Wednesday, August 10, 2011

WALKING ALONE

Salam,

Andai tuli telinga, pinta nurani jangan buta hati. Mata mungkin terkabur tatkala melalui daerah yang mengasyikkan pandangan. Salahkah andai hasrat suci sekeping hati untuk menikmati keindahan? 

Jangan tertawa.
Aku benar-benar bertanya. Salahkah? Tidak pernah dinafikan punya ranjau disepanjang jalan yang menyakitkan anggota dan rasa. Terkadang melukakan. Sehingga terkesan pada zahirnya titisan darah merah dari luka yang terbentuk. 

Apa aku harus sahaja meninggalkan laluan ke daerah itu hanya kerana punya duri-duri dijalanan? Aku benar-benar bertanya.

~Mengharap punya sinar bahagia di hujung jalan
seperti sinarnya mentari di ufuk~
Sua kan dihadapan mata, andai benar ada laluan tanpa sebarang rintangan. janji itu masih di ikrar didalam hati. Andai laluan itu tiada penghujung lantas terus-terusan mengakibatkan kaki mengheret sarat nya derita, pasti akan ditinggalkan laluan itu. 

Bukan kayangan dambaan hati mahu mendirikan istana cinta. Tidak. Cukup sekadar sebuah daerah terpencil. Meski kecil, meski tiada yang mengasyikkan pandangan.

Izinkan lah laluan,ranjau dan daerah itu aku lalui terlebih dahulu. Pesanan itu, meski disimpan didalam uncang, ia tetap disimpan sebagai bekalan menghadapi saat-saat sukar. Sebagai penguat andai tiada lagi daya tatkala ada antara deria mahupun anggota yang terluka. 

Wassalam.

No comments:

Post a Comment