Monday, April 11, 2011

KISAH AKU DAN ADAM

Salam,


kisah aku

Saban hari aku mendoakan masing-masing menjumpai haluan sendiri. Ternyata akhir nya cerita tentang lelaki ini tetap saja berlegar di sekitar kehidupan aku. Kisah lelaki. Iya. Aku ingin berkisah mengenai ini.
 
Peristiwa seawal hening subuh 9 April 2011. Kasihan teman ku. Adik kesayangan nya pulang ke rahmatullah sekeluarga. Kejadian tragis kemalangan jalanraya awal pagi 9 April 2011 membabit kan sekeluarga. Kasihan anak kecil mereka turut terkorban dalam nahas. Sedih aku mendengar dia menangis teresak-esak. Apa yang mampu aku lakukan melainkan meniup kan sedikit kata-kata semangat. Maaf, aku tidak mampu mendokong kamu lebih dari sekadar mengucap kan kata "SABAR". Aku tidak mahu. Aku simpati namun mahu ia terbatas sekadar seorang teman yang memahami kesedihan teman nya. Tidak mahu lebih. Cukup lah. Peluang pernah aku beri kan suatu ketika dahulu, sayang dia mempersia kan. Setelah bertahun lama nya baru hari ini dia menyata kan betapa dia meyedari dia perlu kan aku.  Sudah terlalu lewat. Maka, keputusan aku, kami sekadar teman. Lelaki, selalu  saja terlewat  untuk menyedari siapa yang mereka mahu dan perlu dalam kehidupan mereka. Kasihan. Saat peluang sudah tiada, baru mereka berkejar mencari agar masih punya kesempatan. Jika di harap peluang itu ada lagi  bersisa, jawapan nya silap. Dipihak aku, sudah tiada. Sifar. Maaf.

Kisah lelaki yang ini, dia seorang teman. Sangat rapat sehingga boleh saja kami bergurau dan berkongsi segala cerita suka dan duka. Dia abang. Iya. Pada aku dia seorang abang yang baik. Mungkin saja kesabaran nya sudah menipis lantas sudah tidak mampu lagi untuk menelan segala kekhilafan aku yang tidak terbendung. Sungguh. Aku sekadar bergurau. Iya. Keterlaluan. Gurauan aku melebihi had sehingga mencetus kan bibit kemarahan yang meluka kan perasaan nya. Aku jua turut terluka. Keputusan untuk tidak lagi mengambil tahu tentang aku dan pondok usang milik  kita semua amat memberi kesan kepada jiwa ku. Sampai hati. Tentu saja aku tahu aku khilaf. Namun tiada kah ruang kemaafan. Aku pasti sayu tatkala mengulang baca apa yang di hantar ke peti pesanan ringkas telefon bimbit. Sayu. Sekejap saja dan semudah itu mencipta jurang antara kita selepas kita bersusah payah membina hubungan persahabatan. Aku tidak sama sekali melupakan segala ingatan baik tentang dia. Segala jasa-jasa nya.Aku pasti sayu tatkala semua ingatan itu datang bertamu. Aku tidak pernah terfikir untuk menamat kan persahabatan dengan ingatan tidak baik antara kami.Aku? Sangat sayu, kerana aku kenal hati ku. Ia tidak bersifat batu. Aku tidak ego mengakui kesilapan. Aku tidak malu memohon  kemaafan. Tidak Sama sekali. Tolong beritahu seberapa banyak ucapan itu yang kamu perlu agar hati mu yang terluka lantas menjadi batu itu bisa ku lembut kan?
Maaf kan aku kerana sangat meluka kan kamu. Maaf. Itu sahaja yang termampu dari aku. Maaf aku bukan ANGEL sebagaimana yang pernah kamu ucap kan suatu ketika dahulu. Kerana itu aku bisa sahaja melaku kan kekhilafan. Maaf.

Ikhlas.


Merpati, hakikat nya cantik namun kasihan. Dia tertawan di sangkar.

Aku sayang semua teman-teman. Maaf andai aku sangat meluka kan...

wassalam.


No comments:

Post a Comment