Thursday, April 28, 2011

BELUM TERHENTI

Salam,..

mylittleheart sayang. Rindu. Maaf ya. Kamu seolah hadir tatkala aku pilu dan tempat meluah kan buntu. Dahsyat sikap tuan mu. 

Luahan...

 Aku menekan aksara di papan keyboard sambil mendengar lagu.

"peluk lah diri ku dan jangan kau lepas kan ku
dan jangan kau lepas ku dari mu"

Kemudian lagu kedua menyusul.

"setiap nafas yang dihembus, setiap degupan jantung aku selalu
memikir kan mu"

Kemudian,

" Suara dengar kan lah aku, apa khabar nya pujaan hati ku
aku disini menunggu nya masih berharap didalam hati nya"

Sudah..!

Jangan dengar lagi jika ia hanya merobek hati, meyesak kan akal rasional.
Istigfar..

Bukan perihal dia saja yang membuat tidak keruan rasa. Tidak. Tentang dia, dia merupa kan antara perkara terbaik yang pernah berlaku dalam hidup. Cuma, kamu jangan biar kan sehingga aku lelah menunggu. Mungkin jika itu terjadi, bisa sahaja aku berlalu pergi membawa diri. Tolong jangan terlewat. Aku masih setia menunggu kamu sehingga suatu tempoh yang RABBI tetap kan.

Jangan biar sehingga hati dan rasa ini mati.


selagi ada rasa
Aku pilu. Kaki terasa lembik tatkala menapak keluar dewan peperiksaan. Buntu seketika. Seolah bumi hanya ada aku sahaja. Saat yang berputar hanya ada aku semata. Sungguh. Aku tahu aku boleh menjawab dengan baik. Mengapa tidak terlakar langsung apa ku ekspresi di dalam minda? Jumud semua. Sebak. 


Waktu ini sebenar nya mahu menilai di mana sifat ubuddiyyah sebagai hamba. 
Jika mahu ukur samaada ALLAH redha atau tidak, lihat pula aku redha dengan takdir ILAHI atau tidak. ohh.. Jauh. Malu. Ku sapu air mata. Kembali senyum. Mahu kuat. Biar lah yang sudah berlalu. Pesan bonda, jangan menangis. ALLAH menguji mu. Aku cinta kan kamu bonda. Peluk aku erat-erat bonda sayang. Aku perlu kamu. Dakapan kamu bisa menghilang bisa dan sengsara di jiwa. Kata bonda, SALAH!..

ALLAH yang selayak nya menjadi pengubat jiwa kamu.

Oh, khilaf. Terima kasih Bonda. Aku terlupa. Manusia sifat nya leka. Maaf kan aku ALLAH.

Baik, untuk yang seterus nya, aku akan mencuba sekuat tenaga. Kemudian, aku akan ajar hati tawakal dan redha sepenuh jiwa. Aku cuba. 


semua impian aku letak kan di dalam munajat lirih yang berpanjangan

Salam.




No comments:

Post a Comment