Thursday, August 29, 2013

HADIAH TERINDAH : TRIBUTE

Salam,

Bibir ini tersenyum tatkala membaca sebaris informasi di peti pesanan ringkas. Ia menyeret ingatan dua tahun yang lepas.

Ia dalam garis sedar dan kenangan, ia sudah melalui fasa tahun kedua. Pantas kan masa?


Ingatan ini sangatlah terasa manis nya. masakan tidak. Hubungan itu bermula ketika kami di PIKAT.



haha! Iya. mungkin itu lah hikmah PIKAT. Memang memikat.

Mulanya saya menjadi teman si teruna. Kerana bukan saya arah magnetic utara-selatannya, maka kami kekal sebagai kawan.



Mata si teruna tertaut pada sahabat saya. Menjadi! Itu rahsia Tuhan dalam mengatur jodoh.



Pernah suatu masa, si gadis berceria isi hatinya. Melempias ketidakpuasan hati ditambah rasa cemburu kerana si teruna selalu membandingkan diri kami berdua. (Kalau sahabat saya masih ingat, saya mohon dia tergelak ye atas luahan-luahan tersebut. =) )

Pernah jua terjadi sedikit ujuan kecil dari Pemilik Cinta. Sedikit sahaja. Kata orang tua itu resam hubungan.

Mungkin sahabat saya lupa? oh, saya ada catatnya di mylittleheart. Boleh klik, SILA KLIK!


Alhamdulillah! Hadiah terindah kini mereka miliki. Sungguh! saya tumpang syukur dan gembiranya.

Masjid itu berdiri dengan jayanya bahkan sudah ditambah seri dengan makmum "solehah", insyaALLAH.

Tahniah Izzatei Shaadah Ramli + Ridzuan Ali.

Kelahiran Wafa' Humairah, Aunty yaya pon raikan. Sebab Aunty kan match maker ibu bapa kamu! =)



mukhlisahminnie:

Anak anugerah terindah. Suami mahupun isteri juga anugerah. Maka, hargailah sementara ada disisi.

Wassalam.

Monday, August 19, 2013

SPECIAL TRIBUTE

Salam,

In the name of ALLAH,

His Merciful, His bless.

Shalawat upon Prophet Muhammad SAW.

Biggest thanks towards my family. This is the day. My day. Our day.

17 Augast 2013. 5 days after we have been through our relationship for 2 years.
12 Augast 2011 till 12 Augast 2013.

we have been through obstacles, painess, misunderstand, untill we already tied off 2 days ago.

ALHAMDULILLAH YA RAHIIM...


Have faith in ALLAH. This is just begining before the real journey in human's relationship.

It just...





My wali, insyaALLAH







mukhlisahminnie:

Doakan ikatan termeterai secara halal. Aamiin.

Wassalam.

Saturday, August 3, 2013

TERKENANG

Salam,

Hihi... Saya tiba-tiba terkenang.. 

Ini kisah serius! Bukan lawak. Serius tak bohong!


Saya pernah suka pada cikgu muzik waktu darjah 3. Orangnya tinggi. Hitam manis. Smart. Tapi malangnya,

cikgu saya smoker! Oke. Saya tak suka dah pada cikgu muzik.

Punca suka? Ohh.. sebab cikgu pandai nyanyi lagu gelang si paku gelang sambil petik gitar. Hihi~


Saya pernah suka pada cikgu bahasa arab saya waktu tingkatan 5. Orangnya tinggi. Putih. Smart. suka senyum. Tapi malangnya, cikgu saya dah kahwin! Oke. Saya tak suka dah pada cikgu BA.

Punca suka? Ohh. Sebab cikgu saya suka sergah nama saya sambil tersenyum manis. Hihi~

Sekarang, saya suka juga pada seorang cikgu. Sekarang, saya juga seorang guru. Bezanya saya mengajar di IPT.

Makanya, bila ada pelajar yang suka pada saya, saya optimis! Pasti nanti ada suatu punca yang boleh meluputkan tanda sukanya.

Optimis!

Mungkin bila saya sudah berumahtangga. Mungkin bila saya reject assignment mereka. Mungkin bila saya tegur etika berpakaian mereka. Atau mungkin mereka sudah menemui wanita yang sepadan usia. Hihi~

Saya sudah akan melangkah ke satu fasa

Dan pilihan saya, CIKGU =)



mukhlisahminnie:

Tidak sedarkah mereka kita ini umur berbeza? Ohh. Kata mereka, trend. Kata mereka, wanita lebih usia matang. Kata mereka, "cik yaya baru 24 tahun. kita tidak jauh beza!" 

Sudah... Remaja zaman moden katanya.