Salam,
Terima kasih ALLAH. Syukur, aku masih menghirup segar nya udara milik ILAHI. Masih menikmati denyutan nadi, aliran darah, pergerakan yang tidak tersekat mahupun terbatas. Aku masih sempurana seperti saat keluar dari rahim bonda tercinta. Terima kasih ALLAH. Terima kasih bonda dan abah. Aku kini berusia 22 tahun.
Pasti masih segar rasa sakitnya bonda tatkala aku teruja mahu menjengah alam dunia. Debaran abah menanti saat isteri tercinta menanggung azabnya saat melahirkan puteri ke-8 ini.
ALLAH,
jadikan lah azab nya sakit bonda tatkala melahirkan, kebimbangan abah menanti sebagai kebajikan yang membuahkan pahala yang berterusan sehingga ke Jannah. Amiin.
Sebak aku mendengar gemersik suara bonda mengucapkan selamat ulang tahun kelahiran. Bonda pula yang mengucap terima kasih kerana menjadi anak solehah katanya. Aku tersedu.
Terima kasih bonda.
Aku membalas kata-kata bonda dengan ucapan terima kasih kerana sudi melahirkan aku, mengharung mehna kesakitan melahirkan aku. Aku berhutang susu dan darah pada bonda yang tidak mungkin aku terbalas sehingga nafasku yang terakhir. Aku terhutang budi pada bonda kerana sudi mengizinkan aku menghuni rahimnya dengan penuh kasih sayang. ALLAH, tempatkan bonda ku di syurgaMU yang paling agung wahai Tuhan. Aku mohon. Amiin.
Nota:
Terima kasih atas segala yang kamu lakukan untuk aku. Sepasang telekung, simply perfume dan pink dolphin ini sangat aku hargai. Pengorbanan kamu memenuhi permintaan aku untuk bersama meraikan hari lahir amat aku hargai. Begitu juga 'teman' kamu. terima kasih adik. Andai kamu jodoh dari Arasy, aku mohon semoga jalinan ini berkekalan. Amiin.
"Abang mat, minta izin bawa adik abang keluar sekejap ye. InsyaALLAH saya jaga baik-baik"
Aku benar-benar terharu.
Buat teman yang menghadiahkan aku sebuah buku karya HabiburRahman El- Shirazy, Ketika cinta berbuah syurga serta beg dompet Gucci, kata ku kepada kamu,.. Aku tiada bahasa terbaik untuk mengucapkan terima kasih kepada kamu. Aku mengerti sentuhan halus yang cuba kamu maknakan melalui pemberian kamu. Mohon semoga ukhwah yang terbina terpatri selamanya. Amiin.
Buat teman yang sudi mendedikasikan ucapan dilaman peribadinya, kata ku kepada kamu,... Aku benar-benar hargai tulisan kamu. Sungguh.
Buat sahabat tersayang yang meletakkan gambar aku dan dia diprofile laman sosialnya juga, kata ku kepada kamu,.. Tidak kisah samaada tindakan kamu itu kebetulan atau sememangnya niat, aku tiada kata-kata istimewa untuk beritahu kamu betapa aku sayang kamu, teman.
Terima kasih semua. Kamu sebahagian dari diari hidup aku.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment