Monday, November 25, 2013

CATATAN RINGKAS 13

Salam,

Kami pernah sama-sama meredah pekat malam pulang dari kerja. Kami pernah bercerita tentang bintang cantik berkerlipan di langit.

Dia pernah bersoal jawab, kenapa cahaya bulan bila terkena pokok kelapa sawit, akan menimbulkan bayang-bayang yang epic?


Padahal saya sudah takut pandang. Macam ada bayang-bayang figura lain dalam kepala.


Kami sama-sama berhenti kerja gara-gara dia masih hingusan untuk membezakan duit palsu atau betul. 


Dia lurus dan naif. Budak baik kan. Kadang-kadang ada bagusnya jadi jahat dan nakal. Otak ligat!

Kami pernah bekerja di sini,
Di Shell Parit Sulong itu lah  tempat kami berdua.
Aim sebagai pump attendent, kak ya sebagai cashier.



Sebenarnya saya mahu catat ringkas. Tapi,... tanpa sedar sudah berjela



Sebenarnya saya hanya mahu kata rindu. Itu sahaja. Semoga kamu di sayang Tuhan adikku Rahim Ghozi.


Terima kasih selalu bantu kak ya.






mukhlisahminnie:

Walaupun kamu Diploma holder, kak ya Degree holder, kamu lebih banyak membantu. Bahkan pernah biaya kos sara hidup waktu kak ya berpraktikal dulu di Kementerian Pertahanan. Degree atau Diploma, bukan ukuran siapa boleh bantu siapa. 

Terima kasih untuk ingatan baik sepanjang kita bersama. Semoga kamu tidak tersasar dalam memilih jalan hidup. Semoga pilihan kamu selalu baik wahai adikku.

Semoga.....

Semoga.....


Wassalam.

Saturday, November 9, 2013

KUDRAT

Salam,

Kalau orang memandang pun sudah terasa menyusahkan, apatah lagi bahu sendiri yang memikul?

Jujur,

kadang-kadang pertimbangan akal itu tipis, maka sabar dan percaya Tuhan ada itu lah ubatnya. Supaya segar semula. Supaya bergerak dan bangun semula.

Ehh! Apa kau fikir mudah menongkat arus payah dengan kudrat seorang wanita????


Kerana kudrat itu pemberian Tuhan lah maka aku masih bergerak. Menapak perlahan-lahan meski sudah terasa lumpuh. Dahan yang mahu dipaut pun tidak kukuh. Hati yang getar redhanya pun sudah rapuh.


Ehh! Apa kau fikir senang menanggung semua ini???





Tuhan, sesungguhnya benar kataMU. Cintai lah Engkau lebih dari segala-galanya kerana Engkau lebih tahu. Lebih kasih. Segala-galanya yang lebih.


Terima kasih ALLAH untuk semua masalah yang mengajar aku KUAT walau penat.

Wassalam.