Thursday, March 29, 2012

CATATAN DINIHARI 2

Salam,

Saya diulit rasa bersalah kepada Tuhan dan takut kepada igauan.

Seminar Pendidikan Bahasa Melayu Antarabangsa di Putrajaya, Kuala Lumpur. 28 Mac-31 Mac 2012



Baik pengisian seminar, speaker, program, segalanya hebat belaka. Paling teruja, Berjumpa secara langsung menatap wajah mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.
Esok bakal bertemu dengan pakar politik dan sejarah negara, Tan Sri Khoo Kay Kim. 



Tetapi dari sudut lainnya, hati saya menjerit. Tidak selesa dengan diri. Tidak selesa dengan suasana. Semoga ALLAH maafkan saya. Bukan saya duga dan tidak dipinta.

Semoga ada hikmah.

Sahabat saya yang mengikuti seminar semuanya lelaki.
i am the only lady



mukhlisahminnie: Hati sedang merindu pada yang ditinggalkan. Mohon doanya dari kejauhan.



Wassalam.


Wednesday, March 28, 2012

CATATAN DINIHARI

Salam,


Selamat malam dunia. Selamat malam Semua.
Semoga esok yang bakal muncul membawa lebih makna bahagia. Bahagia yang sebenarnya. Dendam wajib dibuang jauh jika hati mahu bahagia.


Silakan semua. Silakan menikmati bahagia dengan cara anda sendiri.


mukhlisahminnie: Tiada ruang dihati saya yang sempit ini untuk berdendam. Maaf. Saya bukan kawan baik amarah=)


Jom berlabuh di pelabuhan bahagia kan hati sendiri=)




Wassalam.



Monday, March 19, 2012

KESAN YANG TERTINGGAL

Salam,

Ini kisah kesan yang tertinggal. kisah kasih sayang yang tersemat nun jauh dilubuk hati. Kisah kasih sayang sesama manusia yang tertanam dan tuaian daripada kisah kasih sayang ini adalah hubungan hati yang terjalin yang gagal diterjemahkan.

15 Mac 2012 - 16 Mac 2012

Ini tarikh kisah kasih yang tertanam itu dilafaz secara zahirnya.

Supaya aku tidak lupa.

Benar kenangan itu tertanam dilubuk hati yang paling dalam, namun ruangan mylittleheart ini mahu juga aku tinggalkan catatan. Semoga bila rindu, ada juga lakaran zahir yang boleh diulang baca. 

kali ini ucapan yang diberikan bukan melalui catatan sekeping nota. Aku mendengar luahan melalui tutur bicara mereka. 

Menghantar kesan terlalu amat sayu kedalam jiwa. bukan sayu yang biasa-biasa. Aku bakal meninggalkan keluarga ku disini.

Setelah bertahun-tahun mengikat kasih sayang.
Setelah bertahun-tahun mencoret suka duka bersama-sama.

Bukan bohong. Aku dirudung pilu yang sukar diterjemah. Airmata yang telah berjanji tidak akan menitis mengalir laju. Bukan sekadar menitis bahkan tidak sudi pun berhenti sekalipun sudah berkali-kali ditahan dengan hujung jari.

Kata adik-adik tersayang yang benar melekat erat pada tangkai hati yang mahu aku abadikan disini,

"seminit tak cukup untuk kita cerita kan kak ya. Apa-apa pun terima kasih kak ya" 
-Hanas-

" Kalau saya perempuan, orang saya mahu peluk adalah kak ya. Saya sangat cemburu pada orang yang boleh peluk dia. Dia orang pertama yang mengajak saya ke Orator sewaktu saya berhenti dipapan Orator." -Wan Zai-

"Kak ya, mungkin dalam kem ni saya orang yang paling kak ya benci sebab asyik menyakitkan hati kak ya. Sebenarnya saya sengaja. Dekat U ni, kak ya saya da anggap macam kakak. Tempat saya mengadu. Saya tak boleh bayangkan macam mana tiga tahun lagi saya kat sini tanpa kakak."
-Ekin-

"Terima kasih kak ya sebab ajar saya berenang, main kayak sampai saya boleh."
-Sarah-

"Kak ya, sepanjang kat kem ni semua yang zila buat tu bukan diri zila. Zila mintak maaf kak ya."
-Zila-

"Dekat Orator ni, Ely ada dua kekuatan. Pertama, kak Irma. Kedua, Kak ya. Bila kak Irma da tak ada, Ely tahu Ely masih ada satu lagi kekuatan iaitu kak ya. Sekarang Kak ya pon da nak keluar. Selalu Kak ya sokong Ely yang membuatkan Ely tak keluar dari Orator. Kak ya bagi semangat pada Ely even melalui chat."
-Ely-

"Walaupun nana baru lagi kenal kak ya, tapi nana rasa hubungan kita macam dah rapat."
-Nana-

"Hayatun tak pandai menangis. Sekejap je kan kita kenal. tak sampai pun setahun. Terima kasih kak ya"
-Hayatun-

"Sejak semester satu lagi waktu kami tak balik, Kak ya layan kami yang tidak pulang Sabah ni seperti adik-adik. Kakak buat diri kakak macam betul-betul kakak."
-Wani-

"Hawa tak tahu nak cakap apa. Terima kasih kak ya. Maafkan salah silap Hawa."
-Hawa-

"Walaupun Ida jarang dengan kelab sekarang, Ida tetap ingat kelab, ingat kak ya. Nanti bila da keluar, jangan lupakan kita orang kak ya."
-Ida-

Antara bait puisi yang dilafazkan gadis ini jika aku tidak salah,

"kau bagai obor dimalam hari yang menerangi, kau ibarat lilin yang membakar diri."
-Ain Sakinah-

"Kak ya, saya tahu saya lambat tentang debat ni. penat kak ya ajar. Tapi insyaALLAH saya akan gunakan ilmu yang kak ya ajar. Maaf pernah menyakitkan hati kak ya"
-Hamzi-

"Sekalipun saya tidak berdebat, tapi ilmu lain contohnya tentang pengurusan saya dapat dapat dari debat akan saya gunakan"
-fazlina-

Jujur, aku terlarut dalam keharuan yang tidak bertepi. Aku terduduk. Aku bakal melangkah meninggalkan kalian, adik-adik. Saat kita sedang membina kasih sayang.

Bait-bait puisi mengenai siri perkenalan aku bersama dua gadis ini yang dipersembahkan membuatkan aku benar-benar terasa beratnya mahu meninggalkan kalian,

Kami titipkan warkah ini buat kakakku yang bernama Rogayah binti Ghozi....

" Terima Kasih Buat Segalanya K.ya"

Buat pertama kali,

(Zila)
Aku melihatnya di Pentas Debat Naib Canselor Kali Ke-4,
Jauh.......sangat jauh...kami masih tidak mengenali,
namun, babak pertemuan tidak berakhir di situ,
mata bertentang mata tika pengambilan ahli baru Kelab Orator,
Dan disitu, bibit perkenalan bermula, kemesraan dibina.

Semangatnya, kasih-sayangnya,
Membuatku tekad untuk menjadi sepertinya,
Bijak menyusun bicara,fasih melantun kata,
Dia idola buat diriku.

 (Hayatun)
Dan aku, berbeza jalan ceritanya,
Disini bermula sebuah cerita,saat aku mengenalinya,
Takdir yang Maha Esa menentukan aku bertemu dengannya,
Mulanya, hanya sekadar nama,
Hanya sekadar nama,
Mesra...itu simbolik pertemuan,
lembaran perkenalan cinta di muka buku,

Semakin lama mengenalinya,
Semakin banyak coretan memori tercipta,
Membingkis hikayat kenangan semalam,
Yang telah pergi menghilang tanpa jejak,
Membawa bersama careka duka dan ketawa antara kami,
Saat aku bersama-samanya menaiki motor,
Aku menjerit ketakutan dan dia mendengar jeritanku,
Saat kami berlari hanya untuk mencari,
Sekeping kek keju yang aku dambarkan,
Saat rintik hujan turun membasahi bumi,
Kami bersama berlari anak,
Segalanya kami kongsi bersama.
(Zila)
Ada tika...aku terasa sifat keibuannya,
Ada masa...aku melihat tingkah keanakannya,
Kadang-kala...aku gerun dengan lagak barannya,
Dan pernah aku sayu dengan titisan air matanya,
Saat itu, aku bangkit dek semangat wajanya.

Ya...aku rindu akan tegurannya,
Aku rindu tiap bebelannya,
Aku rindu nasihat membina darinya,
Ya....aku rindu makan bersamanya,
Aku rindu suapan dari jemarinya.

Kini...dia akan berundur pergi,
Meninggalkan kami...,
Mampukah dicari insan sepertinya?,
Dapatkah diganti kenangan bersamanya,
Hilang tidak boleh diganti,
Patah tidak akan tumbuh kembali.

Terima kasih buat teguran tidak bertepi,
Terima kasih buat kasih yang tiada sepi,
Terima kasih atas segala ilmu yang diberi,
Terima kasih atas ikatan ukhwahfillah ini,
Terima kasih buat segalanya,
Terima kasih kak ya."

-Terima kasih untuk momen semanis secret recipe- 

Ya ALLAH, aku kasih kan mereka. Izinkan ukhwah dan kasih sayang ini masih terikat kemas sekalipun nanti aku sudah berlalu pergi. Meski nanti mereka jumpa pengganti diri yang naif serba serbi ini Ya ALLAH.
Buat adik-adik yang Kak ya sayangi,
 Jujur, aku bahagia memiliki kalian semusim yang lalu. Aku merelakan diri menjadi ibu, kakak, teman mahupun tempat kamu bermusuh. Ini gara-gara kasih sayang yang tidak pernah kunjung padam didalam hati buat kalian. 
Sekalipun nanti aku sudah berundur pergi, saat aku melangkah jangan kalian sangka aku menapak dengan perasaan aman. Aku pergi dengan linangan airmata. Sama seperti saat aku mencatatkan kisah kita disini. Diruangan mylittleheart ku ini. 
Aku harus sedar diri. Tidak ada satu pun yang akan tinggal kekal. Sekadar kenangan tentang kita yang tidak akan mati meski tubuh tiada pada zahir realiti disisi kalian. Semoga hubungan antara kita tinggal kekal disudut hati kalian. 
Jumpa lagi adik-adik.
-Percaya atau tidak, kerenah kalian mewarnai dunia kampus aku-

 Mukhlisahminnie: Pasti lebih manis rasanya jika yang lain turut ada. Jang, fatin,Naim, Din, Zai, Leha, Afifah,Nadzley, Sein, Dian, Efa, Lia, Hapsyah, Adib, Ain.

Lots of Love,
Kak ya yang sangat menyayangi kalian.

Wassalam.



Saturday, March 10, 2012

ANAK SYURGA ATAU NERAKA?

Salam,

meruntun hati. Gagal menahan sebak. Meremang bulu roma. Menggigil tubuh. Ini perbuatan anak syurga atau neraka?

ALLAH! Aku seru nama MU didalam hati. 

Berapa lah sangat hayat orang tua tidak berdaya ini. Berapa lah sangat ya ALLAH. Kenapa dibuang-buang bagai sampah?

Bumi memang sudah tua. Manusia sememangnya gila! Manusia sememangnya sudah buta menialai kasih sayang dan dimana syurga mereka.

Aku ulang tayang demi untuk memahami luahan hati seorang ibu tua yang dibuang anak sendiri di hotel budget. Tangisannya tulus. Tangisan seorang ibu tua yang kebingungan mengapa dia ditinggalkan. Tangisan ketakutan. Tangisan mengekspresi kepedihan hati tua nya. 

"Sampai hati kau anak! "

Kulitnya yang berkedut seribu. Pelupuk matanya yang sayu. Tangisan mendayu-dayu. 

Apalah daya ibu tua. Apalah daya seorang ayah yang sudah dipenghujung usia. Apalah daya mereka ALLAH.

Buka lah pintu hati mereka-mereka yang menzalimi 'wali-wali keramat' ini ALLAH.

Semoga mereka menjadi anak syurga. Jauhkan kami semua daripada menjadi anak yang menempah nerakaMU ALLAH.



Wassalam


Thursday, March 8, 2012

PIDATO ANTARABANGSA BAHASA MELAYU 2012

Salam,

Selamat pergi dan selamat kembali oratorians yang menghadiri pertandingan akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2012.

Semoga ALLAH merahmati dan melindungi perjalanan kalian. Maaf tidak dapat bersama-sama dengan kalian. Kekangan yang tidak dapat dielakkan.

Selamat berjuang buat Fathiah Ibrahim yang membawa cabaran akhir dan nama Malaysia untuk peringkat Nusantara. 

Semoga fasih lidah anda. Semoga beroleh kejayaan dengan izin Tuhan. Amiiin.



Wassalam.


Monday, March 5, 2012

BOLEH MAAFKAN SAYA?

Salam,

aku terbangun dari tidur dalam keadaan tersentak. Nama aku diseru kuat. Kerling jam yang melingkar ditangan. 

7.04 PM. 

"Apa ni kak? Kenapa Bagi kat yaya?"

Soalan aku dijawab sambil kakak yang memberi menapak keluar bilik. Aku termangu. Kondisi tubuh benar-benar kepenatan seperti usai berlari keliling stadium. Badan sungguh-sungguh dalam keadaan kesakitan. 

Meraba sekitar tempat aku berbaring. Mencari hp. Aku taip aksara pada keypad dengan lemah. Ada ucapan yang perlu aku berikan. 

" Abg.. knpa ni? wtpe sush2.." 

Beep hp berdering selang seminit isyarat pesanan baru di inbox. 

" Bgn la. Da maghrib. Abg y sush kn kak mas"

Message seterusnya masih bernada pesanan. Prihatin dalam kesabaran. Walaupun aku tahu hati nya terluka. Aku punca lukanya. 

Bersusah payah dia mencari segala cara untuk menyelesakan aku agar kesakitan aku berkurangan. Bimbang dia seperti bonda. Balasan atas keprihatinannya tengahari tadi? 

Aku membentak. Aku gagal untuk bersabar melayani pasang surut emosi dia. Aku hilang toleransi untuk memberi ruang dia mengahapus kenangan. 

Kesabaran dia aku hadiahi dengan kegagalan aku mengawal emosi. Maaf kan ya....

Setelah mampu bertenang. Setelah mampu berfikiran lapang. Satu suara kecil bergema kuat dari dari hati kecil. Sewaktu aku berusaha menelan makanan yang bersusah payah diberikan kepada aku. Sekalipun sebenarnya perut tidak mahu.

"Aku cinta kan dia ALLAH. Andai ENGKAU izinkan, aku benar-benar tidak mahu berpisah darinya. Ajar kan aku sabar ALLAH. Ajar aku bertenang."


Kemarahan aku mati. Mati dek tersimbah kesabaran dan keprihatinan dia. Aku gagal untuk menyemai marah yang lama. GAGAL sama sekali. 

Kerana apa?

Kerana dia yang aku mahu sebagai imam aku. Dunia dan akhirat. Terima doaku ALLAH.

Maafkan ya


Wassalam.


Friday, March 2, 2012

COOLPIX vs FIRST PICTURE

Salam,

11.39 P.M

01 Mac 2012


Coolpix ini kami kongsi. Saling berkongsi manafaat. Terima kasih daun Keladi. 

Gambar pertama dari Coolpix untuk mylittleheart



Wassalam.