Salam,
malam merangkak subuh. Aku tertinggal kapal dalam pelayaran mimpi indah. Aku tidak mampu melelapkan mata. Resah. Di amuk bimbang. Mengapa menyepi? Aku hanya mampu berharap kamu tidak apa-apa. Sebaliknya, hanya tertidur dibungkus kelelahan. Aku tidak mampu terlelap. Mengapa begini? Aku tidak seperti ini dahulu.
Percaya atau tidak, aku semakin menyayangi. Dek kerana itulah minda ku ralit menanti jawapan dalam termangu. Kemana kamu?
Aku tidak suka menanti sesuatu yang tidak berkesudahan. Itu sifat asal ku dahulu. Bersama kamu, segunung sabar aku belajar hampar kan.
Aku tidak punya waktu yang bersisa untuk dibuang percuma. Itu sifat asal ku dahulu. Bersama kamu, seinci waktu yang tertinggal, masih jua aku mahu luangkan untuk kamu.
Aku tidak pinta kamu bertukar sifat seperti aku. Cukuplah kamu hargai kewujudan sifat baru ku ini yang tidak pernah terjadi sebelumnya.
-andai kesabaran menanti itu dihadiahi dengan kuntuman bunga yang mengasyikkan pandangan mata hati, alangkah indahnya. Saban malam aku setia menanti- |
No comments:
Post a Comment