Monday, March 11, 2013

CATATAN RINGKAS 15

Salam,

Sedang saya termenung Tuhan datangkan ilham. Kebetulan terdengar kicauan burung-burung. Girang bersahut-sahutan.

Saya tidak pernah tewas seandainya bersabar dan berlapang dada. Cinta ini bukan ada yang mengacu pistol untuk diteruskan. Kenapa mesti saban waktu harus ditekan.

Kembali semula sewaktu awal dulu. Fasa penyesuaian dua hati. Semoga ada jalan keluar dari kemelut emosi.

Laugh with me.I will always love you my darl.



Wassalam.

CATATAN RINGKAS 14

Salam,

Hubungan kami sedang dalam pembaikpulihan dan penyesuaian situasi baru serta alam baru. Kadang-kadang ia sejuk mendingin. Kadang-kadang ia panas menghangat. 

Semoga tidak menjadi bodoh membuat keputusan gaya singkat akal. Aamiin.

Wassalam.

Sunday, March 10, 2013

KISAH HATI WANITA III

Salam,

hidup ini sentiasa dipenuhi dengan pilihan. Kadang-kadang pilihan ini bukan kemahuan kita. Kadang-kadang mungkin kerana kita terpaksa memilih. kadang-kadang pilihan ini atas kecenderungan dan pilihan orang lain yang bermakna dalam hidup kita. 

ya, hidup ini pilihan. Sesukar mana pun pilihan, ia mesti dibuat. Dan, yang hibanya pasti akan ada pilihan yang terkorban.

Kadang-kadang saya rasa tidak adil! kenapa saya dipilih untuk menjadi pilihan yang terkorban?

Kenapa saya yang mesti rasa saya terpilih untuk dipersiakan?

Oh.. Barangkali saya terlupa. Bukan kah hamba itu layak diuji Tuan? 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang  yang sebelum mereka, Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." 


(Surah Al-Ankabut ayat 2-3) 

Tangkai hati ini seakan longlai tatkala memikir-mikir ruang dan jurang yang saban hari tercipta. Masihkah ini boleh dipanggil kasih? 

Ya, boleh. Seandainya hati optimis terhadap perkara tersebut. Cuma, saya sedang belajar tidak mahu keterlaluan menyemai rasa. 

Hati ini sudah-sudah cukup terasanya. Sudah. Apa yang boleh saya buat, sekadar menunggu sahaja apakah benar saya ini pilihan.

Atau sebenarnya, saya sudah pun dijadikan pilihan yang terkorban.....?
Hanya ALLAH yang Maha Tahu.

mukhlisahminnie:

Saban hari saya semakin terasa dijauh. Adakah ini juga sudah menjadi pilihan?
Bertenang. Bertawakkal. Kata bonda, sabar itu subur. Bersabarlah.

Cepat sihat. Kamu mesti kuat!

Wassalam.