Salam,
Benar, bukan omong kosong sama sekali. Aku amat merindui kamu mylittleheart. Lama benar rasa tidak mencoret kan apa-apa dihalaman ini.
HATI WANITA....
Ya,.. Aku mahu kisah kan mengenai hati wanita. Mudah nya menyentuh hati wanita. Lembut seperti helaian kapas. Jika dicarik-carik, maka mudah sahaja ia terbang di bawa angin lalu.
~hati wanita ibarat kapas~ |
Tiba-tiba minda jadi buntu. Apa yang berlaku? Mengapa ruangan dada ini sangat sakit? Bergetar tanpa henti.Mengapa pelupuk mata ini mudah sahaja ingin mengalir kan mutiara kristal. Hati wanita. Tidak salah pada nya. Sememang nya fitrah KHALIQ yang mencipta kan wanita. Dititip kan perasaan halus, sarat dengan kasih sayang.
Tiba-tiba terasa seperti sangat ingin kan zuriat sendiri, mahu jadi MAMA segera. Hihi~ Dalam angan-angan. Mudah-mudahan menjadi realiti. |
Mula nya sekeping hati ini yang aku rasa kan cukup kebal dengan segala perisai keegoan sudah cukup untuk menjadi bentang dalam mengepang perasaan. Rupanya tidak. Hati wanita sudah di ketuk. Yang lebih parah, hati wanita itu jua seolah-olah hilang kebal nya lalu ia membuka jendela. Entah dari sudut mana yang istimewa nya tentang dia sehingga jiwa yang kental itu hilang kebal. Lantas butiran mutiara mengalir pantas dipipi. Bertanya pada diri mengapa semua ini terjadi? Siapa yang harus dipersalah kan? Hati wanita kah yang bersalah kerana terlalu mudah di lunak kan tanpa perasan mahupun pesan? Ini kah rasa nya bermain dengan hati? perit. Sungguh aku tidak betah bertahan.
kejam nya manusia durjana! Sampai hati wanitanya membuang zuriat sendiri |
Aku mahu lari demi menyelamat kan sekeping hati. Aku sangka kan sudah berlari sekuat tenaga, rupanya. Aku hanya mendekat kan lagi jarak yang ada. Pinta hati, biar apa yang terjadi. Jangan biar kan hati wanita sakit lagi. Dengan tindakan berani, telah sedikit menenang kan hati. Biar teman berkata jangan ketenangan tersebut bersifat sementara lantas taufan derita menyusul tanpa henti. Tidak. Aku akan khabar kan kepada hati yang ia harus bersedia. Derita atau bahagia bukan boleh diramal hari ini lantas dijadi kan pegangan untuk hari esok. Tidak sama sekali. Biar kan takdir menentu kan jalan cerita nanti. ALLAH kan ada. Aku yakin DIA penulis skrip terhebat. Memilih pelakon yang sepadan untuk menjaya kan babak kehidupan. Ya. Aku wajib percaya.
My beloved childs. Mak anjang sangat sayang kalian =) ada lagi yang tiada dalam gambar. emm,.. anak-anak kecil ku sudah semakin membesar. ~ Teruja |
Mereka ni pantang berjumpa. Pasti bergaduh. Tapi bila salah satu tak ada, mula la yang satu lagi demam. Mak anjang sayang kamu =) |
Wassalam.....
No comments:
Post a Comment