Monday, February 7, 2011

Harapan tanpa suara

Salam,...

Rasa sayang disudut hati menyebab kan aku teramat merasai perubahan nya. Tekanan yang amat ketara tidak menghasil kan dia yang lebih baik. Aku mahu saja memarahi dia sebagaimana acap kali yang dilaku kan oleh nya tatkala aku alpa mahupun khilaf. Aku tidak segagah itu. Aku punya hati yang tidak mungkin bisa berbuat sedemikian kerana itu bukan sifat ku. 
Teman,...

Fahami lah... Kasih ku melimpah atas nama persahabatan. Andai ia tidak cukup merawat kesengsaraan jiwa mu, cukup sekadar kamu menikmatinya sebagai angin sepoi-sepoi bahasa yang berlalu yang bisa menyaman kan sedikit kesakitan kamu. Ingat lah kembali kata-kata keramat nasihat yang pernah kamu titip kan buat ku agar aku bangkit melangkah gagah. Gunakan lah kata keramatmu sendiri untuk berlari mengejar realiti yang kamu impikan. Aku rindu kamu yang dulu. Aku sangat rindu. Terkadang, pendengaran ku seolah tidak betah sentiasa menampung amarah mu. Aku tercari-cari dimana deretan kenangan semalam yang bisa membikin aku dan kamu ketawa. Aku sungguh-sungguh rindu. Kamu yang aku kenal bukan seorang yang culas, bukan juga seorang yang tiada perancangan hidup yang rapi. Tidak. Itu bukan kamu. Aku pasti, aku tahu siapa kamu. Namun aku menghukum kini mengapa kamu bertukar sebalik nya, impian yang kamu damba kan menjadi punca. Kamu ingin akhirinya dengan lakaran terbaik berbanding yang ada. Teman, aku tidak rela melihat dek kerana keinginan yang memuncak tinggi ini menghilang kan sifat asli kamu. Aku tidak rela melihat kamu memburu kesempurnaan lantas kamu menghukum kejayaan WAJIB dalam genggaman. Kamu akan kelihatan sangat tidak adil terhadap kehidupan kamu. Kamu tidak begitu. Kembali pada fitrah asli mu. 

"DEBAT BUKAN GELANGGANG UNTUK TUNJUK SIAPA YANG LEBIH HEBAT. SEBALIK NYA IA LEBIH DARI ITU" ~ Aku junjung nasihat kamu. Aku jua mahu kamu jadi begitu. Aku tahu kamu faham benar akan maksud ku~



1 comment:

  1. Ouh. kasih sahabat, kasih abadi kan =)
    sayang kakak berdua.:) sayang umi dan mama. HAHA

    ReplyDelete