Friday, July 13, 2012

CATATAN RINGKAS 5

Salam,


Hati tersayat pilu.Mata terkelip-kelip menghayati helaian-helaian nota.


Susunan bicara bagai belati yang menghiris jiwa menjadi perca yang tercarik tanpa rupa.


Sungguh! Tiba-tiba muncul segunung benci dan menyusut rasa hormat.


mukhlisahminnie:
Aku fikir dirinya lebih sempurna sebagai wanita mulia. Anggapan itu meleset!


Wassalam.

CATATAN RINGKAS 4

Salam,


Garang mentari hari ini.
Bahangnya menggigit anggota. Ada kisahnya! Biar aku dan kamu sahaja yang menyimpan cerita.


Wassalam.

CATATAN RINGKAS 3

Salam,


Lelaki hebat, wanita anggun.
Oh! ukuran hebat bukan pada tenaga kelelakiannya semata-mata. Anggun itu tidak diukur berbekalkan jelita rupa sahaja.


Harus menyedari sandaran makhluk yang sempurna itu diangkat dari sisi akal dan budi.


Wassalam.

Tuesday, July 10, 2012

CATATAN RINGKAS 2

Salam,


Mentari kelihatan sugul dicelah gumpalan awan. Berarak terus sang awan dengan tenang menyembunyikan kesugulan mentari pagi.


Mumgkin ada rahsia yang tidak terhurai. Kuasa ALLAH! Siapa mahu menafikan?


mukhlisahminnie:
6 Julai. Aku tersesat dalam perjalanan ke Kuala Terengganu Golf Resort. Ada seminar. Nilai budi itu bernilai disisi manusia. Masih punya harga!


Wassalam.

CATATAN RINGKAS 1

Salam,


Teringat dan teringin. 
Mata melirik sehingga kepala tertoleh sama. Kemudiannya, hati menggumam,

"Aku betul-betul teringat dan teringin."

Mukhlisahminnie: 
Jalan sendiri di bazar Syahbandar. Ada blouse merah yang membikin hati ini tertujal-tujal meronta mahu!

Wassalam.

Thursday, June 21, 2012

BILA RINDU BERTAMU

Salam,

Momen manis 19 Jun 2012.

Kalian kenangan manis untuk diingati. Semoga selalu ada di dalam doa.
Credit to: Cik Raidah for this special editing




Semoga ia menjadi kenangan yang tersemat di dalam ingatan aku dan kalian semua.

Jujur, kita pernah saling merasakan perasaan tidak berpuas hati. Merasa iri hati. Merasa tersinggung. Merasa apa perlunya dia atau siapa-siapa ini dalam hidup aku. Merasa betapa bencinya bila terpandang muka. Bahkan merasakan kasih sayang sesama kita yang kian tersemat. 

Ini perasaan biasa manusia normal. Aku, kamu, kita.

Diakhirnya, barulah kita menyedari mengapa perlunya mereka ini di dalam hidup. Mengapa ALLAH hantar mereka untuk menyakitkan hati kita, untuk membuat kita merasa marah, membuat kita merasa terluka dengan tindakan mereka, membuat kita tertumpah rasa sayang dan kasih. 

Kerana diantara kita ini sebenarnya merupakan warna-warna yang pelbagai yang ALLAH sediakan untuk mewarnai latar kanvas hidup. Masing-masing punya peranan tersendiri untuk mewarnai setiap inci ruang yang ALLAH sediakan dan yang telah diaturkan. Berperanan untuk kita saling mencipta momen sebelum kaki melangkah ke fasa seterusnya.

Hidup ini kan indah. kerana itu ALLAH menghadiahi kita dengan mereka yang pelbagai ragam dan cara. Untuk mengajar kita supaya saling mengenali watak manusia.

Ingatkan firman Tuhan,

"Dan Aku utuskan kamu dari pelbagai bangsa supaya kamu saling berkenal-kenalan"

Terima kasih semua kerana mengajar aku erti hidup. mewarnakan hari-hari yang aku lalui dan menukar wajahnya dari muram kepada ceria, dari ketawa kepada menangis, dari bahagia bertukar sakit, dan dari perit mengecapi semula bahagia.

Ini hidup. Sentiasa Berubah fasa. Semoga aku, kamu dan kita semua berupaya untuk mengekalkan ukhwah ini. 


mukhlisahminnie:
6 semester, singkat rupanya masa yang tersedia. pantas masa berlari. Terima kasih untuk semua situasi yang kalian hadiahkan buat diri ini. Terima kasih paling polos dan tulus dari hamba Tuhan yang hina ini. Maafkan segala salah dan silap. Halal kan apa yang pernah kita kongsikan.

Wassalam.



SEBARIS SEBAGAI DOA

Salam,

jenuh aku mengintai-intai andai ada idea untuk menyambung setiap kali ada bicara yang terhenti setakat sepatah dua cuma.

Maaf.

Ini bukan yang biasa-biasa. Ini kesan bila semakin menyedari realiti yang tidak segaris dengan mimpi. Tempoh kematangan sudah seharusnya menyubur didalam diri. 

"Bismillahi Ar Rahman al Rahim,
dengan nama Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Rintih aku semoga semuanya selamat sentiasa di dalam perlindungan ALLAH.
Permudahkan laluan jodoh. Permudahkan urusan amanah yang dipikulnya.
Amiin Ya Rabb"

"Listen Sayang...

Ada jodoh kita jumpa lagi"

Semoga kamu berjaya menamatkan rekrut dengan baik-baik sahaja.



mukhlisahminnie: 
Semoga sepanjang menunaikan amanah dengan baik. Aku mendoakan yang terbaik buat kamu.

Wassalam.