Salam,
ada keinginan yang membuak-buak semenjak dua ini. Kadang-kadang ia meruntun air mata tanpa sedar.
Hasrat hati melantun-lantun dalam dada, mahu supaya dibiaskan dalam bentuk frasa. MAHU TAPI KELU!
Sekejap akal memikir begitu. Sekejap akal mengarah begini. Yanag pasti ia KEMAHUAN.
MAHU YANG TERAMAT!
Bumi Terengganu itu tidak pernah mendapat carta di dalam hati suatu ketika dahulu. Masih terbayang betapa jengkel hati bila tahu akan ditempatkan menuntut ilmu disana.
Aduh! Sungguh aku benci. Ini bukan bohong-bohong. Hakikat yang pahit. Ditambah pemergian aku kesana tatkala abah koma di ICU.
Abah pulang ke rahmatullah juga tanpa sempat aku kucup buat terakhir kali. Kami terpisah terus dengan sempadan bumi. Lagi aku bertambah benci belajar sejauh ini!
Hikmahnya, Tuhan menghadiahi aku pelbagai warna.
Di sana, aku temukan cinta, kasih sayang, persahabatan. ia manis. Teramat manis. Hadiah Tuhan. Siapa kita untuk mengatur percaturan Tuhan?
Baik aku, kamu, bahkan kita semua.
Aku berdoa ada jodoh dan takdir untuk datang kesana. Ada sebab yang membawa aku datang kesana.
Bumi Terengganu, aku rindu kisah disana..... Demi ALLAH aku rindu!
yang pertama kami bersama ke pantai |
The day before Aku bertolak ke Melaka untuk Debat Alam Sekitar |
Dia sahabat Kami saling berkongsi "CINTA" |
CAPTIONLESS |
Tulus, Aku rindu mereka. |
DEBAT DIRAJA 2011 Selepas aku ber air mata memikul amanah ketua pasukan debat |
Tak mungkin berulang. Kami semua sudah milik orang. |
Dia sahabat pertama yang aku kenali sesampainya aku di Blok UU |
Si manja yang entah bila memanggil aku MOMMY padahal dia dahulu yang bergelar UMMI. |
Dia seperti ibu |