Salam,
Lama tidak terintai laman blog sendiri. Usai solat asar, melihat tenangnya wajah kesayangan di dalam lenanya yang dibungkus kepenatan memandu. Masakan tidak. Bukan sehari. Bukan dua hari memandu tanpa henti menjelajah negeri ke negeri. Sudah hampir seminggu! Itu suami saya.
Makanya seusai solat, aku merenung kasih padanya. Mudah-mudahan aku sudah bank in pahala percuma dengan memandang wajah suami. Tanpa sedar jua, aku mengira masa yang sudah tertinggal. Sudah 25 hari aku sebagai isterinya. Terus otak memikirkan, pasti sejak itu aku sudah menjadi aset syurga dn nerakanya. Perlahan aku goncang tubuh letihnya.
"Abang, abang redha tak pada saya?"
Dalam mamai, dia menjawab lesu.
"Abang mengantuk. Kenapa tanya macam tu?"
Matanya tidak terbuka. Sekadar menjawab sahaja. Aku ulang kembali soalan yang sama. Selagi belum mendapat jawapannya, selagi itu ada riak resah.
Sekali lagi aku tepuk perlahan bahunya dengan marhana yang masih kupakai kerana aku ingin menjaga wudhu' sekalian solat jama' maghrib nanti. Masih sama, cuma kali ini matanya dibuka. Aku masih menunggu sesuatu yang memuaskan dada. Bila sahaja terpandangkan anggukannya diiringi jawapan,
"Iya...."
Biar sepatah. Cukup untuk membuatkan aku tersenyum senang. Lega. Allahu Rabbi. Ini magiknya bersatu dalam halal. Alhamdulillah!
Terimbau aku kenangan bagaimana kami bermula sehingga dia mengucapkan lafaz sakinah yang mengikat aku sebagai suri hidupnya. Malu aku untuk mengaku suri, sebab aku terlalu banyak cacatnya. Pertemuan paling jengkel. Paling! Namun kini, bila kupandang wajahnya, aku akan tertawa. Ini lelaki yang aku benci. Ini juga lelaki yang aku cinta. Hebat kuasa Allah! Subhanallah.
Nanti aku cerita bagaimana kebencian itu bermula. Panjang ceritanya. Mungkin ada ibrah untuk adik-adik atau sesiapa sahaja yang sudi singgah kemari. Di ruangan "hatikecilsaya".
InsyaAllah.
Lafaz Ta'lik Semoga Allah redha |
Mukhlisahminnie :
Harus berhenti menaip. Azan sudah berkumandang.
Wassalam.