Saturday, July 14, 2012

TAHNIAH PERAJURIT MUDA UniSZA!

Salam,

mylittleheart berbesar hati berkongsi kegembiraan di atas kejayaan kalian menamatkan Kursus Asas Perajurit Muda Siri 4/2012, Kem Rejimen 512 AW, Padang Midin, Kuala Terengganu.


Bagi Siri ke-4 ini, Universiti Sultan Zainal Abidin telah menghantar seramai 8 orang pelatih daripada Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD UniSZA) untuk mengikuti Kursus Asas tersebut.


Kursus ini berlangsung selama sebulan  yang membawa pelatih-pelatih menempuhi sesi latihan yang sangat padat dan mencabar fizikal dan mental sebagai persediaan untuk bertindak selaku pasukan tentera simpanan yang terlatih dari segenap aspek. 


Anda hebat! Tahniah buat kalian semua.


8 Orang Perajurit Muda UniSZA





Passing Out yang melayakkan mereka bergelar Perajurit Muda
09 Julai 2012



Antara tuntutan latihan.
Sesi Latihan menembak di Kem Tembila, Besut.

Survival itu perlu!
kalian sememangnya Mahasiswa yang tidak manja.
SALUTE!


Best effort Guys. Tektik penyamaran.
Thumbs Up!


"BERMULANYA KAMU DISINI,
TIDAK BERMAKNA UNTUK MENYESAL!"
(Tag Line yang tertera di Kem Padang Midin).



Suatu misi tersurat sebagai kenyataan. Berakhir sudah segala keperitan serta makian. Namun, itu bukan suatu pengakhiran perjuangan sebaliknya permulaan perjalanan di dalam menunaikan amanah yang pernah kalian ikrar kan di dalam sumpah yang dilaungkan.

Ikrar harus di kota kan demi ummah dan negara. Kesakitan dan kesusahan bernilai ibadah.

Kalian hebat!

Tahniah dan takziah secara peribadi daripada Blogger mylittleheart.

Wassalam.

Friday, July 13, 2012

CATATAN RINGKAS 7

Salam,


Mata bertaut pandangan melahirkan tindakan tanpa suara. Sudahnya masing-masing tahu hati saling merindu.


Ah! Tiba-tiba dibelit rasa malu.




mukhlisahminnie:
Permai Hotel, Kuala Terengganu. 11 Julai 2012.
Walau sekejap bertemu muka, merasakan sudah lebih dari cukup. Terima kasih sudi melapangkan masa.


Wassalam.

CATATAN RINGKAS 6

Salam,


Berhenti menyalahkan. Bawa bertenang. Akhirnya solusi yang ditemui memaknakan sesuatu yang lebih indah.


Memaafkan dan melupakan yang silam. Kenangan itu hak sendiri asal tidak mengheret kenangan yang baru hendak dicipta. Itu tidak mengapa!


Wassalam.

CATATAN RINGKAS 5

Salam,


Hati tersayat pilu.Mata terkelip-kelip menghayati helaian-helaian nota.


Susunan bicara bagai belati yang menghiris jiwa menjadi perca yang tercarik tanpa rupa.


Sungguh! Tiba-tiba muncul segunung benci dan menyusut rasa hormat.


mukhlisahminnie:
Aku fikir dirinya lebih sempurna sebagai wanita mulia. Anggapan itu meleset!


Wassalam.

CATATAN RINGKAS 4

Salam,


Garang mentari hari ini.
Bahangnya menggigit anggota. Ada kisahnya! Biar aku dan kamu sahaja yang menyimpan cerita.


Wassalam.

CATATAN RINGKAS 3

Salam,


Lelaki hebat, wanita anggun.
Oh! ukuran hebat bukan pada tenaga kelelakiannya semata-mata. Anggun itu tidak diukur berbekalkan jelita rupa sahaja.


Harus menyedari sandaran makhluk yang sempurna itu diangkat dari sisi akal dan budi.


Wassalam.

Tuesday, July 10, 2012

CATATAN RINGKAS 2

Salam,


Mentari kelihatan sugul dicelah gumpalan awan. Berarak terus sang awan dengan tenang menyembunyikan kesugulan mentari pagi.


Mumgkin ada rahsia yang tidak terhurai. Kuasa ALLAH! Siapa mahu menafikan?


mukhlisahminnie:
6 Julai. Aku tersesat dalam perjalanan ke Kuala Terengganu Golf Resort. Ada seminar. Nilai budi itu bernilai disisi manusia. Masih punya harga!


Wassalam.