Tuesday, December 11, 2012

KISS THE RAIN

Salam,

i often close my eyes
and i can see he smile
you reach out of my hand
and i woken of my dream
although your heart is mine
its hollow inside
i never had your love

and i never will
And every night
i lie awake
thinking maybe you love me 
like i always love you

but how can you
love me like i love you
when you can't even look me straight in my eyes
i felt this this to be so in love
to have someone there
yet feel so alone
are'nt you suppose to be the one to wipe my tears
the one that will say you will never leave

The water calm and still
my reflection is there
i see you holding me
but the u disappear

All that is left of you
is a memory on that only
exist in my dreams

i don't know what hurts you
but i can feel it too
and it just hurt so much
to know that i can't do a thing
and deep down in my heart

somehow i just know
that no matter what
i will always love you.
 

Let me make my decision of my journey.
I wish we meet up at the end of those decision.


mukhlisahminnie:

I miss you so much! No matter where you going, i kept your promise and will always keep waiting it comes true. make your safe starting of new life darl.

Congratulation for those happy news. Lembah Pantai-Melaka-Johor.

Not too far..
 

Wassalam.

HANYA INI YANG TERCATAT

Salam,

Rebah munajat kepada pemilik cinta setelah sekian lama alpa. Tatkala ini aku mencari Tuhan. Dan tidak pernah sekali pon Tuhan biarkan.

Aku percaya.

ALLAH itu baik. Penyayang. Romantik. 

Terkadang hati ini kalah untuk meyakini apa yang bibir sendiri lafazkan. Aku nanar sendiri. 

Bodoh!

Memperbodohkan hati sendiri dengan yang tidak-tidak. 

Ampunkan aku Tuhan....

Terima kasih atas semua keriangan mahupun kegelisahan yang Engkau hadiahkan. Ini rahmat. Ini kasih sayang Tuhan.

mukhlisahminnie:

Jangan pernah tidak yakin bahawa ALLAH itu paling mahir dalam menyusun takdir.

Wassalam.

Monday, November 26, 2012

CATATAN RINGKAS 13

Salam,

Hidup ini sarat peraturan. Sarat pengalaman. Kadangkala aku lemas mohon pertolongan. Aku terlupa letak duduk Tuhan sehingga Dia menyentuh lembut tanda teguran mesra.

mukhlisahminnie:

Sekian lama blog ini tidak update. Maaf lah. perasaan untuk menulis tertinggal entah di mana.

Wassalam.

Sunday, October 14, 2012

EDATA MELAKA-LANGKAH PERTAMA

Salam,

SEMINAR USAHAWAN POWER KALI KE-2
DI eDATA MELAKA


14 Oktober 2012, SEMINAR USAHAWAN POWER di E Data Melaka bersama dengan group angkat. 

Terpisah jauh dari group sendiri bukan alasan perjuangan harus berhenti. Jangan beralasan. Jangan menunda-nunda kejayaan.

Jangan jadi LOSER! 

Anda tidak kemana-mana. Berjanji lah pada diri sendiri, kita akan berjuangan walaupun dilain-lain lapangan. Walau apa pun ruang. Walau sesukar mana pun cabaran. 

Tembok itu tidak mampu runtuh dengan hanya memandang kearahnya sahaja. TIDAK!

Berjuangan lah dan jangan takut gagal. Bila gagal jangan lah menyerah. Ia hanya rencah kejayaan.

Wassalam.

Monday, September 24, 2012

UNTUK KALI INI

Salam,

Tiupan angin keras. Biasanya aku suka menikmati tamparan lembut angin Terengganu. Terasa segar. Boleh membikin hati rindu pada sapaanya. Puputannya tidak menenangkan kali ini. Ganas sehingga wajah alam bertukar ngeri.

Aturan Tuhan. Dalam syukur aku sebenarnya kecut ditinggal sendirian. 

ALLAH itu romantik. Suka bagi Hambanya suprise!

mukhlisahminnie:

1) Aku bersyukur dikurniakan Bisyara Adrea Bt Rahmat pada 22 September 2012. 
Selamat menjengah alam dunia sayang.

2) Aku sendu bila mengingatkan adik kesayangan aku kehilangan bapa. Tabah adikku. Semoga ALLAH merahmati ayahnda kita disana. Mereka sedang berbahagia, Muhd Hanas.
Al-Fatihah buat ayahnda SHAFIE BIN HASAN. 

3) Andai aku mungkir janji pada kamu, maafkanlah. Aku hanya memburu cita-cita tinggi di awan sebelum mencecah bumi semula menjadi tawanan terhormat dimahligai yang bakal terbina.

Wassalam.




Tuesday, September 11, 2012

CATATAN RINGKAS 12

Salam,

Betapa susahnya hendak mengajar orang Melayu soal berniaga.  Soal sunnah yang Rasulullah ajarkan sebagai ikutan.

Dalam fikiran mereka berselirat soal mahu kaya. Tetapi jalannya harus mudah. Harus cepat bikin kaya.

Melayu. Harap tidak menjadi layu.

mukhlisahminnie:

Aku mendoakan kita semua berjaya mengubah mentaliti. Aamiin.

Wassalam.


Monday, September 3, 2012

CATATAN RINGKAS 11

Salam,

Setahun tiga minggu & 1 hari menyulam cinta. Mohon doanya ia berakhir dengan ikatan yang sah disisi Tuhan. 

Amiin..

mukhlisahminnie:

Masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca mylittleheart.

Wassalam