Tuesday, February 14, 2012

HATI SAYA SAKIT

Salam,

Ini pengakuan tulus. Saya sedang sakit hati. Bukan penyakit yang boleh diterjemah oleh alat perubatan ataupun sebarang doktor. 

Astaghfirullahadzim....

Aku mohon ampun ALLAH. Hati aku sakit. Hati aku terpalit kotor. Aku ingat Sabda Nabi junjungan. Mendoakan yang terbaik supaya Malaikat mengangkat doa seraya mendoakan kembali hamba yang meletakkan doa yang terbaik sesama muslim. 

Mukhlisahminnie: Ya Rahim...Bahagiakan ayahnda dan nenda hamba dialam barzakh sana. Luaskan pusara mereka sesaujana mata memandang. Bahagiakan hati bonda. Bahagiakan hati saudara sedarah hamba. Bahagiakan hati sahabat-sahabat hamba. Bahagiakan seluruh kaum muslimin dan muslimat samaada yang masih hidup mahupun yang telah pergi mendahului kami. ALLAH, bahagiakan jua hati hamba. Amiin ya Rabb.


Zikir untuk menenangkan hati,

"Subhanallah wal hamdulillah wa laa ilaha illa allah wa allahu akbar "

Wassalam.


Sunday, February 12, 2012

mylittleheart UNDER CONSTRUCTION

Salam,

Maaf. mylittleheart dalam sesi penambahbaikan. Tetapi sepertinya saya sedang ibarat tikus membaiki labu. Terkial-kial meneroka apa yang perlu. 

Doakan penambahbaikan ini benar-benar berhasil. 

Mukhlisahminnie: Hampir 2 hari menghadap mylittleheart. masih belum terasa jemu. 
Tesis? =)

Wassalam.

INI KISAH MEMBILANG HARI

Salam, 

saya tidak boleh mengira bila masanya dia akan pulang. Si perahsia tidak mahu mendedahkan bila saatnya dia mahu kembali menyertai kami disini. Sabar menanti.

Mukhlisahminnie: Mendoakan kamu kembali dengan selamat tidak kira bila hari, detik dan saatnya. Amiiin. 


Wassalam.

Saturday, February 11, 2012

MENGGAMIT 2014

Salam,

saat membilang waktu menanti pamitan tahun 2014.

Sungguh.

Ini mungkin biasa-biasa bagi mereka tetapi istimewa bagi kami.

Debarannya lain benar terasa. Mungkin ini bukan penantian biasa. Mungkin ini sudah bukan cerita-cerita senda tawa. Mungkin kerana  ini sudah menjadi harapan dua keluarga. Menyatukan 2 hati, 2 keluarga, 2 manusia berbeza. Bersabarlah dalam menjaga dan menakhoda perhubungan yang telah dibina. Bersabarlah dengan semua ujianNya.

2014, segeralah menyusul nampakkan diri. Kami menunggu. Membilang waktu penuh kesabaran. Amiin ya Rabb.

~bakal menjadi bonda saya, insyaALLAH~

Mukhlisahminnie: Bersatu didalam nafas cinta yang halal untuk saling melengkapi. InsyaALLAH. Mohon doanya.


Wassalam.


YANG TERAKHIR

Salam,

Semester 6. Ini yang terakhir untuk sesi Ijazah Sarjana Muda Syariah yang sedang dijalani. Moga pintu keberkatan sentiasa mendampingi untuk menghabiskan sesi yang berbaki.

Amiiin.

Mukhlisahminnie: Menggamit ceritera yang lebih manis dikala meniti episod-episod akhir.

Wassalam.

SUSUN PERLAHAN-LAHAN

Salam,

saya bercadang mahu menyusun perlahan-lahan setiap entry beserta LABELS tersendiri. Untuk yang petama, 

TRIBUTE OF SUSUN PERLAHAN-LAHAN.

Mukhlisahminnie: Saya mendoakan keluarga Orator saya di USM, Penang yang akan berjuang untuk merangkul kejuaraan di Debat Diraja 2012. Mudah-mudahan yang terbaik.



wassalam.


Monday, January 9, 2012

HATI VS MAHU

Salam,

hati sarat. Merindui dunia yang menjadi keluarga dikampus. Semakin hari semakin terasa jauh. Kisah hati yang rindu debat. 

Menahan hati yang menggila diamuk cemburu.

Janji pada yang tercinta harus dikota. Mendengar kata dia yang melahirkan dan mencintai diri dengan jiwa raganya. Apa salah nya.

"da selalu sangat kak ya dengar cakap sendiri selama ni. Cuba sekali dengar kata."

Hati sakit. Rindu. Mahu. Berbaur digaul menjadi satu.

Biar menahan nafas berbaur nafsu mahu ini membuah natijah duniawi ukhrawi. Biar sakit seketika. Sudah tidak lama.


Amiin ya RABB..