Wednesday, October 28, 2015

KISAH CINTA 3 : OH IBU MERTUAKU

Salam,

Sepanjang memandu kereta ke sekolah terasa untuk berkongsi cerita. Tuhan beri ilham. Kisah ibu mertua yang pelbagai versi.

Sungguh. Sukar untuk mana-mana wanita mengasihi wanita yang di panggil ibu mertua ini bila kita meletakkan sempadan.

Dia hanya ibu mertua!

Kisah ini tercetus bila aku membanding beza kisah teman- teman tentang cerita berumahtangga mereka.

Ada yang cerita, mertua selalu membeza-bezakan menantu.
Ada yang cerita, semua mertua nak control termasuk suami mereka.
Ada yang cerita, masak apa pun tak pernah sedap, tak pernah betul pada deria rasa mertua.
Ada yang cerita, kadang-kadang mertua yang atur pakaian suami mereka termasuk anak mereka!

Uishh! Seram

Tuhan itu sangat adil. Mungkin berkat bonda yang melahirkan aku sentiasa menanamkan rasa optimis untuk sayangkan mertua seperti ibu bapa sendiri menjadikan aku boleh walau tidak sepenuhnya menumbuhkan rasa kasih sayang kepada ibu dan ayahnya.

Kadang-kadang lidah aku tersasul memanggil ayah sebagai abah. Rindu barangkali pada yng sudah pergi. Alhamdulillah, Allah menggantikan.

Kisah ini sudah meleret! Sebenarnya aku ingin ceritakan tentang seorang wanita besi. Iya, dia mertuaku.

Aku teringin untuk memeluk dia ketika dia menangis kesedihan sama seperti yang biasa aku lakukan pada bonda. Tidak pernah berjaya.

Aku teringin mahu pimpin tangannya saat berjalan di laluan yang sukar. Sama seperti yang biasa anaknya lakukan kepada bonda. Tidak pernah berjaya.

Ibu keras dalam lembut. Mungkin kerana dia wanita bekerjaya. Mungkin pengalaman hidup yang survival membentuk dia yang hari ini. Aku tidak boleh membezakannya dengan bonda yang lembut dan manja.

Pengalaman hidup dua wanita ini berbeza. Bonda hanya menurut pekerjaan abah. Ke gunung sama di daki, ke lurah sama di turuni. Justeru, untuk aku menetapkan cara layanan ke atas dua wanita ini berbeza.

Namun, aku boleh merumuskan kepada satu hujah yang mudah. Pengalaman hidup membezakan cara.

Aku sangat berterima kasih Tuhan. Kalau tidak kerana jasa seorang wanita ini melahirkan, menyusukan dn membesarkan dengan didikan yang baik ke atas suami yang aku nikahi hari ini, masakan dapat aku meminjam seorang lelaki yang baik dai ibunya.

Keras atau lembut, itu bukan persoalan. Kerana yang utama, mereka berjaya mendidik anak sebaiknya.

Seperti aku terhutang budi pada bonda, sama itulah aku berhutang dengan ibunya. Melahirkan, menyusukan, membesarkan dan mendidik sehingga dia menjadi lelaki yang pandai menghormati wanita.

Terima kasih ibu.


Saya tidak mahu menjadi perampas kasih sayang. Tetapi saya hadir untuk bersama-sama membentuk silaturrahim dan kasih sayang. Semoga!






mukhlisahminnie:

Tips menambat hati mertua dari bonda :

Kahwini  suami dan sayang seluruh keluarganya.

Wassalam.