Salam,
Setelah berlalu awan mendung yang mengelamkan daerah terpencil. Berhari-hari mematri ego melangit sedangkan hakikatnya hati sendiri disengat resah. Bukan hanya satu hati yang merindu tetapi dua. Bukan hanya satu hati yang merasai sakit, tetapi dua.
Ya.
Dua hati. Kerana kita telah menjalinkan rasa dua hati. Kikiskan karat egois. Tidak kemana. Dua hati jua yang menderita.
Sungguh.
Berikan ruang menemukan dua fahaman. Agar hilang serabut keliru. Keadaan itu tidak menguntungkan. Bahkan hanya menyakitkan. Jangan pernah lupa. Bukan lagi hanya satu hati malahan dua.
Mencintai bemakna sedia memberi dan menerima.
Aku sedang belajar berdikit-dikit biar payah. Harap kamu jua begitu. Belajar Menghilangkan egois.
Tiada keghairahan yang membikin teruja dengan gelaran kekasih. Aku sedikit pun tidak mendamba. Sebaliknya, hanya jalinan suci yang mengikat aku dan kamu sehingga kita halal menyintai itu lebih bermakna.
Berkali-kali kutitip pesanan buat kamu yang aku sayang.
Berdoalah. Jangan berhenti meminta pada Pemilik Cinta. Takdir kasih bukan mainan kita. Ia milikNYA. Maka, wajarlah meminta pada yang ada. Pada DIA.
Yakinlah.
Semoga sahaja kurniaan Ilahi melimpahi dan merestui impian. Aku hanya mengharap gelaran terindah buat seorang wanita.
Pimpinlah aku sebagai isteri.
Jadi lah imam yang sedia aku taati didunia dan peneman saat melangkah ke Syurga.
~Aku mencintai kamu~12/ 08/ 2011 |
No comments:
Post a Comment