Monday, September 3, 2012

CATATAN RINGKAS 11

Salam,

Setahun tiga minggu & 1 hari menyulam cinta. Mohon doanya ia berakhir dengan ikatan yang sah disisi Tuhan. 

Amiin..

mukhlisahminnie:

Masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat pembaca mylittleheart.

Wassalam

Tuesday, July 31, 2012

CATATAN RINGKAS 10

Salam,

Ramadhan melewati hari ke-11. Pantasnya waktu berlari.

Subuh ini, Melaka disinggahi hujan lebat. Sejuk. 

mukhlisahminnie:

"Berpagi-pagi itu membuka pintu rezeki."
- Ustaz Don Daniyal-

Maka, pagi ini di dalam kedinginan subuh ditambah pula dengan rintik hujan yang membasahi alam, aku bersengkang mata menemani teman menaip fliers buat permulaan mencari punca rezeki. 

Mudah-mudahan dalam redha Tuhan.

Wassalam.

Thursday, July 26, 2012

CATATAN RINGKAS 9

Salam,


Sudah genap setahun. Siapa tahu aturan Tuhan. Tiada yang tahu. Tiada. Meski kamu. Meski aku.

MENGGAMIT MEMORI SETAHUN BERLALU BAGAI SEMALAM (Must click)

Seterusnya yang sudah genap setahun juga berlalu semalam.


RINDU SELAT MELAKA (Must click)

Wassalam.

CATATAN RINGKAS 8

Salam,


Kamu tahu kan teman saya gusar melihat kesedihan kamu? 


Ini tanda sayang. Saya sukar menterjemahkan dengan kata-kata. Tetapi hati saya rencam seribu tanda tidak suka kamu diperlakukan sebegitu.


Tidak suka!

Peristiwa 3 tahun lalu. Ia mengikat aku dan kamu


LANGKAH PERTAMA

Salam,

25 Julai 2012.

Langkah pertama yang disusun ini setelah puas meminta restu. Iya. Jujur. Belum sebetulnya perancangan. Masih terawang-awangan. 

Strategi juga masih belum kukuh  di sepakati. Masih menunggu teman yang akan datang dari bumi Negeri Sembilan. Semoga cepat sembuh. langkah kami pincang tanpa kamu. 

Takdir Tuhan itu cantik. Secantik malam Ramadhan yang aku nikmati di bumi orang. Setenang salju menyusur perlahan memandang langit yang membumbungi Masjid Al- Adzim, masjid Negeri Melaka. Cantik.



SUBHANALLAH!

Maaf kan Saya membikin hati menjadi marah.
MAAF

Aku ke sini bersama teman yang sama-sama bakal berjuang mempertaruhkan diri untuk mencari rezeki Tuhan yang belum tentu hala tujunya. 

Langkah pertama yang menyeret aku kesini sekurang-kurangnya menghadiahi aku ketenangan sedikit. 

Semoga esok dan hari mendatang, Tuhan menghadiahi aku kemudahan. Berkat Ramadhan. 

mukhlisahminnie:

Tuhan itu tulus aturannya. Sangat tulus.

" Laa.. Bukit Lintang tu 5 minit je dari "rumah kita"

Rumah kita? Ya ALLAH indahnya perkataan sebaris dihujung frasa. Alangkah baik andai ia menjadi nyata.
Benar-benar "Rumah Kita".

Wassalam.

Sunday, July 22, 2012

MARHABAN YA RAMADHAN

Salam,

21 Julai 2012. Marhaban ya Ramadhan.

Semoga sekolah tarbiah yang bermula seawal 1 Ramadhan 1433 Hijrah ini menjadi platform terbaik meraih ganjaran yang tidak terhitung.

Ini Ramadhan ke-3 tanpa abah dan Ramadhan ke-2 tanpa atuk.

Tuhan itu tidak zalim. Aku percaya insan-insan yang aku kasihi sedang menikmati bulan kerehatan buat mereka di Barzakh sana.

Wassalam.


Friday, July 20, 2012

ALHAMDULILLAH, 23 TAHUN

Salam,

17 Julai 2012. Genap meniti usia menginjak ke angka 23. 

Saya bukan budak kecil lagi. sudah menjadi wanita dewasa. Pesanan dari 'Husband To Be' :

1) Dah tak boleh buat nakal macam dulu lagi.
2) Dah seharusnya menjadi wanita dewasa.

InsyaALLAH.

Sungguh. Saya langsung terlupa malam kelmarin itu adalah malam hari ulangtahun saya. Sekalipun diigatkan melalui reminder 'Husband To Be', tetap saja saya tidak teruja. Biasa sahaja sehinggalah saya dihadiahi sesuatu yang mengingatkan saya bahawa saya benar-benar sudah menjadi wanita dewasa.



Dulu, modal basi yang sentiasa diulang sebut adalah,

"I am not a girl, but i also not yet a women"

Sekarang tidak lagi. Saya sudah akuinya.  
"Yes i am women to be!"

Terima kasih bonda tercinta. Terima kasih abah yang dikasihi. Terima kasih keluarga yang sentiasa dihati.
Dan terima kasih my Apple of eyes, Muhammad Faiz Hamid. 



Ya, Rogayah Ghozi sudah menjadi wanita dewasa. 

mukhlisahminnie:
Pertama kali. Mendebarkan. Sungguh ia kekal dalam ingatan. Mohon jangan di sia-siakan. Dan terima kasih di atas kesudian meringankan beban menemani pulang dengan kotak-kotak serta barang yang bertimbun. Maaf.. Tahu ia menyusahkan. Tapi itu latihan awal buat kamu. Biar tahu erti tanggungjawab.

Oh! ya.. Ada gadis-gadis kecil merindui kamu. Bonda juga.



Wassalam.