Friday, September 16, 2011

HARI JUMAAT.

Salam,

tidak wajar sebenarnya seorang blogger memberitahu bahawa dia tidak ada idea. Tapi aku mahu akui. 



Ya.
Aku meraba-raba mencari idea untuk menulis. Maka, terhasil lah barang sebaris dua ayat. 

Baiklah,
write off!!!

Wassalam.


Monday, September 12, 2011

CERITA SYAWAL 1432 HIJRAH

Salam,

Sedikit terlewat namun belum terlambat. Selamat hari raya buat pengunjung mylittleheart.

~Syawal 2011~
Masih tetap tidak cukup 11 orang

Syawal hari pertama:

Tiada yang seronok seperti tahun-tahun yang dahulu. Tahun pertama tanpa atuk, tahun kedua tanpa abah. Sepi. Sungguh. Tiada yang istimewa. Kasihan bonda. Kami berusaha membahagiakan hatinya. Bawa kemana sahaja yang diingini olehnya.

Syawal keenam:

Kehadiran si dia bersama ayah dan ibu serta adik-adik. Sebenarnya tidak merancang secara teliti. Si dia sememangnya suka kan  kejutan. Kehadirannya tidak bersambut seperti yang diharapkan olehnya. Kekasih hati masih berbaju tidur sedang memasak dan mengemas rumah. Kasihan. Sabar mereka menanti bagaikan menunggu puteri lagaknya. Maaf sayang. Maaf juga ayah dan ibu. Maaf adik-adik.

Syawal Kedua belas:

Sudah menjejaki bumi UniSZA. Terasa asing. Terpaksa menumpang. Keculasan diri yang kurang cakna menjerat diri. Tiada dalam senarai pelajar yang mendapat penempatan. Sedih. Mujur masih ada idea bagaimana mahu membolehkan ada juga tempat penginapan. Terima kasih ALLAH.

Esok. Permulaan misi menuntut ilmu di semester 5. Sudah ditahun akhir rupanya. Pantas masa berlari. Sudah bersedia cik Rogayah Bt Ghozi?

Wassalam.

Friday, August 19, 2011

APA RASANYA TERBANG?

Salam,



sungguh. Apa rasanya terbang? Macam burung. Ada sayap. Boleh bebas trafik jam. Sebab dekat udara kan. Tak ada lalu lintas yang sesak.

Terawang-awang.

Melayang-layang.

Sampai masa, berhijrah. Cari tempat baru. Cari teman baru.

Hai, sudah. Semakin melalut. Better off!

Wassalam.

Monday, August 15, 2011

SELAMAT PERGI

Salam,

sedih.
Biar si adik memujuk berkali-kali untuk meredakan hati. Tidak. Tidak merajuk. Aku senang kamu ingin menggapai cita-cita. Silakan. Silakan pergi. Semoga berjumpa lagi. Kasih sayang antara kita insyaALLAH kekal didalam hati ini.

~Selamat meredah bumi Jordan dik.
Doa kak ya, semoga kamu sejahtera selalu didalam misi menuntut ilmu.
Sayang kamu IRMA SHUKRI BINTI KHODORI~

Jangan lupa kamu pernah berjanji,

"Tidak akan pernah melupai kamu kamu,
kamu insan pertama yang mengubah diri ini"


~Puas mencari ada atau tidak gambar kita berdua. Tak ada rupanya
Hanya ini sahaja. Tetap tidak kita berdua~

Wassalam.


GUSAR

Salam,

Saat sudah semakin hampir. Gusar bercempera dibenak. Mula menghitung ragu-ragu. Mampukah? Berbakatkah? 

Oh, teman.
Mari dengarkan benak ku mengeluh. Sedang terbeban dalam kesantaian yang membunuh diri ketika ini. Bagaimana? Mula menggaru kepala yang tidak gatal. 

Sentimen yakin semakin culas kunjung hadirnya. Benar-benar sedang diamuk serabut tahap tertinggi seperti vadalisme yang tidak boleh diselamatkan lagi lagak umpamanya. Setiap saat setia memikirkan jalan keluar. Terujikah? Aduhai........................

~Bantu hambaMU wahai tuhan~


Wassalam.


Friday, August 12, 2011

SAAT AKU MENCINTAI KAMU

Salam,

Setelah berlalu awan mendung yang mengelamkan daerah terpencil. Berhari-hari mematri ego melangit sedangkan hakikatnya hati sendiri disengat resah. Bukan hanya satu hati yang merindu tetapi dua. Bukan hanya satu hati yang merasai sakit, tetapi dua. 

Ya. 
Dua hati. Kerana kita telah menjalinkan rasa dua hati. Kikiskan karat egois. Tidak kemana. Dua hati jua yang menderita. 

Sungguh.
Berikan ruang menemukan dua fahaman. Agar hilang serabut keliru. Keadaan itu tidak menguntungkan. Bahkan hanya menyakitkan. Jangan pernah lupa. Bukan lagi hanya satu hati malahan dua. 

Mencintai bemakna sedia memberi dan menerima. 
Aku sedang belajar berdikit-dikit biar payah. Harap kamu jua begitu. Belajar Menghilangkan egois. 

Tiada keghairahan yang membikin teruja dengan gelaran kekasih. Aku sedikit pun tidak mendamba. Sebaliknya, hanya jalinan suci yang mengikat aku dan kamu sehingga kita halal menyintai itu lebih bermakna. 

Berkali-kali kutitip pesanan buat kamu yang aku sayang.
Berdoalah. Jangan berhenti meminta pada Pemilik Cinta. Takdir kasih bukan mainan kita. Ia milikNYA. Maka, wajarlah meminta pada yang ada. Pada DIA. 

Yakinlah.
Semoga sahaja kurniaan Ilahi melimpahi dan merestui impian. Aku hanya mengharap gelaran terindah buat seorang wanita.

Pimpinlah aku sebagai isteri.
Jadi lah imam yang sedia aku taati didunia dan peneman saat melangkah ke Syurga.

~Aku mencintai kamu~12/ 08/ 2011

Wassalam.


Wednesday, August 10, 2011

KELIRU DALAM RINDU


Salam,



Aku termangu. Lama. mengintai kenangan yang pernah dicoretkan dari seorang teman. Rindu memalu seluruh urat saraf lantas bisa rindu itu terzahir dalam juraian airmata. 

Buntu.
Bagaimana harus ku atur langkah supaya rapi tersusun. Sayang dan cinta. Kedua nya berbeza. Namun kesan nya tidak jauh beza. Aku sedang merasakan nya kini.

Kedua nya aku mahu dan perlu.
Aku tamak! Aku mahu keduanya menjadi milik dalam dakapan. Takut sungguh andai kehilangan salah satu diantaranya.

Kedua-dua ikatan sayang dan perhubungan cinta yang aku simpulkan  sudah ku pohonkan terlebih dahulu restu bonda dan keluarga. Aku tidak mahu kehilangan salah satu nya. Biarkan terus kekal sebagai aku yang punya.

Tamak kah?
Iya. Aku tidak rela kehilangan salah satunya. Tidak. Aku tidak ingin melakukan pilihan. Keduanya aku kasih. 

Ikhlas dari hati. Aku benar-benar kasih. Maaf kan andai ada antara keduanya yang kesakitan lantaran sikap kurang cakna yang aku pamerkan. Aku berharap tidak langsung terlewat untuk aku memperbaiki kesilapan.

Egois dalam kelembutan. Itu sebenarnya sifatku. Kini aku tidak malu mengakui. Aku benar-benar kasih dan tidak rela kehilangan. 

Wassalam.