Wednesday, August 10, 2011

KELIRU DALAM RINDU


Salam,



Aku termangu. Lama. mengintai kenangan yang pernah dicoretkan dari seorang teman. Rindu memalu seluruh urat saraf lantas bisa rindu itu terzahir dalam juraian airmata. 

Buntu.
Bagaimana harus ku atur langkah supaya rapi tersusun. Sayang dan cinta. Kedua nya berbeza. Namun kesan nya tidak jauh beza. Aku sedang merasakan nya kini.

Kedua nya aku mahu dan perlu.
Aku tamak! Aku mahu keduanya menjadi milik dalam dakapan. Takut sungguh andai kehilangan salah satu diantaranya.

Kedua-dua ikatan sayang dan perhubungan cinta yang aku simpulkan  sudah ku pohonkan terlebih dahulu restu bonda dan keluarga. Aku tidak mahu kehilangan salah satu nya. Biarkan terus kekal sebagai aku yang punya.

Tamak kah?
Iya. Aku tidak rela kehilangan salah satunya. Tidak. Aku tidak ingin melakukan pilihan. Keduanya aku kasih. 

Ikhlas dari hati. Aku benar-benar kasih. Maaf kan andai ada antara keduanya yang kesakitan lantaran sikap kurang cakna yang aku pamerkan. Aku berharap tidak langsung terlewat untuk aku memperbaiki kesilapan.

Egois dalam kelembutan. Itu sebenarnya sifatku. Kini aku tidak malu mengakui. Aku benar-benar kasih dan tidak rela kehilangan. 

Wassalam.


No comments:

Post a Comment