Wednesday, May 15, 2013

UNTUK KAMU

Salam,

15 Mei 2013.

Sebenarnya tarikh ini biasa-biasa sahaja untuk mereka yang tidak punya kepentingan. Tetapi, masakan ia boleh untuk saya?

Untuk kamu. Ya, untuk kamu yang dihormati. Dan yang amat pasti, saya kasihi,

SELAMAT ULANG TAHUN YANG KE-25

Ku mohon kepada Tuhan, agar diri kamu dilimpahi keampunan, kasih sayang, kebahagiaan yang berterusan sehingga ke Jannah Rabbul I'zzati.

Sampaikan amanah saya sehingga ke tarikhnya. 
Tetapkan janji yang telah kamu tutur.
Kuatkan azam untuk melangkah ke gerbang impian.
Sabarkan lah diri seandainya ia terasa tewas.
Tunaikan amanah kamu sebaiknya kepada keluarga.
Dan yang utama, impian si gadis.Doanya. Harapannya.
Bawa saya pergi dari pangkuan bonda diiringi syariat dan adat.  Dengan restu ALLAH dan keluarga.

Aamiin. 

Tanda mata.
Tanda Cinta.

Ia hanya sekadar tanda. Ertinya belun diterjemah.
Semoga...




mukhlisahminnie: 

Ini tahun terakhir meraikan ulang tahun sendiri. Bukankah itu kata mu? InsyaALLAH.

Wassalam.

Tuesday, May 14, 2013

KESAN KASIH YANG TERTINGGAL DI SUDUT HATI

Salam,

entry kali ini khas. Sesungguhnya ia antara yang  istimewa sekali untuk dicatatkan di dalam catatan kisah di ruangan mylittleheart.

Ini kisah kasih sayang yang tertinggal. Ia ada di sudut dan kekal direlung hati meski telah menjadi sejarah semalam. Kisah ini sarat kasih sayang yang tidak terluah dibibir bila bersemuka. tetapi tegar di dalam hati.

Ini kisah kami. 

Kisah kak wan the exegerate momy, kak linda the Ibu tiri, dan kak pae the baby tua@Bokk + yaya the cute. =)


Tribute ini khas. Paling tulus dari hati yang tidak sempat saya nyatakan secara berdepan tatkala bersama mereka.

Buat kak Wan the exergerate momy,
Sesungguhnya terima kasih. Minta maaf selama bersama. Tak mungkin yaya akan lupa cerita A moment to remember, laptop ajaib kak wan yang membikin orgasme hari-hari bosan yaya setiap malam. Hiruk pikuk mulut ini bila menonton cerita. Sembang soal Tuttt setiap petang usai pulang kerja. Terima kasih atas kesudian menumpangkan pergi dan pulang kerja. DBX kak wan dalam kenangan. Mee rebus yang fabulous masih terasa-rasa ditekak. Walau apa pun kisah kita, kamu masih tetap mendapat penghormatan sebagai kakak saya.

Comel kan Pose kak wan yang ni
Bukan nak sabotaj, tapi yaya suka tengok =)

Buat kak Linda the ibu tiri,
masakan diri ini boleh melupakan kebaikan kamu yang sudi membawa alas toto dan bantal buat saya pada kali pertama diri ini menjejakkan kaki dibumi Ajil. Tidak mungkin saya terlupa cerita-cerita kamu yang menghiasi waktu-waktu lapang kita. Mungkin usai solat. Mungkin sebelum kita tidur. Mungkin ketika makan. Paling jelas, nasihat supaya meletakkan matlamat "HARI MERAIKAN CINTA HALAL KAMI". Buat kamu kak, terima kasih. Sesungguhnya si dia sudah menimbangkan. Syukur Pada Rabbi. Pasti doa tulus saya memunajatkan kebahagiaanmu. Segera datang dengan gelaran baru ke bumi johor. Aku menunggu. Walau apa pun kisah kita, Kamu jua mendapat penghormatan sebagai kakak saya.

Kaki kak Linda pose x seayu tangan dia.
Yaya juga yang ala ayu-ayu mioww.
haha!


Buat kak Pae the baby tua@ bokk,
ingatan saya saat kali pertama nama kamu dilaungkan the exergarate momy supaya menunggu kehadiran saya di luar pintu dalam telefon. Itu yang pertama. Jujur, tanpa pengetahuan kamu hati ini pernah berkata lembutnya wajah dia. Sopan orangnya. Bila saya tahu hakikat, ohhh. =) Terima kasih sudi menumpangkan saya. Kamu tahu, saya tidak akan lupa tersenyum bila terdengar "5 tahun saja" & "akur janji" Sebab itu lah yang saya dengar setiap hari pergi dan balik kerja. Terima kasih selalu sudi selalu menjadi pendengar saya. Kadang saya rasa, tiada bezanya kamu dan kakak sedarah sendiri. Masakan saya lupa. Kamu tahu kak, kamu sebenarnya cantik. terutama bila kamu berjubah.  Maafkan diri ini selalu mengusik. Sejujurnya usikan itu tanda sayang sebagai adik. walau apa pun kisah kita, kamu jua mendapat penghormatan sebagai kakak saya. 

Kak Linda + Kak Wan, jangan lupa bagi kak Pae Kasih sayang.
Kesian dia yaya tengok =)



Semoga ukhwah yang pernah terbina tidak terlerai seperti terurainya istana pasir yang dilanggar ombak. Terima kasih untuk semusim yang lepas menjadi kakak saya, teman saya, ibu saya, kaunselor saya. Halalkan maggi, halalkan makanan lain juga yang yaya makan. halalkan segala susah payah yang pernah dibuat untuk saya. Hantar saya ke office. 

Yaya doakan kakak-kakak yaya menemui kebahagiaan yang diimpikan. Aamiin Ya Rabb..


Lots Of Love,
Cik Ted WFWY, Cik Yaya Comel, Cik Bokk FR =)

=)

Wassalam.

Wednesday, April 10, 2013

CATATAN 17

Salam,

Impian kita pasti mahu melahirkan zuriat yang taat menyembah Penciptanya. Sebelum, semasa dan selepas fasa memiliki zuriat, ada tanggungjawab yang wajib kita laksanakan.

Ayuh. Berdoalah.
  رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ  
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (40)


Surah Ibrahim ayat 40


Amalan untuk mendidik zuriat tidak culas menunaikan solat. Aamiin.

Kurniakan Kami Zuriat Yang Soleh ALLAH.



Wassalam.

Tuesday, April 9, 2013

CATATAN RINGKAS 16

Salam,

Alangkah moleknya seandainya masa itu hadir dikala mata terbuka. Tetapi tuhan itu bukan kejam. Ia merahsiakan supaya hamba menambah keimanan.

Menghitung hari meraikan cinta meski jalannya masih belum ketahuan langkah,tempat dan masa.

Sujud mendoakan syurga, hikmah meraikan cinta halal berbau manis. Aamiin.

Adakah Tuhan bersetuju dengan tarikh impian?
ALLAHU YASSIR WA LAA TU 'ASSIR



Wassalam.


Monday, March 11, 2013

CATATAN RINGKAS 15

Salam,

Sedang saya termenung Tuhan datangkan ilham. Kebetulan terdengar kicauan burung-burung. Girang bersahut-sahutan.

Saya tidak pernah tewas seandainya bersabar dan berlapang dada. Cinta ini bukan ada yang mengacu pistol untuk diteruskan. Kenapa mesti saban waktu harus ditekan.

Kembali semula sewaktu awal dulu. Fasa penyesuaian dua hati. Semoga ada jalan keluar dari kemelut emosi.

Laugh with me.I will always love you my darl.



Wassalam.

CATATAN RINGKAS 14

Salam,

Hubungan kami sedang dalam pembaikpulihan dan penyesuaian situasi baru serta alam baru. Kadang-kadang ia sejuk mendingin. Kadang-kadang ia panas menghangat. 

Semoga tidak menjadi bodoh membuat keputusan gaya singkat akal. Aamiin.

Wassalam.

Sunday, March 10, 2013

KISAH HATI WANITA III

Salam,

hidup ini sentiasa dipenuhi dengan pilihan. Kadang-kadang pilihan ini bukan kemahuan kita. Kadang-kadang mungkin kerana kita terpaksa memilih. kadang-kadang pilihan ini atas kecenderungan dan pilihan orang lain yang bermakna dalam hidup kita. 

ya, hidup ini pilihan. Sesukar mana pun pilihan, ia mesti dibuat. Dan, yang hibanya pasti akan ada pilihan yang terkorban.

Kadang-kadang saya rasa tidak adil! kenapa saya dipilih untuk menjadi pilihan yang terkorban?

Kenapa saya yang mesti rasa saya terpilih untuk dipersiakan?

Oh.. Barangkali saya terlupa. Bukan kah hamba itu layak diuji Tuan? 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang  yang sebelum mereka, Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." 


(Surah Al-Ankabut ayat 2-3) 

Tangkai hati ini seakan longlai tatkala memikir-mikir ruang dan jurang yang saban hari tercipta. Masihkah ini boleh dipanggil kasih? 

Ya, boleh. Seandainya hati optimis terhadap perkara tersebut. Cuma, saya sedang belajar tidak mahu keterlaluan menyemai rasa. 

Hati ini sudah-sudah cukup terasanya. Sudah. Apa yang boleh saya buat, sekadar menunggu sahaja apakah benar saya ini pilihan.

Atau sebenarnya, saya sudah pun dijadikan pilihan yang terkorban.....?
Hanya ALLAH yang Maha Tahu.

mukhlisahminnie:

Saban hari saya semakin terasa dijauh. Adakah ini juga sudah menjadi pilihan?
Bertenang. Bertawakkal. Kata bonda, sabar itu subur. Bersabarlah.

Cepat sihat. Kamu mesti kuat!

Wassalam.