Wednesday, April 10, 2013

CATATAN 17

Salam,

Impian kita pasti mahu melahirkan zuriat yang taat menyembah Penciptanya. Sebelum, semasa dan selepas fasa memiliki zuriat, ada tanggungjawab yang wajib kita laksanakan.

Ayuh. Berdoalah.
  رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ  
"Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. (40)


Surah Ibrahim ayat 40


Amalan untuk mendidik zuriat tidak culas menunaikan solat. Aamiin.

Kurniakan Kami Zuriat Yang Soleh ALLAH.



Wassalam.

Tuesday, April 9, 2013

CATATAN RINGKAS 16

Salam,

Alangkah moleknya seandainya masa itu hadir dikala mata terbuka. Tetapi tuhan itu bukan kejam. Ia merahsiakan supaya hamba menambah keimanan.

Menghitung hari meraikan cinta meski jalannya masih belum ketahuan langkah,tempat dan masa.

Sujud mendoakan syurga, hikmah meraikan cinta halal berbau manis. Aamiin.

Adakah Tuhan bersetuju dengan tarikh impian?
ALLAHU YASSIR WA LAA TU 'ASSIR



Wassalam.


Monday, March 11, 2013

CATATAN RINGKAS 15

Salam,

Sedang saya termenung Tuhan datangkan ilham. Kebetulan terdengar kicauan burung-burung. Girang bersahut-sahutan.

Saya tidak pernah tewas seandainya bersabar dan berlapang dada. Cinta ini bukan ada yang mengacu pistol untuk diteruskan. Kenapa mesti saban waktu harus ditekan.

Kembali semula sewaktu awal dulu. Fasa penyesuaian dua hati. Semoga ada jalan keluar dari kemelut emosi.

Laugh with me.I will always love you my darl.



Wassalam.

CATATAN RINGKAS 14

Salam,

Hubungan kami sedang dalam pembaikpulihan dan penyesuaian situasi baru serta alam baru. Kadang-kadang ia sejuk mendingin. Kadang-kadang ia panas menghangat. 

Semoga tidak menjadi bodoh membuat keputusan gaya singkat akal. Aamiin.

Wassalam.

Sunday, March 10, 2013

KISAH HATI WANITA III

Salam,

hidup ini sentiasa dipenuhi dengan pilihan. Kadang-kadang pilihan ini bukan kemahuan kita. Kadang-kadang mungkin kerana kita terpaksa memilih. kadang-kadang pilihan ini atas kecenderungan dan pilihan orang lain yang bermakna dalam hidup kita. 

ya, hidup ini pilihan. Sesukar mana pun pilihan, ia mesti dibuat. Dan, yang hibanya pasti akan ada pilihan yang terkorban.

Kadang-kadang saya rasa tidak adil! kenapa saya dipilih untuk menjadi pilihan yang terkorban?

Kenapa saya yang mesti rasa saya terpilih untuk dipersiakan?

Oh.. Barangkali saya terlupa. Bukan kah hamba itu layak diuji Tuan? 

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang  yang sebelum mereka, Maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." 


(Surah Al-Ankabut ayat 2-3) 

Tangkai hati ini seakan longlai tatkala memikir-mikir ruang dan jurang yang saban hari tercipta. Masihkah ini boleh dipanggil kasih? 

Ya, boleh. Seandainya hati optimis terhadap perkara tersebut. Cuma, saya sedang belajar tidak mahu keterlaluan menyemai rasa. 

Hati ini sudah-sudah cukup terasanya. Sudah. Apa yang boleh saya buat, sekadar menunggu sahaja apakah benar saya ini pilihan.

Atau sebenarnya, saya sudah pun dijadikan pilihan yang terkorban.....?
Hanya ALLAH yang Maha Tahu.

mukhlisahminnie:

Saban hari saya semakin terasa dijauh. Adakah ini juga sudah menjadi pilihan?
Bertenang. Bertawakkal. Kata bonda, sabar itu subur. Bersabarlah.

Cepat sihat. Kamu mesti kuat!

Wassalam.

Sunday, February 24, 2013

BERPASANGAN YANG SUDAH TEMPANG

Salam,

Kekadang perasaan wanita itu tidak normal. Rasanya berjuta-juta. Ia seakan mahu meletup bila ditahan-tahan. Kerana bila menoleh mencari wajah untuk bercerita rasa yang terhimpun.... 

menoleh kiri, kosong.
menoleh kanan, kosong. 

Mungkin sekosong hati. Bila memandang langit ada sendu yang tertahan tertumpah. Kerana ku yakin ku ada Mu Tuhan. Engkau lebih mencintai. Engkau selalu ada. Selalu..

Terkadang bibir ini lesu untuk bertutur. Kerana ia sarat sehingga ceritanya tidak tersusun. Cerita terpendam. Alangkah bosan bagi kamu untuk memahami hati wanita. Kerana pintanya perlahan. Menjerit dalam dada. Merintih dalam hati. 

Dan alangkah damai sekiranya aku memiliki kamu yang mengerti. Pada aku, mengerti dan memahami itu perkara yang berbeza. 

Faham itu belum tentu kamu mampu menyelami Lubuk hati wanita. Ia sememangnya rumit. Sangat rumit. Kerana kami menggunakan lenggok tubuh dan tingkah untuk meraih perhatian sang suami agar mengeti kemahuan hati. Walaupun kami sedar, jarang benar ada sang suami yang benar-benar mencerap faham.

Mengerti itu tingkah penuh pengertian yang memaknakan setiap rentak si isteri. Apa mahunya sudah diduga. Apa kesukaannya. Apa kebenciannya. Apa sedih yang menekan dadanya tempat kamu melepaskan kasih juga dapat dimengertikan. Kerana sang suami penuh pengertian.

Adakah anda menegerti atau memahami?

~Cincin ini tidak sepasang lagi.
Alngkah berseri jika ia masih sepasang seperti dulu~



mukhlisahminnie:

Saya percaya kamu tinggi komitmen demi kebahagiaan hari muka. Kadang-kadang saya bisa mengerti. Tetapi sekarang, sebilangan masa saya sudah seperti sekadar memahami. 

Kerana hati ini selembut tisu. Bukan kah itu katamu?....

Wassalam.

Wednesday, January 30, 2013

KURNIAAN

Salam,

kasih sayang terbina bukan kerana ukuran masa. Ruang. Keadaan.

Ia natural. Lahir tatkala kita memberi seikhlas hati. Yang namanya ikhlas itu sebenarnya perlakuan kita tanpa sedar. tahu tahu saja kita sudah lakukan.

Itu yang terjadi selama aku disini. Banyak ajaran Tuhan yang aku lalui. Halus disentuh melalui tangan-tangan cilik. melalui keletah bakal muda-mudi bangsa.

Ini yang tersurat. setakat ini sahaja celoteh mereka boleh menjadi melodi halus dipendengaran, kenakalan mereka menjadi uji suhu dalam badan.

Setakat ini sahaja my little caliphs.


~I'll miss your naughty my students 2 Muslim~

~Sekarang kamu dah tahu kan siapa Isaac Newton,

Salahuddin Al-Ayubi & Sindrom Down, 5 Salahuddin Al Ayubi?~

~Mentee saya semua lelaki~



 Terima kasih untuk semua ini students.... 

Teacher doakan kamu benar-benar menyerap iltizam SOLEH. MUSLEH. CEMERLANG.

Ingat ye pesan teacher. Seadanya yang terdaya teacher beri.
Halal kan apa yang terlebih dan terkurang dari teacher.
Terima kasih kerana sudi menjadi baik selama kita bersama.
Terima kasih kerana mendengar kata.
Terima kasih kerana sayang pada teacher.





 mukhlisahminnie:
to my caliph to be, please pray hard for your future makmum... I'll always keep in my mind what i am promise to you. 


Wassalam.