Salam,
Lama rasa nya tidak menjengah diary kesayang hamba ini. Tidak punya cerita kerana aku selalu sahaja terlupa peristiwa seharian yang berlaku pada aku baik manis mahupun kisah pahit. Uhhh... Kesian bukan? Aku tidak puya ruangan memori yang berjuta gig untuk menyimpan kenangan. Bohong? Mungkin.. Aku mudah sahaja memadam kan ingatan terhadap kenangan. Tak tahu mengapa aku begitu. Jika yang betul-betul terpahat dalam memori itu lah yang benar memberi kesang langsung atau pun tidak dalam hidup aku. Ada satu. Kebetulan aku teringat tentang DIA dikala ini.
merenung jauh siapa disebalik pulau nun di laut china selatan |
Betapa aku tidak mampu menembusi tembok ego tentang siapa dia. Entah. Antara aku yang lambat mencerap atau sememang nya dia yang beku. Kurang pasti. Kadang terasa bosan berteka-teki. Aku mencuba segenap ruang untuk menyelami siapa dia. Tidak berjaya. Dia boleh aku andai kan ibarat objek pegun yang tidak bereaksi terhadap sekeliling. Atau dia sahaja yang berpura-pura begitu, aku tidak pasti. Mudah-mudahan suatu hari nanti aku bisa mengerti tentang DIA. Iya. Harapan ku. Atau aku harus sahaja mengaku kalah lantas tidak perlu berharap? mungkin.
Oleh kerana kenangan yang ini baru sebentar tadi tercipta, maka masih belum sempat aku menghapuskan peristiwatersebut dari kotak memori. Niat yang murni belum tentu terjamin yang seisi alam jua turut bersetuju bahawa ia bertujuan baik. Aku benci makian orang dan pandangan jelek manusia terhadap aku. Iya. Aku sungguh-sungguh tidak suka. Aku hanya menyampai kan amanah. Bukan apa-apa. Tersalah tafsir. Tidak mengapa lah. Maaf kan mereka kerana memarahi aku. Pesan seorang abang. Aku tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu samaada titipan pesanan itu ikhlas atau tidak. Bukan aku yang selayak nya mengukur niat. Walau bagaimana pun, terima kasih ye.
Salam.
ya.....aku mengerti tentang kebekuan dia.... sabarlah...biarlah masa yang menetukan segalanya...
ReplyDeletebiasalah...semua orang bisa tersalah anggap akan tindakan kita....jgn amek hati sgt ye
X ape... dia xsalah.. takdir kn ada cerita tersendiri =)
ReplyDelete