Tuesday, March 29, 2011

MASIH SAMA

Salam, 

Lama rasa nya  tidak menjengah diary kesayang hamba ini. Tidak punya cerita kerana aku selalu sahaja terlupa peristiwa seharian yang berlaku pada aku baik manis mahupun kisah pahit. Uhhh... Kesian bukan? Aku tidak puya ruangan memori yang berjuta gig untuk menyimpan kenangan. Bohong? Mungkin.. Aku mudah sahaja memadam kan ingatan terhadap kenangan. Tak tahu mengapa aku begitu. Jika yang betul-betul terpahat dalam memori itu lah yang benar memberi kesang langsung atau pun tidak dalam hidup aku. Ada satu. Kebetulan aku teringat tentang DIA dikala ini. 

merenung jauh siapa disebalik pulau nun di laut china selatan

Betapa aku tidak mampu menembusi tembok ego tentang siapa dia. Entah. Antara aku yang lambat mencerap atau sememang nya dia yang beku. Kurang pasti. Kadang terasa bosan berteka-teki. Aku mencuba segenap ruang untuk menyelami siapa dia. Tidak berjaya. Dia boleh aku andai kan ibarat objek pegun yang tidak bereaksi terhadap sekeliling. Atau dia sahaja yang berpura-pura begitu, aku tidak pasti. Mudah-mudahan suatu hari nanti aku bisa mengerti tentang DIA. Iya. Harapan ku. Atau aku harus sahaja mengaku kalah lantas tidak perlu berharap? mungkin.  

Oleh kerana kenangan yang ini baru sebentar tadi tercipta, maka masih belum sempat aku menghapuskan peristiwatersebut dari kotak memori. Niat yang murni belum tentu terjamin yang seisi alam jua turut bersetuju bahawa ia bertujuan baik. Aku benci makian orang dan pandangan jelek manusia terhadap aku. Iya. Aku sungguh-sungguh tidak suka. Aku hanya menyampai kan amanah. Bukan apa-apa. Tersalah tafsir. Tidak mengapa lah. Maaf kan mereka kerana memarahi aku. Pesan seorang abang. Aku tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu samaada titipan pesanan itu ikhlas atau tidak. Bukan aku yang selayak nya mengukur niat. Walau bagaimana pun, terima kasih ye.

Salam.


Thursday, March 10, 2011

HATI WANITA

Salam, 

Benar, bukan omong kosong sama sekali. Aku amat merindui kamu mylittleheart. Lama benar rasa tidak mencoret kan apa-apa dihalaman ini. 
HATI WANITA....




Ya,.. Aku mahu kisah kan mengenai hati wanita. Mudah nya menyentuh hati wanita. Lembut seperti helaian kapas. Jika dicarik-carik, maka mudah sahaja ia terbang di bawa angin lalu. 


~hati wanita ibarat kapas~

Tiba-tiba minda jadi buntu. Apa yang berlaku? Mengapa ruangan dada ini sangat sakit? Bergetar tanpa henti.Mengapa pelupuk mata ini mudah sahaja ingin mengalir kan mutiara kristal. Hati wanita. Tidak salah pada nya. Sememang nya fitrah KHALIQ yang mencipta kan wanita. Dititip kan perasaan halus, sarat dengan kasih sayang. 
Tiba-tiba terasa seperti sangat ingin kan zuriat sendiri, mahu jadi MAMA segera. Hihi~ Dalam angan-angan. Mudah-mudahan menjadi realiti.

Mula nya sekeping hati ini yang aku rasa kan cukup kebal dengan segala perisai keegoan sudah cukup untuk menjadi bentang dalam mengepang perasaan. Rupanya tidak. Hati wanita sudah di ketuk. Yang lebih parah, hati wanita itu jua seolah-olah hilang kebal nya lalu ia membuka jendela. Entah dari sudut mana yang istimewa nya tentang dia sehingga jiwa yang kental itu hilang kebal. Lantas butiran mutiara mengalir pantas dipipi. Bertanya pada diri mengapa semua ini terjadi? Siapa yang harus dipersalah kan? Hati wanita kah yang bersalah kerana terlalu mudah di lunak kan tanpa perasan mahupun pesan? Ini kah rasa nya bermain dengan hati? perit. Sungguh aku tidak betah bertahan. 


kejam nya manusia durjana! Sampai hati wanitanya membuang zuriat sendiri


Aku mahu lari demi menyelamat kan sekeping hati. Aku sangka kan sudah berlari sekuat tenaga, rupanya. Aku hanya mendekat kan lagi jarak yang ada. Pinta hati, biar apa yang terjadi. Jangan biar kan hati wanita sakit lagi. Dengan tindakan berani, telah sedikit menenang kan hati. Biar teman berkata jangan ketenangan tersebut bersifat sementara lantas taufan derita menyusul tanpa henti. Tidak. Aku akan khabar kan kepada hati yang ia harus bersedia. Derita atau bahagia bukan boleh diramal hari ini lantas dijadi kan pegangan untuk hari esok. Tidak sama sekali. Biar kan takdir menentu kan jalan cerita nanti. ALLAH kan ada. Aku yakin DIA penulis skrip terhebat. Memilih pelakon yang sepadan untuk menjaya kan babak kehidupan. Ya. Aku wajib percaya. 

My beloved childs. Mak anjang sangat sayang kalian =) ada lagi yang tiada dalam gambar. emm,.. anak-anak kecil ku sudah semakin membesar. ~ Teruja


Mereka ni pantang berjumpa. Pasti bergaduh. Tapi bila salah satu tak ada, mula la yang satu lagi demam. Mak anjang sayang kamu =)
Wassalam.....