Thursday, July 14, 2011

MAAF KAN

Salam,

aku bukan manusia pelik yang sukar difahami. Aku akui sikap aku sangat tidak sempurna. Kerana itu aku wujud dalam bentuk manusia yang tidak maksum.

Cukup lah, bosan aku mahu peningkan akal yang sememangnya sudah sedia berselirat. Benar, aku tidak akan menjadi manusia yang berjaya seandainya aku mahu masalah datang secara tertib mengikut nombor.

Tidak.
Tidak lah sejengkel itu sifat ku. Tidak. Percayalah. Aku mudah marah. Mudah tersentuh. Namun aku bukan pendendam. Aku punya suhu kemarahan yang mampu bertahan seminit cuma. Datanglah kepada ku setelah itu. Pasti aku memaafkan sesiapa jua yang mampir semula kepada aku. 

Maka,
jangan pernah mendirikan alasan bodoh bahawa aku ini manusia yang sukar dihampiri untuk dikritik mahupun diajak berbincang. Sifat ku bukan lah keji yang amat. 

Jika benar mahukan aku yang tidak bersuara hatta sehuruf sekalipun, silakan lah cuba. Uji lah betapa kerasnya pula ego aku jika ia sudah memuncak. Silakan cuba. Bukan sahaja aku tidak akan menegur barang apa jua kesalahan dan kekhilafan bahkan aku tidak akan meraikan apa jua kegembiraan. Aku akan bertukar sifat menjadi manusia pegun yang paling dingin.

Silakan cuba. 

A pair of starfish humorously walking.
i do love watch them at the first sight


Wassalam.


No comments:

Post a Comment