Salam,
~A women view is always covered by her tears abruptly without her concern~ |
melewati semalam dengan perasaan berbaur. Bohong jika bibir dan hati seiring melafazkan kata diri sendiri tidak apa-apa. Redha atau tidak, seorang wanita itu hakikatnya memang begini. Halus hatinya. Tinggi daya emosinya. Kuat rasa cemburunya.
Namun bijak atau tidak mengawal sifat-sifat dan perasaan itu sahaja yang menjadi penyukat dan timbang tara yang membezakan seorang wanita dengan wanita lain. Ada wanita yang sememangnya terang-terangan menunjukkan sifat sebenar tanpa berselindung. Kadang ada yang tidak.
Percayalah.
Sekeras mana pun tingkah seorang wanita, setinggi gunung pun ego seorang wanita, serasional mana pun seorang wanita, mereka tetap difitrahkan begitu sifatnya. Memiliki daya sensitif yang cukup tinggi.
Sakit yang amat.
Ya. Sakit. Mujur sahaja tidak parah. Untung sahaja masih bijak dalam memandu perasaan sendiri agar tidak terlalu ketara betapa ada hati wanita yang terluka.
Biarlah.
Biarkan hati sendiri sahaja yang tahu. Fasih kan lah hati sendiri memujuk rajuk yang bertandang. gagahkan lah hati sendiri mencorak sabar. Lapangkan lah hati sendiri tatkala berdarahnya hati saat ia terluka.
Wanita.
Kisah hati mereka sememangnya begini. Percayalah.

~An old women nor a young lady they are gonna be same. Women still a women. They will crying when painess lies down on them~ |
Wassalam.