Thursday, September 22, 2011

KISAH HATI WANITA 2


Salam,

seawal pagi usai solat subuh.
Aku benar-benar teruja mahu tahu apa titipan kata-kata dari yang tersayang sebelum kaki melangkah pergi. Kata teman ada pesan nya. Kononnya aku mahu lihat dorongan semangat.

Sedikit hampa.

Diburu keliru bercampur terkilan. Apa sebenarnya mahu hati nya? Aku siapa? Bermakna atau sekadar hadir mengisi keperluan hati yang diburu kecewa kesan masa lalu?

Aku keras kan hati. Jangan menangis! Berilah masa padanya menyelami hati. Melayan kecewa. Memujuk rajuk. Merawat sakit. Aku mahu berikan hak itu.

Ambillah sebanyak masa yang diperlukan. Silakan.

Hanya satu. Aku ini punya hati wanita. Bukan sekeras batu. Lembutnya ibarat kapas. Andai sudah dicarik berkali-kali, bimbang ia terlerai jua akhirnya lantas bertebaran mengikut arah angin yang bertiup. 

Kamu yang disayangi.
Aku sudah bersedia memberi kamu ruang. Ruang untuk mencari hati. Memahami rasa. Adakah benar aku menghuni hati kamu atau sekadar pelengkap ruang kosong yang ditinggalkan. Cari lah masa merasai damai tanpa aku. Hilang kan keliru yang menyelirat dibenak pemikiran. Mudah-mudahan ada jawapan.

Aku tidak membenci.
Aku tidak pernah bercadang mencintai untuk kemudiannya membenci. Hanya pesan ku. Andai ruang yang aku sedia tinggalkan buat kamu menjadi jurang. Lantas jurang itu memisahkan antara dua hati. 
Itu bukan tanda aku tidak kasih. Tetapi tanda aku mahu kamu lebih bahagia tanpa aku. Mungkin kehadiran aku hanya menambah keliru. Antara benar-benar cinta atau sekadar mengisi ruang hati. 

Aku jua wanita.
Dalam sabar, terkadang aku juga terasa terluka dengan semua yang terjadi. 

Walaupun aku disisi setia menemani, kamu masih jua tidak meleretkan hatta sekuntum senyuman. Aku ternanti-nanti. Terima kasih untuk segala-galanya. 

~Seakan istana cinta yang diimpi sekadar mimpi.
Jauh dari gapaian tangan.
Kasihan kan?~


 Wassalam.



Friday, September 16, 2011

HARI JUMAAT.

Salam,

tidak wajar sebenarnya seorang blogger memberitahu bahawa dia tidak ada idea. Tapi aku mahu akui. 



Ya.
Aku meraba-raba mencari idea untuk menulis. Maka, terhasil lah barang sebaris dua ayat. 

Baiklah,
write off!!!

Wassalam.


Monday, September 12, 2011

CERITA SYAWAL 1432 HIJRAH

Salam,

Sedikit terlewat namun belum terlambat. Selamat hari raya buat pengunjung mylittleheart.

~Syawal 2011~
Masih tetap tidak cukup 11 orang

Syawal hari pertama:

Tiada yang seronok seperti tahun-tahun yang dahulu. Tahun pertama tanpa atuk, tahun kedua tanpa abah. Sepi. Sungguh. Tiada yang istimewa. Kasihan bonda. Kami berusaha membahagiakan hatinya. Bawa kemana sahaja yang diingini olehnya.

Syawal keenam:

Kehadiran si dia bersama ayah dan ibu serta adik-adik. Sebenarnya tidak merancang secara teliti. Si dia sememangnya suka kan  kejutan. Kehadirannya tidak bersambut seperti yang diharapkan olehnya. Kekasih hati masih berbaju tidur sedang memasak dan mengemas rumah. Kasihan. Sabar mereka menanti bagaikan menunggu puteri lagaknya. Maaf sayang. Maaf juga ayah dan ibu. Maaf adik-adik.

Syawal Kedua belas:

Sudah menjejaki bumi UniSZA. Terasa asing. Terpaksa menumpang. Keculasan diri yang kurang cakna menjerat diri. Tiada dalam senarai pelajar yang mendapat penempatan. Sedih. Mujur masih ada idea bagaimana mahu membolehkan ada juga tempat penginapan. Terima kasih ALLAH.

Esok. Permulaan misi menuntut ilmu di semester 5. Sudah ditahun akhir rupanya. Pantas masa berlari. Sudah bersedia cik Rogayah Bt Ghozi?

Wassalam.