Hari ini mahu bercerita. teman si pengkritik dan pendengar ku nun jauh di Dungun. Pulang ke desa Sura nya yang tercinta. Rindu kamu. (^_^) Bila dekat, ada saja kan yang kita perlu gaduh kan. Hahahaha. Resam persahabatan. Baik, hari ini 31 Mac 2011. Bila tangan terasa gatal ingin menari-nari. Bercerita pada ruang yang pernah aku janji sebagai my diary. Aku mahu bercerita. Semalam kami bersama. Menghabis kan malam dengan bercerita.Perbualan melalui telefon. Entah mengapa dia menghubungi semalam. Manusia pegun. Itu hukum akal ku terhadap DIA. Pasword yang aku selalu cuba guna untuk menyelami manusia pegun ini sering sahaja error. Uhh.. Semalam sedikit berjaya walaupun tidak sepenuhnya. Tetap saja gagal di hujung nya. Perahsia. Sama sikap nya seperti aku. Buku bertemu ruas. Aku gelak kan diri sendiri. Begitu agak nya rasa teman ku tatkala dia pinta aku bercerita, lidah ku hanya bisa kelu dan bibir ku membatu. Kesian. Penat rupanya menunggu jawapan. Aku gelak kan lagi diri sendiri. Teringat lirik lagi Melly Goeslow.
"jangan benar bibir tertutup,
bicara kan semua yang kau rasa kan"
Biar lah. Merasa kan buku yang baru saja bertemu ruas. Biar kan letih Mungkin nanti aku bisa rehat dan lelap setelah lelah mencuba. Sekurang-kurang nya aku sedaya nya sudah berusaha. Meskipun nanti dihujung jalan, andai takdir nya aku temui jalan mati, tidak mengapa. Aku tidak pernah biar "bibir tertutup". Alasan ku kekal sama. Bukan aku tidak malu, tapi aku tidak mampu. Tidak mampu membiar kan takdir semata memain kan peranan nya. Aku harus mencuba. teringat bait-bait lagu:
No comments:
Post a Comment