Monday, September 24, 2012

UNTUK KALI INI

Salam,

Tiupan angin keras. Biasanya aku suka menikmati tamparan lembut angin Terengganu. Terasa segar. Boleh membikin hati rindu pada sapaanya. Puputannya tidak menenangkan kali ini. Ganas sehingga wajah alam bertukar ngeri.

Aturan Tuhan. Dalam syukur aku sebenarnya kecut ditinggal sendirian. 

ALLAH itu romantik. Suka bagi Hambanya suprise!

mukhlisahminnie:

1) Aku bersyukur dikurniakan Bisyara Adrea Bt Rahmat pada 22 September 2012. 
Selamat menjengah alam dunia sayang.

2) Aku sendu bila mengingatkan adik kesayangan aku kehilangan bapa. Tabah adikku. Semoga ALLAH merahmati ayahnda kita disana. Mereka sedang berbahagia, Muhd Hanas.
Al-Fatihah buat ayahnda SHAFIE BIN HASAN. 

3) Andai aku mungkir janji pada kamu, maafkanlah. Aku hanya memburu cita-cita tinggi di awan sebelum mencecah bumi semula menjadi tawanan terhormat dimahligai yang bakal terbina.

Wassalam.




Tuesday, September 11, 2012

CATATAN RINGKAS 12

Salam,

Betapa susahnya hendak mengajar orang Melayu soal berniaga.  Soal sunnah yang Rasulullah ajarkan sebagai ikutan.

Dalam fikiran mereka berselirat soal mahu kaya. Tetapi jalannya harus mudah. Harus cepat bikin kaya.

Melayu. Harap tidak menjadi layu.

mukhlisahminnie:

Aku mendoakan kita semua berjaya mengubah mentaliti. Aamiin.

Wassalam.


Monday, September 3, 2012

CATATAN RINGKAS 11

Salam,

Setahun tiga minggu & 1 hari menyulam cinta. Mohon doanya ia berakhir dengan ikatan yang sah disisi Tuhan. 

Amiin..

mukhlisahminnie:

Masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca mylittleheart.

Wassalam

Tuesday, July 31, 2012

CATATAN RINGKAS 10

Salam,

Ramadhan melewati hari ke-11. Pantasnya waktu berlari.

Subuh ini, Melaka disinggahi hujan lebat. Sejuk. 

mukhlisahminnie:

"Berpagi-pagi itu membuka pintu rezeki."
- Ustaz Don Daniyal-

Maka, pagi ini di dalam kedinginan subuh ditambah pula dengan rintik hujan yang membasahi alam, aku bersengkang mata menemani teman menaip fliers buat permulaan mencari punca rezeki. 

Mudah-mudahan dalam redha Tuhan.

Wassalam.

Thursday, July 26, 2012

CATATAN RINGKAS 9

Salam,


Sudah genap setahun. Siapa tahu aturan Tuhan. Tiada yang tahu. Tiada. Meski kamu. Meski aku.

MENGGAMIT MEMORI SETAHUN BERLALU BAGAI SEMALAM (Must click)

Seterusnya yang sudah genap setahun juga berlalu semalam.


RINDU SELAT MELAKA (Must click)

Wassalam.

CATATAN RINGKAS 8

Salam,


Kamu tahu kan teman saya gusar melihat kesedihan kamu? 


Ini tanda sayang. Saya sukar menterjemahkan dengan kata-kata. Tetapi hati saya rencam seribu tanda tidak suka kamu diperlakukan sebegitu.


Tidak suka!

Peristiwa 3 tahun lalu. Ia mengikat aku dan kamu


LANGKAH PERTAMA

Salam,

25 Julai 2012.

Langkah pertama yang disusun ini setelah puas meminta restu. Iya. Jujur. Belum sebetulnya perancangan. Masih terawang-awangan. 

Strategi juga masih belum kukuh  di sepakati. Masih menunggu teman yang akan datang dari bumi Negeri Sembilan. Semoga cepat sembuh. langkah kami pincang tanpa kamu. 

Takdir Tuhan itu cantik. Secantik malam Ramadhan yang aku nikmati di bumi orang. Setenang salju menyusur perlahan memandang langit yang membumbungi Masjid Al- Adzim, masjid Negeri Melaka. Cantik.



SUBHANALLAH!

Maaf kan Saya membikin hati menjadi marah.
MAAF

Aku ke sini bersama teman yang sama-sama bakal berjuang mempertaruhkan diri untuk mencari rezeki Tuhan yang belum tentu hala tujunya. 

Langkah pertama yang menyeret aku kesini sekurang-kurangnya menghadiahi aku ketenangan sedikit. 

Semoga esok dan hari mendatang, Tuhan menghadiahi aku kemudahan. Berkat Ramadhan. 

mukhlisahminnie:

Tuhan itu tulus aturannya. Sangat tulus.

" Laa.. Bukit Lintang tu 5 minit je dari "rumah kita"

Rumah kita? Ya ALLAH indahnya perkataan sebaris dihujung frasa. Alangkah baik andai ia menjadi nyata.
Benar-benar "Rumah Kita".

Wassalam.