Salam,
25 Julai 2012.
Langkah pertama yang disusun ini setelah puas meminta restu. Iya. Jujur. Belum sebetulnya perancangan. Masih terawang-awangan.
Strategi juga masih belum kukuh di sepakati. Masih menunggu teman yang akan datang dari bumi Negeri Sembilan. Semoga cepat sembuh. langkah kami pincang tanpa kamu.
Takdir Tuhan itu cantik. Secantik malam Ramadhan yang aku nikmati di bumi orang. Setenang salju menyusur perlahan memandang langit yang membumbungi Masjid Al- Adzim, masjid Negeri Melaka. Cantik.
SUBHANALLAH!
Maaf kan Saya membikin hati menjadi marah.
|
Aku ke sini bersama teman yang sama-sama bakal berjuang mempertaruhkan diri untuk mencari rezeki Tuhan yang belum tentu hala tujunya.
Langkah pertama yang menyeret aku kesini sekurang-kurangnya menghadiahi aku ketenangan sedikit.
Semoga esok dan hari mendatang, Tuhan menghadiahi aku kemudahan. Berkat Ramadhan.
mukhlisahminnie:
Tuhan itu tulus aturannya. Sangat tulus.
" Laa.. Bukit Lintang tu 5 minit je dari "rumah kita"
Rumah kita? Ya ALLAH indahnya perkataan sebaris dihujung frasa. Alangkah baik andai ia menjadi nyata.
Benar-benar "Rumah Kita".
Benar-benar "Rumah Kita".
Wassalam.
No comments:
Post a Comment