Wednesday, August 10, 2011

WALKING ALONE

Salam,

Andai tuli telinga, pinta nurani jangan buta hati. Mata mungkin terkabur tatkala melalui daerah yang mengasyikkan pandangan. Salahkah andai hasrat suci sekeping hati untuk menikmati keindahan? 

Jangan tertawa.
Aku benar-benar bertanya. Salahkah? Tidak pernah dinafikan punya ranjau disepanjang jalan yang menyakitkan anggota dan rasa. Terkadang melukakan. Sehingga terkesan pada zahirnya titisan darah merah dari luka yang terbentuk. 

Apa aku harus sahaja meninggalkan laluan ke daerah itu hanya kerana punya duri-duri dijalanan? Aku benar-benar bertanya.

~Mengharap punya sinar bahagia di hujung jalan
seperti sinarnya mentari di ufuk~
Sua kan dihadapan mata, andai benar ada laluan tanpa sebarang rintangan. janji itu masih di ikrar didalam hati. Andai laluan itu tiada penghujung lantas terus-terusan mengakibatkan kaki mengheret sarat nya derita, pasti akan ditinggalkan laluan itu. 

Bukan kayangan dambaan hati mahu mendirikan istana cinta. Tidak. Cukup sekadar sebuah daerah terpencil. Meski kecil, meski tiada yang mengasyikkan pandangan.

Izinkan lah laluan,ranjau dan daerah itu aku lalui terlebih dahulu. Pesanan itu, meski disimpan didalam uncang, ia tetap disimpan sebagai bekalan menghadapi saat-saat sukar. Sebagai penguat andai tiada lagi daya tatkala ada antara deria mahupun anggota yang terluka. 

Wassalam.

MAMA, PAPA, KLINIK & KERETAPI

Salam,

Mood: Santai ( Sila baca dengan mood yang serupa =) )

Mama: Papa, baby kita demam. Nak kena inject lagi ni. Jom la pegi klinik abang.
Papa: Mama da bawak kan bantalnya? Papa nak cari kereta dulu la. Mama pakaikan topi la baby nya.

Five second lepas dapat idea:

Diaorang panjat tangga and then........

Papa: ngenggggggggggg.... Mama cepat laa bawak baby nya. Kita naik keretapi.
( Tapi gaya dia pulas stereng ye semua. keretapi kah jika begitu? ) Tahan-tahan. Jangan gelak dulu. Sabar-sabar. Kalau tak nanti diaorang terperasan mereka sedang diperhatikan. Nanti terbantut kang skrip cereka pagi santai.

Mama & Papa. Ada2 je Najibah dengan Irfan ni =)

Mama: Abang, tengok ni Hanan kacau baby! Eiii.... Hanan ni.!
(Sambil tolak la budak tu yang baru nak join main papa mama. Padahal baby nya bantal je pon. Sabar ye Kenyek mak anjang. Nanti da besar sikit, boleh la join depa na.=) )

Comotnya anak aku! hanan2 =)
Aku da tak boleh tahan. Gelak sepuas-puasnya. Sabar je la. Imaginasi diaorang...

* Moral:

1) Kanak-kanak belajar dari sekeliling mereka. Sebab tu la pandai papa, mama, ber'abang' bagai. Siap nak pegi klinik la inject anak. =)

2) Parental knowledge kena ada. Jadi kita tahu mana nak on & off sikap dan perlakuan kita depan anak-anak. Mereka ni peng'copy' & paste terbaik. Acted generously and modesty infront of them. =)

3) Dunia kanak-kanak memang seronok. Mereka explore dunia dengan imaginasi. So, suka hati la nak buat apa. Kena marah, nangis. Tu je la. Lepas tu depa buat lagi. =)

4) Jangan sekat the beauty of their imagination. Let them enjoy their world but with our open eyes. Takut- takut ada yang merbahaya yang mereka buat. =)

Aduh! Mak anjang sayang kalian =)
P/s: Agak sedih sebab  tak dapat upload gambar sebenar kejadian Mama, Papa, Klinik & Keretapi. Memory hp mak ngah problem pulak.... =(

Wassalam.


Monday, August 8, 2011

SYURGA SEORANG ISTERI

Salam,

Wajib seorang wanita itu tahu dimana syurganya kelak saat sudah bergelar isteri. Sedih aku kenangkan bahkan takut andai menjadi wanita yang tidak menyerikan laman istana para suami mereka. Mereka mungkin terlupa syurga mereka dimana. 

Taatlah,
syurgamu wanita pada redha suami-suami kamu. Jangan pernah terlupa tentang itu. Pesan ini kutitipkan jua buat diri sendiri yang bakal begelar isteri suatu ketika nanti. Mohon agar tidak terlupa syurga ku nanti sudah berpindah milik. Redha sang suami wajib dijunjung tinggi. Jangan pernah berkelakuan seperti sifatnya wanita durjana yang sentiasa menderhaka. Kelak tiada terhidu hatta haruman syurga, apatah lagi menjedi penghuninya.

Buat mu wanita,
taatilah suami. Syurga kamu pada redha mereka. ALLAH kelak akan mengizinkan kamu melangkah kedalam syurganya dari mana-mana pintu yang kamu ingini. Syaratnya, taati ALLAH, taati ajaran Rasul, serta taatilah suami. Kemudian, pilihlah haluan mana yang kalian ingin kan menuju syurga yang ALLAH janjikan.

Buat mu suami,
pimpinlah isteri kalian dalam mengenal ALLAH dan  mencintai Rasul. Nescaya, kalian perolehi ketaatan mereka. Bersabarlah dalam memimpin isteri-isteri kalian. Sesungguhnya mereka berasal dari tulang rusuk kalian yang bengkok.Jika terlalu keras meluruskan mereka, pasti patah. Jika terlalu alpa dan bersahaja melentur mereka, pasti hanyut. Maka, bersederhanalah.

Andai kalian amati asal kejadian wanita, pasti kalian mengerti betapa wanita benara-benar perlukan perlindungan,didikan dan kasih sayang kalian. Rusuk kiri itu dekat dengan lengan untuk dilindungi, hampir dengan hati utuk dicintai.

Wanita. Fitrahnya indah. Sebagaimana sunyinya Nabi Adam tanpa Hawa. Begitu jua kalian wahai lelaki.  Sayangi dan cintailah kami.

- Belajarlah bersabar. Belajarlah percaya.
Andai benar-benar sayang. -
-

Wassalam.

Wednesday, August 3, 2011

INGIN KUPINJAM SATU BINTANG

Salam,

Cantik bintang nan bertaburan di dada langit menghiasi malam Ramadhan yang ke-2.

Sungguh.
Ada antara bintang yang bersinar, ada satu bintang itu yang menggamit mata mencerlung tanpa kerdip. Menarik. Ingin kupinjam bintang. Pada siapa? Boleh kah?

Ada aura nostalgia.
Kisah antara aku dan dia. Kisah rindu tidak berpenghujung. Kisah bintang yang pernah kami kongsikan dalam pandangan yang berbeza.

~Kak ya rindu abah~
P/s: Seorang teman berpesan, Kalau rindu abah, jaga diri dan jaga maruah. InsyaALLAH.

Wassalam.

Friday, July 29, 2011

KISAH HATI WANITA

Salam,

~A women view is always covered by her tears
abruptly without her concern~
melewati semalam dengan perasaan berbaur. Bohong jika bibir dan hati seiring melafazkan kata diri sendiri tidak apa-apa. Redha atau tidak, seorang wanita itu hakikatnya memang begini. Halus hatinya. Tinggi daya emosinya. Kuat rasa cemburunya.

Namun bijak atau tidak mengawal sifat-sifat dan perasaan itu sahaja yang menjadi penyukat dan timbang tara yang membezakan seorang wanita dengan wanita lain. Ada wanita yang sememangnya terang-terangan menunjukkan sifat sebenar tanpa berselindung. Kadang ada yang tidak.

Percayalah.
Sekeras mana pun tingkah seorang wanita, setinggi gunung pun ego seorang wanita, serasional mana pun seorang wanita, mereka tetap difitrahkan begitu sifatnya. Memiliki daya sensitif yang cukup tinggi.

Sakit yang amat.
Ya. Sakit. Mujur sahaja tidak parah. Untung sahaja masih bijak dalam memandu perasaan sendiri agar tidak terlalu ketara betapa ada hati wanita yang terluka.

Biarlah.
Biarkan hati sendiri sahaja yang tahu. Fasih kan lah hati sendiri memujuk rajuk yang bertandang. gagahkan lah hati sendiri mencorak sabar. Lapangkan lah hati sendiri tatkala berdarahnya hati saat ia terluka.

Wanita.
Kisah hati mereka sememangnya begini. Percayalah.

~An old women nor a young lady
they are gonna be same.
Women still a women. They will crying when painess lies down on them~

Wassalam.



Tuesday, July 26, 2011

IT IS ABOUT CONFESSION

Salam,

Wajah merona merah biar jauh beribu batu. Biar tidak bertemu muka. Pengakuan dibuat mengakibatkan lidah terkelu seketika. Sangat malu.

"antara kita, apa hubungannya?"
"kamu buah hati saya"

Pengakuan itu pun hanya terlafaz dari bibir setelah terkedu buat beberapa ketika. Untung sahaja kesabaran nya tidak menyusut menunggu. 

Saya sayang kamu mr. Dearie.

-26 Julai 2011-

Monday, July 25, 2011

RINDU SELAT MELAKA

Salam,


-Masjid Selat Melaka, Pulau Melaka-

pasti aku akan merindui suasana di ufuk selat Melaka. 

Benar,
Selat Melaka jalan penghubung antara benua. Begitu juga aku dan dia. Pertama kali aku menjejakkan kaki ke persisiran Selat Melaka ini berteman kan dia. Keinginan tidak pun aku zahirkan dalam bentuk frasa sebaliknya sekadar bahasa tubuh yang merenung Selat Melaka sambil teruja.

Ya,
teruja. Terima kasih dearie. Aku merindui Selat Melaka dan kamu. Aku menghargai setiap detik dan perkara yang kamu lakukan untuk penuhi semua keinginan aku. Banyak tindakan kamu yang mengundang rasa terharu.

LOT OF LOVE,
Cik Yaya