Salam,
seawal pagi usai solat subuh.
Aku benar-benar teruja mahu tahu apa titipan kata-kata dari
yang tersayang sebelum kaki melangkah pergi. Kata teman ada pesan nya. Kononnya
aku mahu lihat dorongan semangat.
Sedikit hampa.
Diburu keliru bercampur terkilan. Apa sebenarnya mahu hati
nya? Aku siapa? Bermakna atau sekadar hadir mengisi keperluan hati yang diburu
kecewa kesan masa lalu?
Aku keras kan hati. Jangan menangis! Berilah masa padanya
menyelami hati. Melayan kecewa. Memujuk rajuk. Merawat sakit. Aku mahu berikan
hak itu.
Ambillah sebanyak masa yang diperlukan. Silakan.
Hanya satu. Aku ini punya hati wanita. Bukan sekeras batu.
Lembutnya ibarat kapas. Andai sudah dicarik berkali-kali, bimbang ia terlerai
jua akhirnya lantas bertebaran mengikut arah angin yang bertiup.
Kamu yang disayangi.
Aku sudah bersedia memberi kamu ruang. Ruang untuk mencari
hati. Memahami rasa. Adakah benar aku menghuni hati kamu atau sekadar pelengkap
ruang kosong yang ditinggalkan. Cari lah masa merasai damai tanpa aku. Hilang
kan keliru yang menyelirat dibenak pemikiran. Mudah-mudahan ada jawapan.
Aku tidak membenci.
Aku tidak pernah bercadang mencintai untuk kemudiannya
membenci. Hanya pesan ku. Andai ruang yang aku sedia tinggalkan buat kamu
menjadi jurang. Lantas jurang itu memisahkan antara dua hati.
Itu bukan tanda aku tidak kasih. Tetapi tanda aku mahu kamu
lebih bahagia tanpa aku. Mungkin kehadiran aku hanya menambah keliru. Antara
benar-benar cinta atau sekadar mengisi ruang hati.
Aku jua wanita.
Dalam sabar, terkadang aku juga terasa terluka dengan semua
yang terjadi.
Walaupun aku disisi setia menemani, kamu masih jua tidak meleretkan hatta sekuntum senyuman. Aku ternanti-nanti. Terima kasih untuk segala-galanya.
~Seakan istana cinta yang diimpi sekadar mimpi. Jauh dari gapaian tangan. Kasihan kan?~ |
Wassalam.
No comments:
Post a Comment