tingkah penuh pengertian yang memaknakan setiap rentak si isteri. Apa mahunya sudah diduga. Apa kesukaannya. Apa kebenciannya. Apa sedih yang menekan dadanya tempat kamu melepaskan kasih juga dapat dimengertikan. Kerana sang suami penuh pengertian.

Adakah anda menegerti atau memahami?

~Cincin ini tidak sepasang lagi.
Alngkah berseri jika ia masih sepasang seperti dulu~



mukhlisahminnie:

Saya percaya kamu tinggi komitmen demi kebahagiaan hari muka. Kadang-kadang saya bisa mengerti. Tetapi sekarang, sebilangan masa saya sudah seperti sekadar memahami. 

Kerana hati ini selembut tisu. Bukan kah itu katamu?....

Wassalam.